Saturday, July 5, 2025

Anda Akan Menyesal Bila Tahu Benda Ni Boleh Jadi Sumber Duit Pasif Tapi Tak Nak Buat

Pernah tak anda rasa macam ni :

Balik dari kerja badan penat, otak letih tapi hujung bulan akaun bank masih sendu?

Sesal dulu pendapatan

Sedangkan ada orang lain yang nampak macam relax je tapi duit tetap masuk setiap minggu atau setiap bulan macam magic.

Hakikatnya bukan magic.

Mereka ada sumber pendapatan pasif. Dan benda ni bukan untuk orang kaya je, anda pun boleh mula dari sekarang.

Itu pun kalau anda serius nak duit pasif.

Apa Itu Duit Pasif?

Duit pasif ialah duit yang masuk secara berterusan walaupun anda tak kerja hari-hari.

Bukan skim cepat kaya. Bukan MLM. Bukan pelaburan merapu.

Bukan tipu duit orang tapi duit yang masuk hasil daripada sistem yang anda bina sekali tapi hasilnya berulangkali.


Benda-Benda Macam Ni Orang Pandang Remeh Tapi Sebenarnya Power :

1. Jual E-Book / Panduan Online



Pernah tulis nota, resepi, pengalaman berniaga, tips belajar atau novel?

Boleh ubah jadi e-book. Anda siapkan sekali, jual berkali-kali.

Gunakan platform seperti Gumroad atau Google Drive tambah link payment.

Modal : RM0 kalau buat sendiri.
Untung : RM10 atau lebih setiap jualan.

Contohnya jual nota termasuk latihan Matematik Tambahan Tingkatan 4 & 5, Tips Ingat Formula Fizik termasuk latihan, pengalaman berniaga termasuk strategi perniagaan yang orang ramai belum tahu, novel pengembaraan, novel penyiasatan, novel seram dan lain-lain lagi.


2. Sewa Barang Yang Anda Miliki


Ada bilik kosong?

Ada GoPro, tripod, projector, motor, van atau kereta?

Semua tu boleh disewakan berulang kali.

Boleh hebahkan perkhidmatan menyewa kepada jiran-jiran.

Kalau nak tambah lagi pelanggan, boleh hebahkan perkhidmatan sewa di Mudah, Carousell dan Telegram.

Contohnya sewa kereta Myvi sehari RM120, seminggu RM600.

Boleh ubah harga ikut kemahuan anda.


3. Buat Channel YouTube Tanpa Muka


Video tanpa tunjuk muka sendiri pun boleh buat duit kalau kena caranya.

Guna suara latar, gambar, skrip menarik kemudian upload dan biar YouTube bayar anda setiap bulan.

Terus-terang memang ambil masa untuk dapatkan 1000 subscribers dan 4000 jam video views atau 10 juta short views tapi bila dah dapat.. duit masuk setiap bulan.

Contoh topik video tanpa tunjuk muka sendiri ialah resepi, kisah misteri, fakta pelik, info kewangan, gameplay dan isu semasa.


4. Jual Gambar / Rekaan / Template


Kalau anda ada gambar cantik, grafik menarik, templat nota, resume atau checklist letak saja di Etsy, Gumroad dan Telegram.

Contoh ayat promote design/template anda seperti "Kalender Islam 1448 – boleh edit”, “Checklist Umrah untuk mak ayah – print & guna”, "100 sample resume untuk anda edit dan guna sendiri" dan lain-lain lagi ikut kreativiti anda.

Kalau target luar negara, boleh guna bahasa English atau bahasa-bahasa lain yang anda faham.


5. Simpan Duit Dalam Pelaburan Patuh Syariah



Kalau anda ada duit lebih dalam simpanan, bagi duit tu kerja untuk anda.

Simpan dalam ASB, Best Invest, Wahed Invest atau lain-lain pelaburan patuh syariah.

Dividen tahunan tu = duit pasif

Saham ni ada masa naik dan ada masa turun.

Biasanya pelaburan seperti ini untuk dapatkan keuntungan jangka masa panjang.


Kenapa Ramai Tak Buat Benda Ni?

Sebab ramai fikir:

  • “Takde masa…”

  • “Nanti-nantilah…”

  • “Siapa nak beli benda saya buat?”

Sedangkan orang yang mula dulu bukan pandai sangat pun. Cuma dorang buat dulu.

Dan sekarang.. dorang kutip hasil.


Penutup

Kalau anda nak duit lebih tapi tak nak buat apa-apa, anda akan kekal dengan masalah kewangan atau bermungkinan besar kewangan anda lebih teruk pada masa akan datang.

Tapi kalau anda mula ubah satu je..
📌 Buat satu e-book
📌 Cuba jual satu barang
📌 Sewakan satu benda

Masa depan anda mungkin mula berubah dari usaha kecil yang anda mula sekarang.

Pendapatan pasif bukan untuk orang hebat sahaja tapi untuk orang yang berani mula hari ini.

"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.