Sunday, February 2, 2020

Peniaga Yang Berakhlak Mulia Tak Lapuk Dek Hujan dan Tak Lekang Dek Panas

Mana-mana manusia yang berakhlak memang disukai ramai. Cuma dalam topik ni nak fokus cerita pasal peniaga je.

Jadilah peniaga yang berbudi bahasa.
Tak kira peniaga online atau offline mesti jaga adab dengan pelanggan.
Kita ambil contoh peniaga tudung online yang beradab dan tiada adab.

Contoh Pertama Versi Beradab
Ada pelanggan pertama kali nak beli tudung online so dia tanya peniaga tersebut pasal warna tudung yang dijual.

Customer : hai, saya nak 4 helai tudung warna maroon, hijau, hitam dan biru ada lagi tak?
Seller : hai, nanti saya check dulu ya.
Customer : OK.
Seller : Warna tu masih ada, sis nak warna apa lagi? Atau nk warna lain jugak?
Customer : Saya nak 4 tudung warna maroon, hijau, hitam dan biru.
Seller : Sis first time atau dah biasa beli online?
Customer : first time ni beli tudung online
Seller : Kalau macam tu sis kena buat macam ni..(bagi tunjuk ajar secara terperinci atau screenshot step by step).
Customer : OK saya dah faham. Nak order sekaranglah.
Seller : Kalau ada apa-apa hal nanti bole tanya lagi ya. Tq order dari saya.

3 hari kemudian customer terima 4 tudung mengikut warna yang dikehendaki. Customer terus bagi 5 star dan review baik punya kat seller tersebut.

Perniagaan seller tersebut semakin maju dan menjadi pilihan orang ramai.

Contoh Kedua Versi Biadab
Ada pelanggan pertama kali nak beli tudung online so dia tanya peniaga tersebut pasal warna tudung yang dijual.

Customer : hai, saya nak 4 helai tudung warna maroon, hijau, hitam dan biru ada lagi tak?
Seller : Order je dulu nanti saya PM kalau takde stok.

Customer pun confuse tapi orderlah juga 4 tudung dengan harapan seller akan PM (Private Message) pasal warna tudung kemudian. Lepas buat order dalam keadaan tak tahu sangat pasal add cart, payment, check out dan lain-lain pasal online shopping.. Haram takde langsung PM dari seller, senyap je..

3 hari kemudian tiba-tiba dah sampai bungkusan dari seller. Bila buka tengok dapat 4 tudung tapi semuanya warna hijau je!

Apa lagi? Customer bagi 1 star dan review tak puas hati. Barulah seller terhegeh-hegeh nak PM.

Seller : hi sis, tak bagitau pun order color lain? Saya tak baca mesej sis mula-mula tu. Lain kali kalau dah order bagitau lagi sekali supaya saya tak lepas pandang.

Customer : hi, awak salahkan saya? Kan awal-awal saya dah bagitau nak 4 tudung warna berlainan. Sepatutnya awak bagitau saya macamana cara nak pilih dan beli 4 tudung warna lain-lain bukannya main suruh order je dulu. Kalau macam ni punya susah beli tudung online baik saya beli kat kedai je.

Akibatnya perniagaan seller tersebut semakin merudum dan terus down sampai ke lubang tandas.

Perbezaannya ketara
Nampak kan perbezaannya? Bukan semua pembeli online tu biasa dengan shopping cart punya sistem. Seller memainkan peranan untuk ajar first time customer cara-cara beli secara online.

Kalau customer tu dah faham, barulah dia seronok nak beli online lagi akan datang. Seller pun seronok dapat jual lebih-lebih.

Tak kira online atau offline
Peniaga pun manusia biasa tak lepas dari buat salah. Kalau dah buat salah kepada pelanggan tu minta maaflah. Lepas minta maaf, tebus balik kesalahan dengan customer.

Makhluk yang takkan minta maaf ialah iblis walaupun confirm bersalah. Peniaga ni iblis ke manusia?

Tak jatuh pun reputasi perniagaan kalau minta maaf lepas buat kesilapan/kesalahan pada customer. Usahawan yang hebat macam-mana sekali pun tetap akan mati. Segala kekayaan tu tak guna kalau hasilnya dari penganiayaan terhadap customer.

Hargai customer Insya Allah customer pun suka beli dari kita. Tak kira sama ada berniaga secara online mahu pun offline, jagalah adab. Kita bukan setakat hidup di dunia je.

Jaga adab ni sebahagian dari cara untuk tambah sales selain promosi, marketing, iklan, harga berpatutan, strategi bisnes mantap, produk berkualiti dan lain-lain.

Saya seru kepada semua peniaga-peniaga termasuk diri saya sendiri supaya jaga adab.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment