Thursday, June 24, 2021

Curi Lembu untuk Berniaga

Kejadian curi lembu berlaku di area Melaka. Dua orang hilang lembu report polis pada 16 April dan 28 Mei lepas di Kesang.

Gambar hiasan.

Siapa yang curi?

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Mispani Hamdan, dua orang lelaki berusia 42 dan 53 ditahan di rumah masing-masing area Kelubi. Waktu ditahan kira-kira pukul 4 petang.

Kedua-dua suspek tu siap ada surat kebenaran original punya dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk jual lembu kepada peraih. Bukan main lagi pencuri lembu ni.

Selain tu ada lagi kes 7 ekor lembu kena curi di Kesang Pajak. Anggaran kerugian ialah RM15,000.

Pencuri ni malas nak kerja, pastu nak curi lembu pulak. Orang lain ternak lembu bertahun-tahun, senang-senang je dorang nak curi.

Walaupun dalam content ni saya kongsi kejadian curi di area Melaka, penternak-penternak lembu area negeri lain kena hati-hati juga. Mana boleh biar pencuri lembu untung macam tu je.

Nak ternak sendiri malas. Tahu nak curi je.

Time nak dekat Raya Aidiladha, penternak-penternak lembu di Malaysia kena lebih berjaga-jagalah.


Source

Jual Lembu Curi untuk Aidiladha

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.