Sunday, February 2, 2020

Peniaga Mesti Ambil Kesempatan Kalau Nak Untung Lebih

Mana-mana orang yang berfikiran normal tak suka diambil kesempatan. Cuba tanya direct pada ahli keluarga atau kawan-kawan (yang tak loyar buruk), suka tak diambil kesempatan? Memang taklah jawapannya.

Habis tu kenapa peniaga mesti ambil kesempatan kalau nak untung lebih?
Saya bagi contoh supaya lebih senang faham jawapannya.

Contoh Peniaga Tepi Jalan & Broker Hartanah

Ada sorang peniaga tepi jalan yang berkawan baik dengan broker hartanah (perunding hartanah). Broker hartanah tak harap apa-apa dari peniaga tepi jalan mungkin sebab memikirkan peniaga tepi jalan ni tak dapat buat loan beli rumah, apa lagi nak beli rumah dengan cara one time full payment. Peniaga tepi jalan pula dah rancang nak ambil kesempatan dari broker hartanah.

6 bulan kemudian, peniaga tepi jalan perkenalkan serious buyer kepada broker hartanah. Transaksi jual beli rumah berjaya dilaksanakan. Dipendekkan cerita peniaga tepi jalan ambil kesempatan dengan meminta sebahagian komisen atau duit introducer dari broker tersebut.

Dapat juga hasil tambahan walaupun bidang hartanah bukannya bidang kemahiran peniaga tepi jalan. Kejayaannya mengambil kesempatan terhadap kawannya si broker hartanah menyebabkan dia makin bersemangat tanya ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan kalau ada nak cari tanah, rumah, kedai dan sebarang jenis hartanah.

Untung berniaga tepi jalan dapat dan komisen cari client untuk broker pun dapat. Biarlah ganjaran tolong cari pembeli rumah untuk broker cuma setahun sekali atau dua tahun sekali asalkan dapat juga ambil kesempatan tambah pendapatan.

Broker hartanah suka tak diambil kesempatan dengan cara begini?

Ambil Kesempatan Maknanya?

Bukan semua jenis ambil kesempatan tu negatif. Kalau saya jadi broker tanah macam dalam contoh tersebut, saya rasa bersyukur sangat sebab dah ada orang tolong carikan serious buyer untuk saya. Diambil kesempatan dengan cara tersebut tak jadi masalah bagi saya sebab boleh tambah pendapatan.

Saya menentang sekeras-kerasnya orang yang ambil kesempatan memperdaya orang untuk buat pelaburan skim cepat kaya atau apa-apa jenis pelaburan yang mengarut. Cara ambil kesempatan macam inilah yang negatif dan perlu dihapuskan.

Anda berniaga apa? Tak kira sama ada anda jual produk/servis sendiri atau orang lain punya asalkan anda fikir secara kreatif/inovatif. Cuba fikirkan anda boleh ambil kesempatan secara positif dari siapa?

Mungkin peniaga kasut di pasar malam boleh ambil kesempatan dari peniaga jubah online?

Mungkin peniaga kosmetik online boleh ambil kesempatan dari pemilik kedai dobi?

Mungkin agen penapis air boleh ambil kesempatan dari peniaga perabot?

Mungkin broker hartanah boleh ambil kesempatan dari agen jual kereta?

Mungkin blogger boleh ambil kesempatan dari penjual kain?

Ada kemungkinan lain yang lebih baik untuk anda?

Fikirkan cara untuk ubah kemungkinan kepada keuntungan.

Fikirkan dan laksanakan.

Semoga berjaya ambil kesempatan untuk tambah pendapatan!

No comments:

Post a Comment