Tuesday, August 8, 2023

Dah bertahun-tahun kerja tiba-tiba terfikir "Nak berniaga atau teruskan kerja?"

Pernah timbul pertanyaan dalam diri anda seperti ini :

"Nak berniaga atau bekerja?"

Dah dapat buat keputusan ke belum?

Masih belum dapat jawapan yang terbaik?

Tolong pilih? 

Kalau masih belum dapat buat keputusan, sila baca content ini sampai habis.

Ada dua jawapan untuk anda.

Pertama

Kalau anda masih tertanya-tanya sama ada nak berhenti kerja & teruskan plan berniaga atau nak teruskan kerja makan gaji itu bermakna anda masih ragu-ragu dengan keputusan anda. 

Orang nak berniaga tak boleh ragu-ragu atau was-was. Jadi lebih baik anda teruskan kerja makan gaji.

Lupakan niat untuk berhenti kerja.

Jangan berniaga dulu. 

Kalau masih berkeras nak berniaga, buat secara part time je. Pastikan kerja makan gaji anda tidak terjejas.

Orang nak berniaga ni mental dia kena kuat. Hati seorang peniaga ni mesti tabah.

Orang kerja makan gaji pun mental nak kena kuat tapi mental seorang peniaga mesti lebih kuat.

Bukannya tak pernah berlaku orang yang dah berniaga kembali bekerja makan gaji. Tak salah pun kerja makan gaji.

Saya bukan nak cari salah sesiapa pun dalam topik ni.

Saya cuma nak bagitahu, orang nak berniaga ni tak boleh ragu-ragu atau teragak-agak nak buat keputusan.

Usahawan atau peniaga yang hebat takkan putus asa dalam perniagaannya. Walaupun bisnes rugi, dia akan cari jalan untuk pertahankan bisnes atau buat bisnes baru. Janji tak putus asa.

Walaupun kita senang-senang je boleh cari tips-tips yang hebat untuk berniaga tapi percayalah perniagaan ni bukan untuk semua orang.

Lepas ni kalau timbul lagi delima atau pertanyaan dalam diri anda seperti ini,

"nak berniaga full time atau teruskan bekerja?"

Jawapan terbaik untuk anda ialah bekerja sebab berniaga bukan untuk orang yang ragu-ragu dengan keputusannya.

Orang berniaga tak boleh takut risiko gagal sebab gagal boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk baiki kelemahan dalam perniagaan.


Kedua

Mungkin ada yang tak setuju dengan jawapan pertama saya. Jadi inilah jawapan kwdua untuk anda.

Buat solat Istikharah.

Lepas buat solat Istikharah, tunggu petunjuk dari Allah sama ada berniaga atau kerja makan gaji lebih baik untuk anda.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk anda.


Semoga bermanfaat!

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.