Sunday, April 18, 2021

Berniaga di bulan Ramadhan

Tak semestinya kena berniaga di bazar kalau di bulan Ramadhan. Boleh juga berniaga dari rumah je. Kalau boleh buat COD hantar sampai depan rumah pelanggan lagi bagus.

Kira-kira nak jual apa?

Adakah dah terlambat kalau lepas seminggu berpuasa baru nak berniaga?

Masih sempat sebenarnya. Buatlah kuih raya sama ada guna oven elektrik atau oven dapur gas. Kalau takde oven, boleh jual kerepek.

Pakaian raya pun OK juga. Orang time PKP atau tak, masih nak beli baju raya.

Bagi yang tak berniaga di baazar, cuba berniaga secara COD. Permudahkan pelanggan beli makanan berbuka puasa. Kalau boleh harga sama atau kurang sedikit dari harga di bazar untuk tarik perhatian customer.

Jangan jual murah tapi tak sedap pulak. Kalau jual mahal sangat sebab nak bagi sedap pun susah juga nak jual. Tauke-tauke besar yang dah terkenal lagi viral tu lainlah, jual mahal pun orang beli.

Kalau anda masih belum mulakan berniaga di bulan Ramadhan tahun ni, mulakanlah. Masih belum terlambat.

Semoga sukses!

2 comments:

  1. Ada yang kata ramadhan bulan rezeki...asalkan rajin ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan Ramadhan kan paling berkat berbanding bulan-bulan yang lain.

      Delete