Monday, March 25, 2024

Nak Berniaga Tapi Tak Pandai Masak?

Terus-terang kalau tak pandai masak, jangan berniaga makanan.

Gambar hiasan je.

Jadi jangan berniaga di bazar Ramadhan?


Pada pendapat saya ada dua penyelesaian.

Pertama : Belajar masak sampai sedap

Ada banyak resepi yang boleh dicuba.

OK saya bagi contoh beberapa resepi yang sedap untuk anda buat sendiri :


Selain dari resepi-resepi tersebut, anda boleh cari resepi di tempat lain tapi ada juga resepi yang dikongsikan secara online tak sedap.

Terpaksa ubah atau olah sendiri supaya jadi sedap.

Nak tahu resepi yang anda try tu sedap atau tak sedap, try bagi orang lain rasa.


Kedua : Jual selain makanan yang perlu dimasak oleh diri sendiri

Macam-macam anda boleh jual. Tak pandai masak macam mana sekali pun, takkan tak pandai masak air?

Kan boleh jual air?

Macam-macam perisa air boleh dijual.

Kalau tak pandai bancuh air sedap, tak perlu risau sebab ada pelbagai jenis benda lain lagi yang boleh anda jual.

Jual kerepek atau keropok?

Cari kilang kerepek contohnya Azharfood di Batu Pahat. Borong banyak-bantak untuk dapatkan harga murah. Tak perlu masak pun boleh jual makanan sedap.

Boleh jual buah-buahan atau sayur-sayuran. Tak payah masak pun boleh jual makanan kategori buah atau sayur.

Selain itu boleh jual bahan mentah seperti ayam, daging, kambing, ikan, udang, sotong, kupang, ketam dan lain-lain.

Apa lagi?

Boleh jual tudung, baju, seluar, jubah, telekung, mainan, kasut, stoking, payung, powerbank, charger, pengorek telinga dan macam-macam lagilah.

Boleh sediakan perkhidmatan menjahit, cuci kereta, cuci rumah, potong rumput, potong rambut, tukang urut, tukang paip dan macam-macam lagi.


Habis tu kenapa orang ramai beli juga walaupun rasa makanan dia biasa-biasa je?

Ada peniaga jual makanan rasa biasa-biasa je tapi ramai juga yang beli.

Kenapa?

Mesti ada sebab ni..

Boleh jadi lokasi dia strategik jadi peniaga tak perlu nak beriklan atau nak buat promosi sangat untuk tarik perhatian orang ramai.

Boleh jadi sebab marketing dia power sampai orang ramai teruja nak beli.

Boleh jadi peniaga merupakan seorang yang berakhlak mulia sampai orang ramai tertarik nak beli.

Ada sebab-sebab lain lagi?

Kalau guna ilmu hitam pelaris untuk lariskan hasil jualan tu saya tak suka. Sebagai orang Islam, saya tolak sekeras-kerasnya peniaga yang guna cara yang salah untuk dapatkan keuntungan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.