Monday, January 18, 2021

Ambil Untung Antara 50 Hingga 70 Sen Sahaja

Kalau ambil komisen 50 sen dari peniaga yang tumpang letak makanan bawah RM5 di tapak atau premis kita berniaga tu perkara biasalah. Itu pun ada peniaga demand RM1 sebab komisen atau untung 50 sen tu terlalu kecil.

Kumpul syiling banyak-banyak nanti boleh beli rumah.

Kalau untung 70 sen hasil jual barang RM1.40 tu dikira untung besar.

Dalam konten kali ini saya nak kongsikan pasal peniaga barangan runcit dan produk sejuk beku yang ambil untung sekitar 50 hingga 70 sen sahaja. Lokasi perniagaannya terletak di 421, Jalan Haruan 4, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Nur Syahidah sedang layan pelanggan.

Bunga Manis Frozen Mart diusahakan oleh Abdul Aziz Akbar, 56 tahun dibantu oleh isterinya Nur Syahidah Mohamad, 34 tahun. Niat dorang berniaga ambil untung 70 sen ke bawah adalah untuk bantu orang ramai beli barang pada harga rendah.

Sebagai contoh harga telur sepapan RM9.20, harga sekotak susu Marigold RM3.98 dan kuih-muih frozen dari Kelantan serendah RM5.90.

Dorang suami isteri bagi peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang jual makanan sedap-sedap kat tempat dorang. Walaupun ambil untung sedikit tak bermakna Abdul Aziz Akbar dan isterinya main hentam je jual barang tak tentu arah. Kualiti memainkan peranan yang penting bagi dorang. 

Walaupun untung 70 sen dan ke bawah, hasil jualan di Bunga Manis Frozen Mart cecah RM4000 sehari. Untung bersih secara tepat, saya tak dapat nak pastikan sebab untung dari setiap produk hanya 50 ke 70 sen sahaja. Kiraan secara kasar kalau pemilik Bunga Manis Frozen Mart dapat untung 50 sen dari setiap hasil jualan RM5, maknanya untung dari hasil jualan RM4000 ialah RM400.

Bukan calang-calang orang nak berniaga ambil untung sikit je. Kalau untung 70 sen hasil jual barang RM1.40 tu lain cerita.

Kalau untung 50 sen hasil jual barang RM5 tu baru 10% je margin profit. Untung 50 sen pun, kalau jual banyak-banyak tetap berbaloi. Pelanggan pun beramai-ramai dan beronok-ronok membeli.

Apa pendapat anda sebagai pembeli atau peniaga?


Source

Ambil untung 50 sen

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.