Wednesday, May 17, 2023

Apa itu Ghost Commerce?

Apa yang dimaksudkan dengan ghost commerce? (Hantu dagang?)

Apa itu ghost commerce?

Jom teruskan baca..

Definisi Ghost Commerce

Ghost commerce ialah sejenis perniagaan e-dagang yang banyak bergantung pada media sosial untuk menjual produk.

Orang yang buat bisnes secara ghost commerce biasanya tidak mempunyai website atau kedai sendiri.

Kalau ada orang nak beli produk, pihak ghost commerce perlu sampaikan order pelanggan tu kepada supplier. Kemudian pihak supplier pula akan uruskan kerja pembungkusan dan penghantaran produk terus kepada pelanggan.

Dari segi bayaran, pihak ghost commerce kena ambil bayaran dari customer dulu baru boleh order dari pihak supplier. Macam dropship kan?

Makin lama makin ramai orang buat perniagaan secara ghost commerce sebab makin ramai orang guna media sosial untuk cari produk.


Kelebihan ghost commerce

1. Menjimatkan duit anda dari segi tak perlu buat website dan tak perlu beli atau sewa kedai.

2. Perniagaan anda boleh dikembangkan dengan membuat lebih banyak content dan promote produk di media sosial.

3. Risiko perniagaan yang rendah sebab anda tak rugi pun kalau tiada orang beli.


Apa perlu anda lakukan kalau nak berjaya dalam bidang ghost commerce?

1. Buat research dulu sebab dah banyak orang buat ghost commerce, jadi niche memainkan peranan yang sangat penting. Ada banyak contoh niche yang boleh anda pilih di antaranya ialah pakaian bayi, pakaian kanak-kanak, alat memasak, alat pertukangan, produk elektrik, produk elektronik, produk untuk kucing peliharaan, produk anti serangga perosak, perabot dan lain-lain.

2. Cari supplier dropship yang boleh dipercayai. Anda boleh try cari di Kumoten, Lazada, Telegram, dan mana-mana media sosial atau website supplier dropship.

3. Buat content yang berkualiti untuk menarik lebih banyak followers. Followers anda boleh jadi pelanggan anda juga.

4. Bina identiti yang kukuh. Identiti yang baik sangat penting untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan supaya terus membeli dari anda berulangkali.

5. Kalau ada bajet lebih, gunakan khidmat influencer yang popular untuk perkenalkan anda dan produk yang anda nak jual. Inilah peluang besar untuk anda naikkan hasil jualan.


Apa perbezaan antara ghost commerce dengan dropship?

Berdasarkan info yang saya kongsi, ghost commerce melibatkan dropship. So apa perbezaannya?

Ghost commerce ialah sejenis perniagaan yang banyak bergantung pada media sosial untuk menjual.

Dropship pula ialah sejenis  perniagaan yang dilakukan di media sosial, website, blog, platform e-commerce seperti Lazada, Zalora, PGMall, Qoo10 dan seumpamanya.


Apa pendapat anda pasal ghost commerce?

Mungkin anda baru pertama kali dengar pasal ghost commerce.

Anda rasa berminat nak buat ghost commerce?

Mungkin juga anda sudah melakukan bisnes secara ghost commerce.

Bagaimana dengan bisnes ghost commerce anda?

Sila kongsikan pendapat anda pasal ghost commerce melalui ruangan komen.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.