Wednesday, April 10, 2024

Jangan main mercun boleh tak?

Bukan setakat bising tapi membazir duit je main mercun.

jangan main mercunlah.

Kenapa masih ada orang main mercun?

Di antara sebabnya ialah ada orang jual mercun. Kalau ada orang jual maknanya adalah orang beli.

Kenapa orang jual mercun?

Sebab ada orang beli mercun.

Kenapa orang beli mercun?

Sebab ada orang jual mercun.


Ada supply and demand di situ.

Bila ada permintaan, adalah orang yang menjual.

Pernah tak ada orang cedera main mercun?

Ada.

Kota Bharu: Sebanyak 17 kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api dicatatkan di Kelantan sejak 19 Mac sehingga semalam.

Boleh baca selanjutnya di sini.

Dah ada orang cedera akibat main mercun pun masih ada yang main mercun?

Ada...

Memang naluri orang kita agaknya suka tengok benda bising meletup-letup. Tak bingit ke telinga orang yang main mercun ni?

Kita ni hidup bermasyarakat. Tak payahlah main mercun. Bisinglah.

Kalau nak main mercun juga, main di tempat yang jauh dari kawasan perumahan.

Nak main mercun buat bising dekat kawasan perumahan untuk apa?

Nak minta orang puji? bersorak?

Jangan bazir duit beli mercun lagi.

Gunakan duit tu untuk keperluan harian.

Harga beras sekarang dahlah mahal itu pun masih nak beli mercun?

Jimat duit.

Gunakan untuk beli barang-barang keperluan. Lebih berbaloi dari beli mercun.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.