Saturday, June 13, 2020

Apa Tujuan Anda Berniaga? Dapat Untung Atau Bantu Orang?

Peniaga mana yang nak rugi? Semua peniaga nak untung tak kira apa bangsa dan agama sekalipun.

Untung atau tolong?
Mana satu lebih baik?

Kalau pilih dapat untung sahaja?
Biasanya scammer yang pilih nak untung je tapi menyusahkan orang lain. Pemalas pun termasuk dalam kategori nak untung je tapi tak nak bantu orang. Parasit betul orang yang nak untung je tapi tak fikir nak bantu orang.

Kalau pilih bantu orang sahaja?
Biasanya ahli sukarelawan atau NGO suka bantu orang. Golongan macam ni memang sentiasa diperlukan. Kita bantu kita.

Untung atau rugi tetapi bantu tetap bantu. Golongan ni lebih baik dari scammer dan pemalas.

Kalau pilih kedua-duanya sekali?
Ini yang terbaik dalam bisnes. Kita dapat untung hasil jual produk atau sediakan perkhidmatan untuk bantu orang.

Kalau tolak kedua-duanya?
Maknanya dah putus asa. Mungkin juga bermakna dah mati. Semangatnya dah mati atau betul-betul mati roh keluar dari jasad.

Pendapat saya
Kita berniaga biarlah untuk bantu orang sebab untung pasti datang kemudian. Orang seronok dengan produk/servis, kita pula seronok dapat untung. Barulah sama-sama seronok jadi beronok-ronok.

Betapa untungnya orang beriman yang berniaga. Sabar masa rugi dapat ganjaran dan bersyukur masa untung pun dapat ganjaran. Kalau diikutkan sentiasa untung ni.

Bila rugi, inilah peluang untuk kita muhasabah diri. Cari kelemahan dalam perniagaan untuk dibaiki. Jangan marah-marah atau stress masa rugi.

Kalau tiada kesabaran boleh hilang pertimbangan. Rasa macam nak berhenti berniaga je. Orang berniaga mana boleh putus asa!

Bila untung, bersyukurlah kepada Allah. Tak kira untung sikit atau banyak, bersyukur je. Insha Allah nanti rezeki makin bertambah dan melimpah-ruah.

Kalau tak boleh bersyukur dapat untung sikit, macam mana nak bersyukur bila untung besar? Takkan nak bersyukur bila untung besar je? Ingat, dengan bersyukur nanti Allah tambah nikmat dan begitulah sebaliknya.

Apa-apa hal pastikan produk yang kita nak jual atau servis yang kita sediakan tu boleh bantu orang. Kita bantu orang dengan produk/servis nanti orang bantu kita dengan wang/untung. Maknanya kita berniaga untuk bantu orang sambil dapat untung.

Saya percaya anda ada pendapat yang lebih baik dari saya. Anda berniaga untuk dapat untung atau bantu orang?

P/s: diambil kesempatan tu lain cerita.

2 comments:

  1. Alhamdulillah,kalau boleh biar la kedua2nya sekali..hehehe..! Untung sikit pun xpe,asalkan kita permudahkan org,inshaAllah nt Allah permudahkan kita pula..aamiinn..

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.