Friday, May 7, 2021

Tak Lama Lagi Ramadhan Bakal Pergi

Betapa cepatnya masa berlalu. Adakah kita cuma habiskan masa untuk cari duit atau kekayaan sahaja di bulan Ramadhan?

Masa itu emas.

Tak salah cari duit lebih tapi..

Jangan lepaskan peluang untuk cari kemewahan di akhirat. Tempat nak cari kemewahan di dunia ialah dunia. Tempat nak cari kemewahan di akhirat pun di dunia juga.

Bukannya dah sampai akhirat baru kelam-kabut nak cari kebahagiaan. Nak dapatkan kebaikan akhirat kena bekerja keras sewaktu atas dunia ni.

Jangan sia-siakan masa hidup anda. Sama ada anda dah berjaya jadi jutawan atau belum, gunakan peluang di bulan Ramadhan yang semakin suntuk ni untuk beribadat sebanyak-banyaknya.

Kalau bisnes anda rugi bulan ni, banyakkan sedekah. Kalau bisnes anda untung bulan ni, kena lebih banyaklah bagi sedekah. Takkan jatuh miskin disebabkan bersedekah.

Waktu malam atau jika anda terjaga tengah malam, gunakan peluang untuk solat sunat, baca quran, berzikir, berselawat dan seumpamanya. Bagi perempuan yang period boleh banyakkan istighfar, selawat atau zikir.

Malam Lailatulqadar memang malam yang terbaik di bulan Ramadhan. Akan tetapi jangan sebab tak dapat jumpa lailatulqadar terus tak nak beribadat di bulan yang paling mulia ni. Teruskan beribadat dan perbanyakkan buat baik walaupun bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi ni.

Tahun depan belum tentu kita jumpa bulan Ramadhan. Tanda kiamat kecil pun dah habis. Tak lama lagi tanda kiamat besar yang pertama akan berlaku.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.