Friday, October 22, 2021

Ibu Tunggal Tak Cukup Modal Nak Berniaga

Ada orang dapat berniaga sebab cukup modal. Jadi takde masalah modal.

Ada juga peniaga kurang kaya.

Ada orang betul-betul nak berniaga tapi tak cukup modal pulak.

Dalam content kali ini saya nak kongsikan pasal Hasimah Mohamed 45 tahun yang tinggal di Jerantut, Pahang. Hasimah seorang ibu tunggal 7 orang anak yang nak teruskan perniagaan tapi tak cukup modal.

Hasil perniagaan dia selama ni pun terpaksa digunakan untuk sara hidup sampai habis duit pusingan modal. Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas, hasil jualan agak kurang.

Hasimah tunjuk peralatan berniaga.

Tak ramai yang beli. Mungkin sebab ramai yang kehilangan kerja. Orang yang ada kerja pun mungkin pendapatannya kurang tak macam sebelum PKP.

Sepanjang PKP dari tahun lepas, Hasimah susah sangat nak dapat untung. Hasil jual sikit je dapat.

Bila nak sambung berniaga semula dah tak cukup modal.

Hasimah ada kemahiran buat roti canai, kuih bahulu dan kuih bakar.

Dari segi kemahiran takde masalah. Cuma tak cukup modal je 

Kalau anda nak salurkan bantuan boleh hubungi Hasimah di talian 014-8164963.

Semoga Allah balas kebaikan anda dengan kebaikan yang lebih hebat.


Sumber

Ibu tunggal tertekan tiada modal berniaga

No comments:

Post a Comment