Sunday, October 25, 2015

Tips atasi orang cerewet dalam perniagaan

Sebagai peniaga, kita tak mungkin lari dari orang yang cerewet. Kenapa bukan pelanggan yang cerewet? Pelanggan maksudnya orang yang membeli sedangkan kalau tak membeli tu bukan pelanggan namanya.
Pelanggan cerewet?
Apa nak buat bila berdepan orang cerewet sewaktu kita berniaga?



Sebelum kita nak atasi orang-orang cerewet, kita kena amik tahu dulu cerewetnya macam mana. Buat masa ni aku kongsikan 3 kategori cerewet. Orang yang cerewet ni memang menyakitkan hati tapi percayalah tak semua golongan cerewet ni menyusahkan.

Cerewet yang bagus.
1. Meluahkan rasa susah nak beli dengan kita.
 Aku suka golongan ni. Kalau cuti berniaga lebih sehari je dah ada beberapa regular customer datang tanya. Contoh-contoh pertanyaan atau luahan rasa dorang setiap kali aku cuti lebih.

"Kenapa tak berniaga hari tu? "
"Tak tahu nak beli apa kalau awak tak berniaga."
"Semalam datang tengok sekali tak ada pulak."
"Berniagalah betul-betul, jangan asyik cuti je."
"Cepatnya habis?"

Dorang ni kalau boleh nak aku berniaga 24 jam 7 hari non stop walaupun dorang sendiri takkan datang beli dengan aku 24/7. Dorang nak setiap kali datang je dapat beli.

"Kalau luar Johor tak boleh hantar ke?" 
"Hantar je saya sanggup bayar lebihlah."

Kalau perniagaan jarak jauh, dorang mengharapkan kita boleh hantar barang yang dorang nak walaupun jarak jauh. Kadang-kadang apa yang kita jual, orang dekat tak tahu dan tak hargai tapi orang jauh pula yang ambil tahu dan berminat.

Ini golongan pelanggan cerewet yang paling aku suka.

2. Mempersoalkan tapak berniaga.
Bukannya suruh berhenti berniaga tapi bagi cadangan berniaga tempat lain yang lebih OK pada pandangan dorang. Ini pun golongan yang cerewet juga tapi tak menyakitkan hati.

"Berniaga sanalah lagi senang."
"Dekat depan sekolah tu lagi ramai orang."
"Sini tak ramai oranglah."
"Kalau berniaga dekat sekian sekian lagi untung."

Mungkin timbul rasa simpati pada dorang suruh aku tukar tempat niaga yang lebih banyak orang. Aku lebih selesa berniaga di kawasan perumahan je. Apa-apa hal aku berterima kasih pada pelanggan yang cerewet positif macam ni. Cerewet pun ada positif ? Layan je.


Cerewet yang mencabar.
1.  Masalah bungkusan
"Saya nak yang ini bungkusnya macam ni, yang itu pulak macam tu, yang bla bla bla.."
"Polisterin takde ke?"

Tak semua cerewet macam ni tapi adalah 1 dalam 10 yang macam ni. Bagi aku cerewet macam ni agak mencabar time orang lain pun datang nak beli. Nak layan dia sorang bungkus ni bungkus tu lain-lain habis berderet customer lain tunggu lama.

Yang mintak polisterin tu, memang tak dapatlah ditunaikan. Aku jual nasi lemak dah tak pakai polisterin macam dulu. Sejak GST diperkenalkan pada April 2015, harga polisterin pun melambung. Last-last stop guna polisterin. Kalau ada yang beli kuih kusoi minta bungkus guna polisterin, memang tak dapatlah jawabnya. Guna plastik je lah.

2. Bagi duit terlalu besar atau terlalu kecik.
"Saya ada duit syiling je.."
"Itu je la duit paling kecik saya ada."

Beli kuih RM4.00 semua syiling... Takpelah aku memang perlu syiling pun tapi jenuhlah nak kira. Andaikata terkurang, aku mintalah yang kurang tu. Lagi satu aku nak pastikan customer tu tak terbagi duit lebih sebab pernah berlaku sebelum ni sampai tak senang tidurlah selagi tak pulangkan. Agak leceh nak kira syiling banyak-banyak tapi kena banyak bersabarlah.

Bayar guna sekeping RM50 atau RM100. Datang 10 orang macam ni, habis duit kecik aku. Sabar je lah. Kadang-kadang sampai tahap aku kata bayar esok je la dekat sorang customer ni. Sekali esok dia betul-betul datang bayar sebab dia kata "Bahaya barang makan ni tak bayar."

Kalau setakat sorang dua takpelah tapi kalau dah ramai macam ni? Sangka baik mungkin dorang terpaksa korek duit tabung dorang untuk dapatkan produk/servis dari korang. Mungkin jugak dorang baru lepas dapat gaji sebelum dapat beli produk/servis dari korang. Memang mencabar berdepan dengan customer macam ni tapi kena sangka baik dan banyakkan bersabar. Kalau sangka buruk nanti nak berniaga pun hati tak senang.


Cerewet yang menyakitkan hati.
1. Merungut harga mahal.
"Eh, mahalnya!"

Kalau berdepan orang yang merungut mahal, jangan marah dia. Mungkin dia memang betul-betul tengah kurang duit atau memang miskin papa kedana. Jelaskan elok-elok dekat dia, harga barang sekarang memang mahal. Apa boleh buat? Kos sara hidup pun tinggi. Kalau dia masih tak nak beli lepas kita bagitau elok-elok, it's OK. Kita pun tak nak orang macam ni berdiri depan gerai/kedai kita lama-lama.

2.Buat perbandingan harga.
Ini lagi teruk dari merungut harga mahal. Siap nak banding harga yang kita jual pulak.

"Kenapa 5 biji RM2? Dekat sana kuih 3 biji RM1."

Dah tahu dekat sana lagi murah apsal sibuk datang sini nak complaint? Apsal tak beli dekat sana lepas tu blah terus? Saja nak menyakitkan hati peniaga! 

Jangan harap apa-apa dari orang macam ni. Kalau korang boleh bersabar dan senyum, silakan. Kalau korang bertelinga nipis, buat bodoh je la dengan orang macam ni. Buat sakit hati je!

3. Cari kelemahan peniaga.
Produk atau servis mana yang takde kelemahan? Orang yang dah berpuluh-puluh tahun berpengalaman pun boleh tersilap. Inikan pula orang yang baru berjinak-jinak berniaga.

Kalau boleh baiki kelemahan yang diungkitkan pelanggan, buatlah setakat yang termampu asalkan tak merugikan diri sendiri. Orang berniaga mesti nak untung. Rugi sebab keadaan muka bumi, iklim, bencana atau seumpamanya memanglah kita tak boleh buat apa-apa. Tapi kalau rugi disebabkan terlalu layan kecerewetan pelanggan yang sibuk cari kelemahan kita ni memang tak berbaloi.

4. Minta gantirugi lebih-lebih.
Ada juga jenis pelanggan yang ambil kesempatan. Kalau setakat pelanggan minta gantirugi barang yang sama kualiti/kuantiti atau duit yang sama nilai dengan produk tu takpelah. Kalau kita tersalah hantar barang, memang hak pelanggan suruh kita hantar barang yang betul. Terpaksa keluar modal lebih demi jaga hati pelanggan dan secara tak langsung menjadi pengajaran kepada kita supaya jangan salah hantar barang lagi.

Macam mana pulak kalau pelanggan tu minta gantirugi lebih dari yang sepatutnya? Apa nak buat dengan pelanggan macam ni? Siap ugut nak samanlah, nak sebarkan ke internetlah, suratkhabarlah bla bla bla. Gantirugi setakat barang yang rosak tu je. Tak payah layan lebih-lebih sampai merugikan diri sendiri.

Andaikata terpaksa bayar gantirugi melebihi modal sampai rugi sebab tak tahan dengan ugutan-ugutan pelanggan, masukkan nama pelanggan tu dalam blacklist korang. Kalau boleh, sebarkan blacklist tu kepada kenalan yang berniaga sama ada bisnes online atau offline. Orang macam ni tak perlu jadi pelanggan korang lagi pada masa akan datang!

6. Suruh bantu kaum sendiri.
Kalau ada supplier cina yang bagi harga rendah dekat peniaga cina tapi bagi harga harga tinggi dekat peniaga melayu pun aku benci. Itu namanya supplier racist. Tak kira peniaga ke, supplier ke, manufacturer ke, pemimpin ke, kalau racist memang aku benci.
Aku bukan benci kaum melayu tapi benci pelanggan melayu yang amik kesempatan ke atas peniaga melayu.

"Sesama melayu kira bolehlah."
"Tolonglah sikit kita kan sama-sama melayu."

Jahanam bisnes kalau dapat pelanggan macam ni. Kalau nak sangat bantu sesama kaum, bayarlah ikut harga peniaga. Sibuk je suruh kita tolong dia sedangkan dia tak tolong kita pun. Nak minta harga kaum pulak. Ini namanya parasit dalam kaum. Diulangi aku bukan benci kaum melayu tapi benci parasit dalam kaum melayu.

Pelanggan macam ni terpaksa disekolahkan. Bagitau je tak kira kaum apa pun, harga tetap sama. Kalau dia tak nak beli sebab tuduh kita tak nak bantu kaum melayu, fine no problemo. Hati lebih senang bila takde parasit kaum jadi pelanggan kita.

7. Cerewet dalam segala hal.
Ini memang golongan cerewet yang perfect. Cerewet pasal produk, servis, layanan, pembungkusan, bla bla bla. Cerewet sana sini last-last minta harga paling rendah di dunia.

Jangan jadikan orang macam ni pelanggan kita. Kalau cerewet dari segi kualiti lepas tu sanggup bayar lebih takpelah. Ini cerewet bukan sebarang cerewet. Inilah golongan cerewet yang sempurna. 

Kalau pernah dapat pelanggan macam ni, pastikan korang jangan terima dia sebagai pelanggan korang lagi pada masa akan datang. Buang masa je!


OK cukuplah tiga kategori pelanggan atau orang yang cerewet dengan kita dalam bisnes. Pelanggan yang menuntut hak tidak boleh dikategorikan cerewet.

Contohnya pelanggan tempah jubah 5 helai warna hijau dan 5 helai warna hitam tapi peniaga hantar 8 jubah warna hijau dan 2 jubah warna hitam. Pelanggan pun tak puas hati suruh peniaga hantar juga 5 jubah hitam dan 5 jubah hijau.

Dalam kes ni, peniaga perlu bertanggungjawab. Jangan ego dengan pelanggan. Mesti minta maaf dengan pelanggan bila dah buat salah. Minta pulangkan balik 3 jubah hijau tu dan gantikan dengan jubah warna hitam. Kalau takde stok, bayarlah gantirugi mengikut kadar yang dipersetujui oleh  pihak peniaga dan pelanggan.

Lain kali, seandainya tak boleh tunaikan permintaan pelanggan tu jangan pandai-pandai ubah ikut kepala otak sendiri je. Beritahu dulu pelanggan tu awal-awal, stok jubah warna hitam tak cukup. Ikut keputusan pelanggan tu sama ada dia nak terima atau tak. Jangan pandai-pandai buat keputusan untuk pelanggan melainkan pelanggan sendiri yang setuju!

Korang rasa ada lagi orang cerewet di luar kategori yang aku sediakan? Kalau ada atau korang sendiri pernah ada pengalaman pelanggan cerewet, kongsikanlah di ruangan komen untuk manfaat kita bersama sebagai peniaga. Seandainya korang ada pengalaman dengan peniaga yang cerewet atau menyusahkan pun boleh juga dikongsi di ruang komen.

18 comments:

  1. Kalau yang kata harga mahal tapi datang kat kita tu saya cakap je saya tak mampu jual ikut harga orang tu. So ada rezeki ada tak ada tak apa. Siapa nak rugi. Ada kos yang perlu di bayar dan tak semua peniaga dapat harga yang sama dari pembekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang bernas untuk pelanggan cerewet kata harga mahal depan kita. Terima kasih rahimah.

      Delete
  2. Setakat cerewet yang kita boleh tahan kita layankan sahaja apa ada hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu memang ada tahap cerewet yang kita boleh tahan.

      Delete
  3. nak berniaga ni memang kena banyak bersabar..pelanggan memang ada macam2 ragam.. kalau bekerja dengan majikan..cabaran dari bo pulak pelbagai ragam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kerja makan gaji pun susah juga berdepan majikan yang cerewet. Sebagai pekerja bawahan terpaksalah ikut rentak dorang yang berpangkat lebih tinggi demi nak dapatkan pendapatan tetap setiap bulan.

      Dalam bidang perniagaan pula lagi mencabar sebab orang yang cerewet ni dari pelbagai latar belakang, umur dan pangkat. Tak semua jenis orang cerewet kita boleh layan demi menjaga reputasi perniagaan sendiri.

      Delete
  4. Replies
    1. Ya betul tu tak ramai yg berjaya dalam perniagaan sebab tak sabar dan cekal.

      Delete
  5. Nampaknya ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan. Ada yang positif adan yang negatif. Cuma bila banyak sangat permintaan tu, kita kena jawap dengan fakta pada mereka, barulah diorang ni syenpa. Betul lah pelanggan adalah Raja, tetapi selagi permintan mereka tu logik dan boleh diambil kira bolehlah ditunaikan, Kalau tidak simpan tepi ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang bagus. Mknanya kalau pelanggan cerewet di luar logika tk perlu dilayan..

      Delete
  6. Bila dapat customer yang cerewet nie memang kena banyak sabar . Itu hak mereka .

    Tapi bila aku dapat customer yang tak cerewet langsung , biasanya kami akan aim dia pada masa akan datang . Bila dia datang kami akan bagi diskaun terus dekat dia . Sebab dah tahu dia takkan tawar harga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik idea ni bole dipraktikkan. Pelanggan tak cerewet rasa lebih dihargai.

      Delete
  7. best whatsapp status http://www.whatsapstatus.com

    ReplyDelete
  8. best job option http://www.do-job.net

    ReplyDelete
  9. Aku dulu masa keja call centre kena maki hari-hari. kadang customer kena la faham. Perkhidmatan nak terbaik, kenala bayar yg lebih. Bukan ciput

    ReplyDelete
  10. http://www.jaguarfiey.blogspot.com

    blogwalking n follow me mybe :)

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.