Wednesday, June 21, 2023

Adakah owner company wajib bayar gaji kepada budak praktikal?

Saya tidak berminat dengan kerja makan gaji tetapi melalui kerja makan gaji saya dapat pengalaman bekerja. Dari situlah saya berazam nak berniaga supaya lebih bebas untuk buat keputusan sendiri.

Praktikal mesti ada gaji?

Apa-apa hal dalam content ini saya nak kongsikan pendapat saya pasal budak intern/praktikal.
Sebelum saya teruskan, saya nak bagitau yang saya lebih biasa panggil budak-budak praktikal berbanding intern.

OK jom teruskan.


Sebelum Praktikal
Sebelum pelajar-pelajar IPTS atau iPTA buat praktikal, apa yang dorang buat?

Study dulu di kolej/universiti tempat masing-masing kan?

Berapa harga kos pendidikan dorang?

Kalau kos sambung belajar di kolej/universiti swasta memang lebih mahal dari universiti awam.

Sebagai contoh kalau dorang perlu habiskan 6 semester. 1 semeseter terakhir ialah praktikal. Maknanya kos pendidikan dorang termasuk praktikal.

Praktikal adalah sebahagian dari pembelajaran dorang.

Mak bapak atau penjaga dorang perlu bayar kos pembelajaran selama 6 semester termasuk praktikal. Itu belum kira duit makan minum dorang.

Semasa 5 semester belajar tak timbul masalah terpaksa tanggung makan/minum, tempat tinggal dan lain-lain kos yang berkaitan.

Bila masuk semester keenam nak buat praktikal tiba-tiba minta dibayar pula?

Sedangkan buat praktikal tu termasuk sebahagian dari modul/silibus pengajian.

Tujuan asal praktikal untuk belajar, dapatkan pengalaman dan lengkapkan modul atau silibus pengajian. Jangan jadikan duit sebagai matlamat utama masa buat praktikal.


Masa Praktikal
Kalau dah praktikal pun termasuk dalam silibus/modul semester, jadi kenapa perlu tuntut bayaran dari company yang terima dorang praktikal?

Kalau buat praktikal dapat bayaran, bersyukurlah. Itu kira ihsan dari pihak company.

Kalau buat praktikal tak dapat bayaran, bersyukurlah juga sebab dapat pengalaman kerja dan habiskan semester.

Company tak wajib pun terima budak-budak praktikal ni.

Budak-budak praktikal datang bekerja sambil belajar untuk cari pengalaman dan habiskan silibus/modul semester.

Dulu saya pernah praktikal di RTM Angkasapuri. Saya tak terima bayaran pun sepanjang 2 bulan bekerja. Kawan-kawan yang praktikal dengan saya pun tak dibayar tapi enjoy je buat kerja.

Buat praktikal sebab nak rasa suasana bekerja. Tak timbul pula isu jadi buruh tanpa gaji.

Praktikal ni sebahagian dari modul atau silibus pengajian kolej/university. Sepatutnya pihak kolej/university kena bayar company untuk terima kita belajar dan dapatkan pengalaman kerja di company dorang.

Masa buat praktikal adalah masa yang terbaik untuk dapatkan pengalaman kerja. Mungkin ada staff company yang baik dan ada juga yang kurang baik. Itu semua pengalaman.

Pihak company perlu sediakan tempat untuk budak-budak praktikal buat kerja. Bila budak-budak praktikal buat salah, staff company yang kena betulkan.

Tak mustahil ada juga budak praktikal yang kena marah. Baik buruk di tempat praktikal itu sebahagian dari suasana kerja makan gaji.

Kalau betul-betul nak gaji macam staff company tempat praktikal, habiskanlah praktikal dulu. Kemudian apply kerja di tempat yang sama.


Selepas Praktikal
Lepas habis praktikal dan lengkap semester pengajian barulah keluar cari kerja. Inilah masanya untuk dapatkan kerja yang bergaji.

Bukan praktikal lagi ni jadi kalau company tak bayar gaji, boleh buat tuntutan.


Perbezaan dan Persamaan
Walaupun saya tak kerja makan gaji tapi saya tak merendah-rendahkan orang yang memilih untuk bekerja makan gaji.

Sama-sama cari rezeki tapi dengan cara yang berbeza.

Ada yang jadi graphic designer dalam sebuah company besar,  ada yang jual nasi lemak di tepi jalan, ada yang jadi cashier di pasaraya, ada yang berniaga apam balik di pasar malam dan macam-macam lagilah perniagaan atau pekerjaan yang boleh dilakukan.

Kita saling memerlukan. Majikan perlukan pekerja dan pekerja juga perlukan majikan. Peniaga perlukan pembeli dan begitulah sebaliknya.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.