Tuesday, July 18, 2023

Siapa Pak Man Telo?

Anda pernah dengar nama Pak Man Telo? Kalau orang-orang tua berusia 60 tahun ke atas berkemungkinan besar kenal Pak Man Telo.

Siapa Pak Man Telo?

OK, jom teruskan baca pasal Pak Man Telo.

Pak Man Telo atau Osman Hamzah adalah pengasas Skim Pertama Berhad iaitu skim cepat kaya pertama di Malaysia.

Apa pekerjaan Pak Man Telo sebelum aktif dengan skim cepat kaya?

Pak Man Telo merupakan bekas wartawan di akhbar Warta Negara pada tahun 1960-an. Setelah beberapa tahun, dia menyertai Bernama sebagai wartawan sambilan.

Pada hujung tahun 1970-an, Pak Man Telo mula aktif dengan aktiviti pelaburan skim cepat kaya. Skim ini mula terkenal selepas beberapa orang yang menjadi peserta awal skim tersebut menjadi jutawan.

Walaupun sebahagian orang yang join skim cepat kaya Pak Man Telo tahu yang skim ini takde jual produk, takde modal bisnes tapi dorang tak peduli semua tu.

Sebabnya?

Masa tu dorang diberi pulangan tinggi. Setiap bulan dorang dapat antara 10 peratus hingga 12 peratus setiap bulan. 


Syarikat gergasi mana yang boleh bagi pulangan sehingga 12% setiap bulan kepada pelabur-pelaburnya?

Setiap bulan ye, bukan setiap tahun dapat dividen 10% ke 12% tu.

Pada 1 Oktober 1989, aktiviti skim cepat kaya Pak Man Telo mula mendapat "usikan" daripada beberapa pegawai BNM (Bank Negara Malaysia) sebab kutip duit dari orang ramai tanpa lesen yang sah.

Pada 2 November 1989, kediaman Pak Man Telo diserbu buat kali kedua. Pak Man Telo bersama isteri dan anaknya ditahan dan duit tunai sebanyak RM1,700,000 dirampas.

Pada 11 Januari 1990, Pak Man Telo dibawa menghadap mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank dan Industri Kewangan 1989. Isteri dan anaknya pula dituduh bersubahat. Namun mereka bertiga mengaku tidak bersalah.

Selepas perbicaraan di mahkamah, Pak Man Telo dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan pasportnya dirampas. Manakala isteri dan anak lelakinya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin. Semua ikat jamin tersebut dibayar secara tunai.

Walaupun Pak Man Telo dah ambil banyak duit orang ramai dengan cara menipu tapi dia tetap disanjung oleh penyokong-penyokongnya di luar mahkamah. Mereka beramai-ramai melaungkan ‘Hidup Pak Man!’.

Pak Man Telo dijulang oleh penyokong-penyokongnya.

Setelah dibebaskan, Pak Man Telo tetap meneruskan operasinya seperti biasa malahan jumlah orang yang terjebak juga semakin meningkat disebabkan populariti Pak Man Telo naik mendadak

Wang tunai RM1.7 juta yang dirampas pegawai BNM telah dipulangkan semula kepada Pak Man Telo kerana tiada undang-undang yang membolehkan BNM ‘menyimpan’ wang rampasan tersebut. 

Pada September 1990, para pelabur mula perasan pulangan dividen semakin kurang. Pak Man Telo mengumumkan kadar dividen 12% diturunkan kepada 5% sahaja dengan alasan kemelesetan ekonomi dunia akibat daripada Perang Teluk.

Keadaan makin bertambah teruk apabila Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen seperti yang dijanjikan menyebabkan berlakunya kekecohan di tempat tinggalnya pada Januari 1991.

Kenderaan Pak Man Telo dirosakkan. Tak cukup dengan itu, sebulan kemudian anak lelakinya Abdul Razak Affendi diculik. Dorang ugut Pak Man Telo kalau mahu anaknya selamat dipulangkan, dia perlu bayar wang tebusan sebanyak RM430,000. 

Akan tetapi penculik-penculik itu berjaya diberkas pihak polis.

Pada April 1991, Pak Man Telo sekali lagi ditahan di Pejabat Polis Bukit Aman. Pak Man Telo dituduh mengambil wang deposit kira-kira daripada 50,000 orang dengan jumlah keseluruhan sekitar RM99.09 juta.

Pak Man Telo mengatakan tiada siapa mengetahui jumlah sebenar kutipan mereka kerana tiada rekod yang jelas bagi setiap transaksi sepanjang operasi skim cepat kaya dilakukan.

Pak Man Telo mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan di mahkamah. Pak Man Telo dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992.

Hasil perbicaraan, Pak Man Telo didapati bersalah dan mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak RM500,000.

Oleh sebab Pak Man Telo gagal membayar denda tersebut, dia dipenjarakan lagi setahun di Penjara Taiping, Perak sebelum dibawa ke Kuala Berang, Terengganu untuk perintah buang daerah.

Di Terengganu, Pak Man Telo bersama isteri kedua dan seorang anak lelakinya memulakan kehidupan baru dengan membaiki radio dan televisyen.

Pak Man Telo meninggal dunia pada 22 Disember 1997 ketika usianya 70 tahun akibat sakit tua.

Mana duit hasil kutipan Pak Man Telo?

Penutup
Walaupun Pak Man Telo dah lama meninggal dunia tapi operasi skim cepat kaya masih berterusan. Walaupun dilakukan oleh orang yang berbeza tapi tujuannya sama je, nak duit banyak dengan cara menipu.

Siapa yang terpedaya nak cepat jadi kaya memang jadi mangsa scammerlah.

Tolong jangan join skim cepat kaya, pelaburan merapu dan yang seangkatan dengannya.

Wallahua'lam.


Sumber


2 comments:

  1. Apa2 pun duit tak boleh masuk dalam kubur pun

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.