Wednesday, September 29, 2021

Tetap Berniaga Walaupun Sakit 5 Jenis Penyakit Kronik?

Seandainya ada orang terpaksa berhenti berniaga sebab ada 1 atau 2 penyakit kronik, itu perkara biasa. Mungkin ahli keluarga yang takde sakit kronik boleh ambil alih perniagaannya.

If you think you got it, then you got it.

Macam mana pula kalau ada 5 penyakit kronik?
Di Paser Putih, Kelantan ada seorang peniaga namanya Nurul Haslina Mohamad, 35 tahun. Lokasi warungnya di Kampung Surau.

Haslina menghidap 5 penyakit kronik iaitu SLE (Sistematik Lupus Eritematosus), sakit buah pinggang, asma kronik, jantung bocor dan kanser payudara tahap empat.

Apa tu SLE?
SLE ni penyakit yang menyebabkan kulit mengelupas dan sendi bengkak kalau terkena cahaya matahari.

Walaupun sakit sampai macam tu sekali tapi Haslina tetap berniaga nasi berlauk, mee celup, bakso dan sate.

Kedai Makan Kak Na di Pasir Puteh.

Mula-mula nak berniaga, Haslina dan suaminya Mohd Zuki Mohd Razizan, 34 tahun mengeluarkan modal sebabyak RM6000 dari i-Citra dan sedikit wang simpanan dorang.

Dah 3 minggu Haslina dan suaminya berniaga demi 3 orang anak yang masih bersekolah.

Dua orang anaknya sakit iaitu Mohd Rusdan Firdaus, 15, sakit jantung tersumbat dan Norraina Mikaila, 2, sakit saluran air mata tersumbat dan lelah.

Haslina perlukan banyak duit untuk tanggung kos perubatan diri sendiri termasuk 2 orang anaknya setiap bulan.

Setiap hari, Haslina terpaksa telan 42 biji ubat. Banyaknya..

Baru-baru ni Haslina terima wang sumbangan berjumlah RM10,000 dari hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut serta KELSS (Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial Kelantan). Wang tersebut bakal digunakan untuk pembedahan beliau tak lama lagi.


Rajinnya berniaga walaupun sakit kronik. Saya yang sihat pun tak rajin macam tu.

Boleh jadi, ada juga peniaga lain yang menghidap 4 atau 5 penyakit kronik di luar sana. Saya kagum dengan peniaga-peniaga tabah macam dorang.

Saya seru kepada semua peniaga-peniaga yang kurang rajin di luar sana supaya jadi lebih rajin. Kepada peniaga yang dah memang rajin tu, semoga istiqamah.

Wallahua'lam.

Sumber

Tabah berniaga walau derita lima penyakit kronik

No comments:

Post a Comment