Thursday, October 14, 2021

Air Air Di Mana Kau Air?

Air sangat penting bagi manusia. Macam mana nak berniaga kalau takde air?

Air sangat penting.

Susah nak berniaga makanan atau minuman kalau takde bekalan air.

Orang jual nasi lemak pun perlukan air untuk basuh beras dan buat nasi lemak. Nak basuh bawang, cili kering, nak kisar bahan-bahan buat sambal nasi lemak pun perlukan air.

Nak rebus telur pun perlukan air.

Nak buat lontong kena ada air. Nak buat soto pun kena ada air.

Walaupun tak jual air tapi masih perlukan air.

Memang susah kalau takde air.

Siapa yang tak perlukan air?

Orang tak berniaga pun perlukan air. Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hidupan-hidupan yang lain pun perlukan air.

Air bukan setakat untuk diminum tapi untuk pembersihan juga.

Susahlah nak cebok kalau takde air. Kalau setakat main lap guna tisu memang tak bersihlah. Sebab tu air sangat penting demi menjaga kebersihan.

Orang boleh jadi tertekan kalau takde air.

Elektrik penting tapi air lagi penting.

Internet sangat penting tapi air tetap lebih penting.

Saya pernah alami satu hari takde bekalan air. Adoi susahnya nak berniaga masa tu.

Macam mana pulak kalau orang yang takde bekalan air selama 3 hari? Seminggu? 2 minggu? Sebulan?

Mesti lagi dahsyat tu.

Bila cerita pasal air ni buat saya teringat masa sekolah agama dulu. Air mutlak ada 7 jenis.

  1. Air sungai
  2. Air perigi
  3. Air mata air
  4. Air embun
  5. Air hujan
  6. Air salji
  7. Air laut

Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan.

Kalau dalam peperangan, halang atau putuskan bekalan air musuh adalah strategi yang hebat. Walau banyak macam mana pun jumlah tentera musuh tapi kalau takde bekalan air tetap lemah.

Ada sesiapa yang anggap air tu tak penting?

Takde?

Bagus!

Oleh itu, kita mesti hargai selagi bekalan air tidak putus. Bersyukurlah kepada Allah selagi diberi nikmat air.

Wallahua'lam.

2 comments: