Tuesday, October 12, 2021

Jangan Terpedaya Dengan Bestproducts

Anda pernah dengar pasal Bestproducts?

Iklan bestproductsmy.com

Saya ternampak iklan tu masa saya tengok Youtube. Bagaimana dengan anda?

Saya dah tengok website Bestproducts. Boleh menang RM300,000 tu..siapa tak nak kan?

Kempen atau peluang dapat RM300K ni dibuat oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd (No. Syarikat: 201401034227 (1110325-V)), No Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL 932090 (“Syarikat”), dengan alamat surat-menyurat di P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur.

Gambar 4 duta Bestproductsmy.com

Nampak tu 4 orang celebrity dilantik sebagai duta Bestproducts. Dari kiri Norman Hakim, Linda Rafar, Ramlah Ram dan Jalaludin Hassan.

Walaupun 4 orang popular digunakan tapi kebanyakan orang muda tak berminat nak jadi pemenang RM300,000. Kenapa ye?

Kalau nak dapat RM300,000, kena jadi ahli dan beli produk-produk dari Bestproducts. Harga produk dorang memang mahal. Sebab tu kebanyakan orang muda tak berminat walaupun ada 4 orang duta famous tolong promote.

Cuba anda tengok video penyampaian hadiah Bestproducts ni.

Saya perhatikan banyak komen-komen orang teraniaya disebabkan Bestproducts. Saya ada screenshot sebahagian komen dorang untuk anda baca.

Orang tua mudah terpedaya.

Harga barang mahal sangat.

Orang tua mudah ditipu.

Dah 3 tahun terpedaya.

Dah habis RM2000.

Mentua kena tipu.

Masalahnya golongan orang tua. Mudah betul percaya bila dapat surat kononnya terpilih sebagai pemenang RM300,000.

Walaupun anak-anak termasuk menantu dorang bagitahu jangan terpedaya tapi dorang nak jugak.

Lepas beli sekali, dapat surat lagi dipilih sebagai pemenang tapi kena beli lagi. Orang tua yang dah terpedaya tak fikir panjang. Disuruhnya anak atau menantu tolong bank in untuk beli lagi produk harga mahal melampau.

Berulangkali surat datang dan golongan tua ni tak serik-serik beli lagi. Ini semua disebabkan nak dapat RM300,000 punya pasal.

Entah berapa banyak duit orang-orang tua ni habis tapi tak dapat pun RM300,000.

"Rumah kata pergi, kubur kata mari"

Apa kubur-kubur? RM300,000 tu siapa tak nak?

Saya tahu bukan semua golongan tua mudah terpengaruh dengan harta dunia.

Kepada orang-orang tua yang dah terlajak beli barang dari Bestproducts, berhentilah sekarang. Kesianlah dekat anak-anak atau menantu yang dah puas menegur tu.

Kepada orang-orang tua yang masih belum beli barang dari Bestproducts, jangan sesekali cuba nak beli. Abaikan je segala surat atau katalog dari Bestproducts. Kalau dapat panggilan dari Bestproducts, tak payah layan.

Kepada golongan muda, saya tak perlu tegur sebab anda memang dah tahu tak berbaloi beli barang dari Bestproducts. Syabas orang muda!

Kalau anda atau orang tua anda dah jadi mangsa sebab diperdaya oleh Bestproducts, sila laporkan ke pihak berkuasa seperti PDRM atau KPDNHEP atau SKMM atau lain-lain yang berkaitan. Jangan berdiam diri je.

Kalau nak sangat duit dengan cara keluar duit beribu-ribu ringgit, saya cadangkan join BSN SSP.

BSN = Bank Simpanan Nasional

SSP = Sijil Simpanan Premium.

Kelayakan BSN SSP.

BSN SSP bukan scam. Kalau menang, dapat RM1,000,000. Kalau kalah, ada duit simpanan dalam BSN.

Tak kira muda atau tua, anda boleh join BSN SSP.

Kalau berminat, boleh terus pergi ke cawangan BSN berhampiran anda. Info lanjut pasal BSN SSP ada di sini.

Wallahua'lam.

Source

Betul ke tawaran lumayan dari Bestproducts?

Tak berani tanggung risiko dengan Bestproducts

Website Bestproductsmy

Terma & Syarat, Policy & Privacy Bestproducts

63 comments:

  1. Terima kasih bagi info tentang best product..saya banyak kali terima mesej dari BP ni,siap kata nama telah dicalonkan untuk hadiah rm300k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sebab sudi komen. Mujurlah tak terpedaya.

      Delete
    2. Abang saya dah terpedaya..

      Delete
    3. BestProducts:En Xxx dokumen hadiah dlm sampul putih tlh dhantar. Jika No. Kemenangan & No.Tel. anda sama,SYABAS! Balas utk pengesahan terima RM300K

      Delete
  2. Ermmm hawau tidak ...org melaka da msok da Ni ..nsib Google dpu

    ReplyDelete
  3. mmg diorang takkan kene tangkap ke? saya benci sgtla tgk scammer tak prnh2 kene tangkap ni tak aci sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun benci tengok scammer masih bebas dan tak dihukum.

      Delete
    2. Scamer jenis mcm ni mmg susah nk sabitkan kesalahan sebab ade duit dan barang,kire ade jual beli la.kite sndiri la kene pikir,tanye pndapt org..dan blog mcm ni mmg sgt2 membantu.tq

      Delete
    3. Terima kasih atas pendapat anda.

      Delete
    4. Mcm mne kte nk stop kn best product ni dari anta surat je kt umh

      Delete
    5. Miera, saya tak tau tapi boleh abaikan atau buang je surat-surat tu.

      Delete
    6. Saya bru dpt surat best produk ..bukan 1 tapi 2 .. itu hari dia ade call , spnjng mnggu lepas ade saje scammer call no saya .. stress juga kadang ,xjwab takut ade hal skolah anak ke apa kan .. bila jawab ,ade scammer kata sy post bank card n ic laa .. ehh mcm² lgi ..kena best produk call ,sy dgr terus sy letak .. letihh .. email masuk ..sy buat dang lgi .. ni tdi dpt surat .. kemainn mahal hrga barang .. nasiblaa xmudah ditpu .. cari dulu kat google pasal ni ..rupanya scammer ya ...Allahu ..

      Delete
  4. Assalamualaikum...hal ini trjadi pada teman lelaki saya ..dia seakan akan x prcaya dia pemenang rm300k beserta kereta proton persona..saya dh bg tau tp dia kata saya x support dia malah dia mengatakan saya x happy dia adalah pemenang hadiah perdana tersebut . Best product ni mengingatkan saya dulu dengan reader digest...sama je caranya mintak kita beli brg mereka dgn dilekakan kita dgn hadiah hadiah yg kita akn menangi namun 6iada ape pn yg diperolehi hanya kita yg bnyak berbelanja utk mendapatkan habuan yg ditawarkan... Saya kecewa bila teman lelaki saya mengatakan saya sengaja melambat lambatkan majlis pernikahan kerana saya x sokong pn kemenangan dia ..akhirnya saya dan dia bergaduh hanya kerana saya melarang dia meneruskan angan angannya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Terima kasih sudi kongsi pengalaman saudari pasal Bestproduct. Kenapalah teman lelaki saudari susah sangat nak sedar yang dia kena tipu?
      Susahla kalau macam tu.
      Semoga teman lelaki saudari diberikan petunjuk untuk tidak terperdaya lagi dengan Bestproduct atau mana-mana scammer lagi.

      Delete
    2. Ayah saya dah kena... letih... kita nasihat pun dia tak mau dengar... beli produk dah beribu abis

      Delete
  5. Parents saya baru dpt surat dari toyol ni semalam. Bukan 1 tapi 2 dia bagi, saya baca pon mmg mencurigakan betul rasa nak tergelak pon ada. Alhamdulillah jumpa website ni sebagai bukti yg dorg tu mmg scammer. Saya baru 18 tahun and harap sgt golongan muda dan tua ambil cakna pasal hal2 scam ni. Tahun ni je dah 3 kali saya kena call dengan scammer. Haihh takut betul zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda di blog saya yang tak seberapa ni. Saya setuju orang tua dan orang muda perlu ambil tahu pasal ni supaya tak terpedaya.

      Delete
    2. Saya baru dapat surat dari best products hari ni 25hb Sept 2023 tentang perkara yg sama iaitu saya dapat 300k. Bayaran RM 300k tu dia org akan credit kan kpd saya dlm masa 24jam selepas saya membeli barang dan kirimkan resit kpd mereka. Yang menghairankan saya dimana mereka dapat alamat saya yg penuh tu ea? Saya memang tau ini semua scammer aje.

      Delete
    3. Masalahnya BP Ni tak jemu2 hantar, tak layan by call, dia hantar by courier, by wassap, mcm2 cara dia hantar. Barang2 pun bukan berquality dh la harga Mahal. Tapi Sy MMG dh bnyk kuar modal. Huhu.

      Delete
  6. Saya baru dapat surat utk pembatalan hadiah pemenang. Awal awal dulu terpengaruh juga..dua kali beli kononya nak menang.. tapi lepas tu datang lagi surat suruh beli lagi kalau nak menang.. saya stop terus.. dah macam kena tipu lak..barang dia memang mahal berkali ganda dari harga sebenar. Sekarang sampai surat utk batalkan pula . Nak menang kena beli. Kepada yg baru tahu best produk ni.. lupakanlah hasrat tu.. mgkn yg menang tu memang betul atau tak.. kita pun tak tahu.. baik simpan je duit tu..dlm asb atau kumpul gi umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian anda dalam blog saya. Saya setuju, kepada orang yang baru tahu pasal Best product baik lupakan je. Simpan duit untuk beli saham patuh syariah atau tunaikan haji/umrah tu lebih baik.

      Delete
    2. Saya baru terima calon 3000 ratus ribu, tapi mmang logik ada pemenang, dah harga barag 3 ringgit, bestproduk jual 300, klu 300 org beli dah 300 ribu, tapi naya yg dapat sorang, dari hasil jual 300 tu, mmang penipu

      Delete
  7. Hari ni 21 june 2022 sy telah menerima surat Dr Best product kali yg ke 2,pda awalnye sy terpedaya juga lh, beli barangan Dr BP ni, sedangkan sy x pernah membeli barangan Dr HDS ni, sape yg xnk kan hadiah rm300k tu, dgn panggilan telefon, sy tertarik dgn tawaran yg diberikan,dgn hanya membeli 1barng Dr 3 produk yg disebut oleh HDS, sy memilih 1 brg jenis tuala mandi dgn harga rm143,tidak smpai 2hri brg yg sy tlh pilih tu sampai di rumah dgn pembayaran brg sampai bru bayar, keesokan harinya sy pergi ke kedai menjual baju serta brg2 aksesori, sy tlh melihat brg yg sama dr HDS,harganya bru rm19.90,alhamdulillah tuhan nk tunjuk kt sy, HDS ni adalah scam utk mendapatkan keuntungan dgn cara mudah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian anda. Semoga perkongsian saudara/saudari menjadi pengajaran bagi orang lain.

      Delete
  8. Suami saya terima dah 5 kali surat pemenang anugerah rm300k ni, nak menang kena beli barang beratus ringgit, produk entah apa2, duit setem pun kena bayar sendiri, siapa nak bagi duit free2, harap jangan sesiapa terpedaya dgn scammer macam ni, lebih baik duit simpan dalam tabung buat beli aiskrim anak2, BEST PRODUCTS penipu, RAKYAT MALAYSIA TOLONG JANGAN TERPEDAYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi share pasal suami puan dah 5 kali terima surat dari bestproduk. Saya setuju lebih baik beli aiskrim untuk anak-anak dari habiskan duit beli barang mahal bestproduct.

      Delete
  9. Assalamualikum.. saya pn dh berlambak surat² bestproduct dkt petui tu... Dan balik² dorng call suruh beli brng² yg mahal x msuk akal tu.. asal drng call msti sy blok no dorng.. mls nk layan... Klau btl menamg knpa x jmpa trus bg kita duit tu... Smua nie penipuan saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Anda tidak keseorangan dalam masalah ni. Saya sokong anda jangan layan call dari dorang sampai bila-bila.

      Delete
  10. Terima kasih sbb bagi info pasal bertproducts ni sbb tiba2 dpt call daripada ayah dapat surat scam ni jugak...suruh beli barang untuk tuntut hadiah duit tu..mmg target diorg warga emas dgn org luar bandar ni..nasib google jumpa websites ni..dpt jugak terangkan dkt ayah benda ni tak betul..saya share ye websites ni dkt media social utk awareness dkt public..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi kongsi pasal ayah sendiri dapat surat dari bestproduct. Sekali lagi saya ucap terima kasih sebab nak share blog saya yang tak seberapa ini di media sosial tuan/puan.

      Delete
  11. rupenye..bkn org² yg terpilih atau aku je yg dpt msg sbg calon 300k..rupenye sape² je suma org die bgtau telah terpilih calon hadiah utama perdana..padahal nk kaut untung je suh beli brg dorg..mmg xgune betol la dorg ni..hampeh!

    ReplyDelete
  12. 27/10/2022 sya dpt sms, email dan esok tu surat putih smpai... Prtama kali sya rasa yakin sbb tngk artis kita jadi duta.. tpi Allah swt gerakkan hati sya untk cri best product ni kat google.. Alhamdulillah Allah masih melindungi hambanya .. pada scammers2 nii sudah2 laa menipu.. x kesian ka dekat org2 miskin mcm kami niii.. x takut kaa pada Allah??? Hmmm bertaubat laaaa ..

    ReplyDelete
  13. Rupanya ramai dapat surat dari best products..saya antara salah seorang yang terima surat2 tu juga..x cukup surat ada emel, telefon dan saya terus sound sbb dah terkena dengan reader's digest...mmg kena ada report untuk dorang hentikan operasi scammers mcam ni..

    ReplyDelete
  14. mereka ni cukup bijak, segala informasi ttg pelanggan mereka memang ada. selagi tak diberikan duit pelbagai cara untuk dia dapatkan duit dari kita. step biasa yang mereka buat, mula2 sms yg menyatakan kita telah terpilih sebagai pemenang, jap lagi dia akan pos surat ke rumah, lepas tu dia follow up semula untuk kepastian surat dah sampai atau tidak. Mereka suruh kita hantar borang tersebut. Dalam sampul yang dibagi tu ada katalog produk. harga barang bukan main mahal dan tak masuk akal. Barang kat kedai eco2 pun ada dalam katalog tu.
    Dipendekkan citer, kalo korang ada dapat call/sms/email jangan layan. Ingat mana ada orang nak bagi duit free. Kerajaan nak bagi BKM pun pilih orang. Ingat jangan terpedaya dengan sindiket ini. Hati2 diorg memang licik. Dari korang bagi duit kat mereka, baik bagi duit tu kat tabung masjid. In Shaa Allah rezeki dan manfaatnya lagi besar. Janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai skrg Saya dpt SMS,call and Surat Dari mereka,pening di buatnya,,tapi Saya X layan pun,agak dah mesti scammer.

      Delete
    2. Saya pon..Dia call.. Saya ckp slh nomber.. Walhal saya...
      Ada jugak dia whatsapp.. Terus saya ckp... Xminat..
      Harga mahal dll.. Lebih baik gi beli kt kedai RM2 je...

      Delete
  15. 2 minggu lepas saya dapat surat pembatalan dan terakhir dari bestproduk..saya hantar borang pesanan tanda tidak berminat lagi dan tidak buat pesanan ..tetapi hari ini Best produk hantar lagi borang tawaran pemenang

    ReplyDelete
  16. Saya dah berbulan2 sampailah skrg ni Masih dpt SMS,call and Surat dri best products ni Nasib lah Saya X layan,,,agak dah mesti scammer,,,sebb Dulu pernah kena scam sekali kena tolong peniaga shoope katanya tapi Kita kena byr pulak,die bagi duit sikit Kita kena byr lebih,kena Gak lah Dulu sampai 1k lebih,lepas tu sampai die kata kena byr 3k Nanti Saya Akan dpt 5k Saya Baru tersedar yg Saya dah kena scam,Nasib lah dah tersedar awal sikit,tapi 1k Saya MMG lenyap lah,pasty dtg plan best products ni,hmm..mmg X layan dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wat report kat kementerian perdagangan tak leh ker...kita bg tau senario program dia...wat ramai2 report tu...biar lesenAJL dia kena tarik

      Delete
  17. tapi kenapa artis tu nak jadi duta dia yer...dia org tak tau ker BP tu scamm org

    ReplyDelete
  18. Mungkin itu edet. Atau buat buat

    ReplyDelete
  19. Suami saya cakap isi borang masuk peraduan try lah mana tau boleh menang 300k , nasib anak dan saya baca surat dan tgk katalog mak datuk mahalnya suami suruh beli telekung, telekung pun harga 100 lebih baik beli dekat pasar malam baru 30 ringgit nampak kualiti mcm sama saja, lepas tu anak pun cari di goggle dan jumpa web ni . Memang dah kena la laki aku ni, bila tengok invois rupanya laki dah beli tuala dan facemask dgn harga 100 lebih, sekali kena jangan kena lagi sudah . Hati2 guys

    ReplyDelete
  20. Masalahnye baru DPT panggilan Dr bestproduk.
    Sy punye menyirap apelg jeritlah kat org tu.
    Geram btllah Coll Coll Coll JD runsing asyik panggilan die je masuk.mne die DPT no PON xtaula.
    Da terang² tulis scammer bestproduk MMG x jawablah Coll die.tp die Coll bertalu talu.
    Sakit hati btl.kite nk buat kje PON xsenang.

    ReplyDelete
  21. SCAMMER BERTOPENGKAN PERANGAI SETAN. BANYAK KALI CALL AKU, TOLONG JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN SETAN MEREKA NI

    ReplyDelete
  22. HOME DIRECT SHOPPING SDN BHD PENIPU!
    GUNA ARTIS MELAYU SENANG ORANG MELAYU PERCAYA!

    SURAT DAN KATALOG SAMPAH DARI BEST PRODUCT!
    Berhenti kasi HARAPAN DEKAT ORANG KAMPUNG PENCEN DAN OKU!
    Mak mertua aku dah meninggal dah spend hampir RM20 ribu dengan best product!
    check dengan orang dalam KDN BAPAK COMPANY dia dari Bluefox international dari RUSSIA !
    RUPANYA SETIAP BULAN TALIPON , PAKSA2 BELI BARANG HANTAR SMS WHATAPP
    DIORANG NI MEMANG SIAL.
    JIRAN AKU PUN TERPEDAYA LEPAS MASUK PERTANDINGAN DARI SURAT KHABAR.
    GAMBAR TUAN HAJI BAGAI!
    JUAL BARANG SAMPAH!
    JUAL TELEKONG DAN SEJADAH PENUNGGANG AGAMA!
    SELEKSI SUCI KONONNYA.
    HOME DIRECT SHOPPING BEST KORANG MEMANG BANGSAT! PENIPU !

    ReplyDelete
  23. Babi la bisnes ni, kami bg duit kat mak utk beli keperluan harian, makan minum...bukan kene beli brg korg tiap2 bulan...setan punya produk!!!!!!!menghabiskan duit je!!!!!!!!!aku doa moga kroni,pekerja n bosnya melingkup tak lama lagi...Aamin

    ReplyDelete
  24. Saya bekas bekerja di Best product atau home
    Direct shopping sdn bhd atau hds di bandar sunway. Ni adalah dari syarikat russia iaitu BLUE FOX INTERNATIONAL, mereka menggunakan teknik surat katalog dan mensasarkan golongan buta IT dan orang kampung dan pencen. RM300 ribu adalah pancing . Kebanyakan pemenang telah di setting.DUTA2 melayu best product adalah baruah. Diorang tak tahu yang ni adalah target untuk orang melayu pencen dan tua sahaja. Best product macam main judi. Kalau dekat FACEBOOK BEST PRODUCT semua staff best product atau hds sdn bhd yang komen baik. Bos best product kat sunway tu ada 2 - 3 phone. Kebanyakan Top management best product INDIAN, CINA yang buat panggilan semua melayu. Kalau ada indian yang buar call pun guna nama melayu. Untuk korang yang baca ni sila sebarkan. Ramai melayu yang dah tertipu dengan harapan best product. Yang orang melayu bayar beribu2 ringgit setiap bulan dan belanja sampai 5 - 6 ribu setiap bulan. Lebih baik korang laburkan duit tu ke rumah anak yatim. Jangan cakap nak tolong company melayu sebab nampak duta dan pengarah melayu . Korang tu semua tertipu.

    ReplyDelete
  25. Saya anak kepada pemenang yg dalam video ni. Ayah saya dah habiskan duit beratus ribu untuk pembelian sbb tu dia menang. Kiranya duit yg dia beli sama dengan hadiah yg dia menang. Nak buat mcm mna org tua mmg senang diperdayakan. Best Product ni mmg sistem JUDI dan haram. Harap jangan terpedaya, JAUHI SCAM INI.

    ReplyDelete
  26. ya Allah sya pun dh hampir2 nk tepegaruh dgn peraduan ni...Alhamdulillah tegerak hati nk cube selidik dlm google...rase tekejut nasib tk buat oder lgi barangan dia...

    ReplyDelete
  27. Sy boleh dikatakan hri2 dpt mesej dr bestproduct ni....katenya sy pemenang 300k....mujurlah sy x mudah terpedaya....xkanlah senang2 org nk bg duit sebanyak tu kan? Msti ade udang disebalik batu ni😅

    ReplyDelete
  28. Salam. Sy baru2 ni dpt sampul surat tertera detail sy. Peluang menang 300k.Pelik mcm mana diorg dpt info sy. Tp Alhamdulillah sy dah tahu psl Best Product ni sbb kwn adik sy terpedaya dah habis berbelas ribu tp tak menang apa2 pun. Banyak pinjam duit adik sy. Sy juga dpt panggilan telifon, silap orang lah memang kene marah dgn saya. So semua sila hati2 ok. Harap pihak berkuasa ambil tindakan sebab dah terlalu banyak org kene tipu.

    ReplyDelete
  29. Mak aku skrg pon da terpedaya ngn puak hanat ni..da pesan jgn bank in..eh mandai jgak bank in..mahal pulak smpai rm240..padahal aku tngk tuala mndi tuala muka ngn kit medical. Tuk ltk dlm kereta aje..mcm xdak fungsi..bkn ad kereta po ..lth anak2 menantu dok larang ni padi xd bank in pulak
    .siap bg no akaun bank.....geram n sian mak aku kena tipu sbb dia yakin dia akn dpt rm300k bodo tu....nk buat mcm mna ye..lrg mrh tegur semua sudah...tp duit anak2 bg tulah dia dia g bank in dekat puak hanat tu..

    ReplyDelete
  30. Mmg penipu best product ni.. Dah bazir 22k beli barang best product yg mmg tidak berkualiti dlm kempen utama 28 (1 Mac 2023 -30 Nov 2023). Mmg sakit hati. Dapat call katanya terpilih sebagai 5 pelanggan utama yg terpilih. Cdang buat pesanan. Keluar keputusan, hampeh. Mmg betul kena tipu. Barang yg dijual mmg mahal dan tidak berkualiti. Skrg suruh beli lagi utk kempen utama 29. Berapa puluh ribu lagi nak kena belanja. Belanja puluh ribu yg dulu, tidak lagi dikira utk kempen yg terkini. Penipu besar.

    ReplyDelete
  31. Saya tergerak hati untuk selidik pasal BP ni , Thank You sangat Admin dan semua yang luahkan dan kongsi Awareness ni . Saya ada orang tua yang oku/deaf dia pergi daftar di facebook tanpa beritahu Ahli keluarga dan dia beritahu dapat Sms sepert komen ya g diatas tentang surat saya belum pergi tengok lagi sebab perkara masih barukan, Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk datang kesini Dan baca dengan cerita saudara dan saudari semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan beri keadilan pada yang terjadi pada kita amin.

    ReplyDelete
  32. Waktu peringkat best produk baru nak up..sy sempatlah beli 2 barang kalau tak silap..mmg mahal..bila brg smpai kualiti rendah..so asben x setuju teruskan pembelian..sampai skrg ada sampai surat tentang pemenang la..bakal menang la..nama bakal dibatalkanlah..memang dh x terpedaya..malas nak layan..

    ReplyDelete
  33. mana dorang dapat no hp n address kita yer..pelik lah...saya dah marah dorang ..jgn call lagi pasal nak beli brang dorang..tp dorang masih call...mmg nak kena makilahh....hahaha

    ReplyDelete
  34. BestProducts:Khairul dokumen hadiah dlm sampul putih tlh dhantar. Jika No. Kemenangan & No.Tel. anda sama,SYABAS! Balas utk pengesahan terima RM300K

    BestProducts:KhairulTemui Nombor Kemenangan dlm dokumen hadiah yg dihantar?Jika ya,SYABAS!Hanya5hari utk balas.RM300K menanti pemenangnya!

    BestProducts:KhairulPENTING!1 lg dokumen hadiah RM300K smpl coklat tlh dhtr.Kod Peribadi&No.Tel.sama?Jk ya,bls skrg.Kenal kami mng300.cc/cUaTD

    BestProducts:KhairulNOTIS AKHIR utk rebut RM300K!Sdh buka sampul coklat&semak Kad Hadiah anda?Bls hari ini sblm tlewat.Tel. 0327166363 utk info

    Ni mesej² yg sy trima dr best produk..xcukup dgn mesej..dia cll plak bgtau ade pos dokumen utk msok contest hdiah 300k..sy kata xde trima ape² dkumen.dia kata, klu bli brg, dia akn tlg msokkn nma sy dlm contest..xperlu tggu dkumen tu smpai..eh..mcm plik plak..bole plak mcm tu je..bli brg je..xyah tggu dkumen..ade something wrong ni..trus sy Google n cari nma cmpny ni..jmpala page ni..alhamdulillah..trjwab sgala teka-teki..

    ReplyDelete
  35. Scammer ni. Bleh report kat KPDNKK

    ReplyDelete
  36. Saya baru je terima mesej dari bestproduct konon sy jd pemenang rm300k..dapat 2 mesej dah dari bestproduct ni..tapi pelik juga dari mana dapat no.tel ehh...lagi pun saya tak pernah beli brg mahal2😅..sy dah agak ni mesti scammer..

    ReplyDelete
  37. Baru je dapat surat dari bp ni...tergerak nak tgok betul ke tidak...tpi harga mmg firaun...mahal gila...x kan la tuala harga shopee baru 17 kat bp 79...matila....keje nk garuk duit org je...x tau ke cari duit tu susah..thanks semua bagi feedback yg best2. Terbaik....👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  38. Terima kasih tuan share pasal Bestproducts ni...
    Senang nye nk bagi duit kt org...😬

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.