Saturday, April 24, 2021

Saya Tak Suka Kepak Ayam

Beberapa hari lepas, saya guna app Foodpanda order makanan untuk berbuka dari Marrybrown di Toppen, Johor Bahru. Saya dah letak note tak nak kepak ayam. Sekali sampai 6 ketul ayam tapi 2 daripada 6 tu kepak ayam.

Ayam betina.

Apa saya nak buat?

Terpaksalah saya bersabar dan makan je apa yang ada.

Next day berbuka, saya dan orang rumah saya pergi ke Marrybrown di Toppen JB untuk berbuka. Order dalam kira-kira pukul 6.35 petang, awal-awal bagitau tak nak kepak ayam.

Sementara order belum siap, saya dan orang rumah duduklah menunggu. Sambil menunggu tu saya tengok keliling tak ramai pun orang singgah Marrybrown. Saya fikir mungkin dekat nak berbuka nanti baru ramai yang singgah.

Hampir pukul 7, order dah siap. Masa saya nak ambil makanan tu saya nampak 3 dari 4 ketul ayam ialah bahagian kepak. Saya hampir marah masa ni tapi saya kawal diri. Saya suruh pekerja Marrybrown tu tukar 3 ketul kepak ayam tu.

Pekerja tu terus tukar tanpa banyak songeh. Orang berpuasa kena banyak bersabar 

Bila dah sampai waktu berbuka, saya masih lagi perhatikan sekeliling. Ada beberapa orang yang singgah tapi tak ramailah. Mungkin sebab rakyat Malaysia betul-betul ikut SOP Covid-19?

Lepas berbuka, saya dan orang rumah terus nak balik. Masa berjalan nak balik tu, saya ternampak kedai makan Johnny dan Black Canyon hampir penuh setiap meja dengan pelanggan.

Ramainya berbuka kat 2 kedai ni. Mungkin lebih sedap dari Marrybrown? Entahlah.

OK berbalik pada topik kepak ayam. Saya memang tak suka makan kepak ayam. Kalau saya beli ayam goreng, saya bagitau dekat peniaga/pekerja awal-awal yang saya tak nak bahagian kepak.

Sebaik-baiknya pemilik/partner francais Marrybrown utamakan pekerja-pekerja yang suka makan kepak ayam. Kalau time berbuka, bagi pekerja-pekerja Marrybrown makan kepak ayam berketul-ketul. Jangan bagi bahagian lain.

Kalau bukan bulan puasa, masa rehat bagi dorang kepak ayam banyak-banyak. Makan free kan?

Orang lain nak makan ayam Marrybrown kena bayar dulu. Sebab tu dorang berhak nak request tak nak kepak ayam.

Kalau boleh jual kepak ayam harga lebih murah berbanding bahagian-bahagian ayam yang lain. Khas untuk penggemar-penggemar kepak ayam je supaya boleh beli pada harga murah.

Orang tak suka makan kepak ayam mana boleh dipaksa. Orang tak faham je akan kata "sama je kepak ayam pun ayam goreng juga!"

Kepada yang tak faham tu lebih baik diam. Dalam bulan puasa ni lebih baik diam dari bercakap sampai menyakitkan hati.

Sebelum saya tutup topik ni, saya cadangkan kepak-kepak ayam yang berlambak tu diperuntukkan untuk semua pekerja Marrybrown. Pilihan lain ialah jual kepak ayam lebih murah berbanding bahagian ayam yang lain. Peniaga ayam goreng kat luar sana pun mungkin boleh guna cara ni demi kebaikan pelanggan-pelanggan yang tak suka makan kepak ayam.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment