Tuesday, May 18, 2021

Sedih berpuluh-puluh ribu peniaga gulung tikar jika...

Sebahagian besar dari 50,000 peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah berkemungkinan akan gulung tikar tak lama lagi. Ini disebabkan oleh PKP 3 yang bermula dari 12 Mei hingga 6 Jun.

Kompleks dibuka macam biasa tapi tak ramai pengunjung.

Sebagai peniaga, saya rasa kesian dengan keadaan dorang.

Walaupun peniaga dibenarkan berniaga macam biasa tetapi pendapatan menurun sebanyak 80%. Di antara sebabnya ialah pelanggan tak dibenarkan makan atau minum di premis perniagaan tetapi cuma boleh beli bungkus dan bawa balik je.

Menurut Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd Ali, kebanyakan peniaga tak nak buka perniagaan sebab tak mahu tanggung kerugian akibat tiada pembeli sepanjang tempoh PKP.

Dahsyat dugaan peniaga-peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar. Peniaga mana yang tak nak pelanggan ramai?

Saya cadangkan dorang jual secara COD. Hantar terus makanan sampai depan rumah pelanggan.

Kalau nak harapkan pelanggan datang makan di kedai makan memang susahlah masa PKP ni. Nak atau tak nak, terpaksa juga jual secara COD masa PKP.

Kalau tak nak hantar sendiri makanan/minuman bungkus, boleh gunakan servis Foodpanda. Terpaksa up harga sekurang-kurangnya antara 35% ke 40% untuk cover caj komisen dan caj-caj lain yang dikenakan oleh pihak Foodpanda.

Memang mencabar orang berniaga makanan time PKP ni. Tak dinafikan ada juga yang berjaya dapat untung besar berniaga time PKP.

Apa-apa hal saya doakan semoga peniaga-peniaga beragama Islam di Malaysia diberi kejayaan besar dalam perniagaan. Teruskan usaha dan banyakkan bersabar insha Allah pasti berjaya dengan sebaik-baiknya.

Wallahua'lam.

Source

50000 Penjaja Bakal Gulung Tikar

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.