Monday, August 29, 2022

Jual udara dalam botol boleh untung?

Macam-macamlah orang kalau nak berniaga. Siapa yang pandai-pandai jual botol kosong isi udara?

Untung ke jual udara dalam botol?

Kalau nak tahu, teruskan baca.

Dalam content kali ini saya nak kongsi info pasal orang jual udara dalam botol. Orang yang saya maksudkan bernama Juan Carlos Alvarado.

Juan Carlos jual isi udara sebotol pada harga 20,000 Peso. Mata wang Peso Colombia bukannya mata wang Peso Filipina.

Peso ke RM.

20,000 Peso sama dengan RM20.23 mengikut nilai tukar mata wang asing pada tarikh 28 Ogos 2022 di Google.

Isi udara apa yang dia jual?

Juan Carlos jual udara Medellin.

Apa itu Medellin?

Medellín ialah ibu kota wilayah pergunungan Antioquia dan merupakan bandar kedua terbesar di Colombia. Medellin terkenal dengan gelaran "City of Eternal Spring" (Bandar Musim Bunga Abadi?) sebab iklimnya yang nyaman sepanjang tahun.

Jual botol atau tin kosong isi udara bukan pertama kali dijual pada tahun 2022. Beberapa tahun dulu pun dah ada orang jual dan kebanyakan pembelinya dari negara yang udaranya tercemar seperti China.

Di antara jenama syarikat botol atau tin kosong isi udara terkenal di kalangan pembeli-pembeli ialah 'Vitality Air' yang menjual udara segar dalam tin dari pergunungan Canada dan 'Air de Montcuq' yang menjual udara  segar dari kawasan luar bandar Perancis.

Produk 'Vitality Air'.

Produk 'Air de Montcuq'.

Kejayaan penjual-penjual udara segar sebelum ini telah menjadi inspirasi kepada Juan Carlos untuk buat benda yang sama. Memandangkan Juan berasal dari Medellin jadi dia buat keputusan untuk menjual udara segar dari tempat asalnya.

Juan Carlos kata dia mencipta kaedah khas untuk menangkap udara dan membungkusnya dalam botol kaca kecil yang telah dibersihkan dengan teliti bagi memastikan tiada sebarang jenis bau yang kurang enak.

Produk yang dijual oleh Juan Carlos.

Menurut Juan Carlos, dia telah mencipta alat yang efektif untuk mengumpul udara dalam masa 15 hingga 30 minit. Ia adalah 100% semula jadi menurut Juan Carlos tanpa mendedahkan cara sebenar dia kumpul udara kepada umum sebab takut orang lain tiru.

Juan Carlos Alvarado kata dia telah berjaya menjual 77 botol udara pada hari pertama. Setelah mendapat kejayaan yang tidak dijangka pada hari pertama, dia menggandakan perniagaannya dan pada hari ketiga, dia mengatakan 300 botol telah berjaya dijual kepada pelancong-pelancong di Parque Lleras, El Poblado di Medellin.

Cuba anda tengok video ini.


Dah tengok video tu sampai habis?

Video tu dalam Bahasa Sepanyol, kalau anda tak tengok sampai habis pun takpe. Saya faham.

Cuba anda baca sebahagian dari komen-komen netizen pula.

Komen dalam Bahasa Sepanyol.

Ini adalah maksud komen netizen dalam Bahasa Sepanyol tapi saya dah guna Google Translate untuk terjemah ke Bahasa Melayu.

hay Dios, no se que es màs descabellado si vender una botellita bacía ho comprarla.

Maksudnya :

Oh Tuhan, saya tidak tahu apa yang lebih gila, menjual botol kosong atau membelinya.


El aire de Medellin es uno de los más contaminados del país

Maksudnya :

Udara Medellin adalah antara yang paling tercemar di negara ini.


Los jóvenes paisas están tan locos por el dinero, que están probando la estupidez de los gringos...

Maksudnya :

Golongan muda Paisa sangat gilakan duit sehingga mereka membuktikan kebodohan golongan Gringo...


Apa itu Paisa dan Gringo?

Maksud Paisa.

Secara ringkasnya Paisa ialah orang dari barat laut Colombia.


Maksud Gringo.

Secara ringkasnya Gringo ialah pendatang asing atau orang yang tak cakap bahasa Sepanyol. Sebutan yang betul ialah 'Grin-go' bukannya 'Gri-ngo'.


Ada orang kata Juan Carlos Alvarado penipu?

Memang ada yang menggelar Juan Carlos Alvarado sebagai scammer sebab mengenakan bayaran tinggi untuk botol kosong. Juan Carlos telah menafikan tuduhan itu dengan sekeras-kerasnya.

"Orang ramai mengkritik saya sebagai scammer tetapi ia adalah perniagaan yang nampak senang tapi sangat susah. Bukan senang nak isi botol dengan udara. Ia mengambil masa paling cepat 15 minit dan paling lama 30 minit untuk memasukkan udara bersih Medellin ke dalam botol.” kata Juan Carlos.


Anda rasa?

Saya tak terkejut kalau dah ada orang Malaysia jual botol kosong isi udara. Mungkin boleh jual udara Cameron Highland? Genting Highland? Kundasang? Gunung Jerai?

Saya tak berminat nak beli udara dalam botol. Tak kiralah udara segar dari Colombia ke, dari Canada ke, dari France ke atau dari tempat-tempat lain.

Cukuplah udara di tempat tinggal saya. Tak perlu beli pun.

Kalau ada sesiapa yang nak jual udara dalam botol, saya tak menyokong dan tak membantah. Suka pun tak, benci pun tak. Saya tak nak beli udara dalam botol tak bermakna orang lain pun tak nak beli juga.

Secara jujur anda nak beli udara Medellin atau udara dari tempat-tempat tertentu dalam botol?

Kalau anda berminat nak beli udara dalam botol atau tin, boleh kongsi sebab-sebabnya dalam komen. Kalau tak berminat tapi masih nak bagi komen pun boleh juga.


Wallahua'lam.


Sumber

Colombian entrepreneur makes money literally out of thin air

Company sells bottled fresh air for over 100 a bottle

Vitality Air

Air de Montcuq

What is the meaning of gringo?

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.