Saturday, December 2, 2017

Durian masih mahal

Saya penggemar durian tapi tak nak beli durian. Punyalah mahal harga durian sekarang ni. Harga durian D24 pun dah RM25 satu kilogram.

Penjual durian D24 di Jalan Nibong Taman Daya
Sepatutnya durian D197 je RM25 sekilogram.



Memang patutlah orang boikot durian beberapa bulan tahun ni. Harga durian D24 dah sama harga durian D197. Apa tu durian D24? Durian Bukit Merah. Durian D197? Durian Musang King.

Kalau durian D24 dah mahal gila, macam mana pulak harga durian Musang King? Harga terlajak gilalah jawabnya. Buah durian sekarang sedang menuju ke arah buah mampu tengok je.

Baru-baru ni dapat info dari whatsapp group. Info pasal durian palsu.

Durian palsu viral di whatsapp group
Petikan dari whatsapp tersebut :

" Kat pasaran  lani ada 1 kontena durian musang king sbji dijual dlm hrga lebih kurang  rm20..diminta adik beradik ka kwn2 ka yg ada kt KL jgn beli.kes terbaru makan durian tu msuk hosp..keracunan..ada racun dlm tu..harap berhati2.. durian dicelup dlm bhan kimia dan dibekukan guna gas nitrogen , buah ni boleh tahan hingga setahun ,, buat masa sekarang ni , elakkan dari beli atau mkn bahan berperisa atau produk durian , bahaya "

Walaupun ikut info tu durian palsu musang king di KL, orang luar dari KL pun kena hati-hati. Dah ada yang ambil kesempatan pulak jual durian palsu. Lepas ni kita boikot durian habis-habisan termasuk produk yang ada bahan durian.

Pemilik kebun durian dah boleh war-warkan atau hebahkan pada orang ramai. Biar pelanggan sendiri datang ke kebun pemilik durian. Kalau pemilik kebun nak lagi untung, bawa pergi pasar jual sendiri. Up sikit harga lepaskan kos minyak kenderaan, payung/canopy, sewa tapak dan lain-lain kos yang dirasakan bekaitan. Durian mantap RM8 sekilo, siapa tak geram nak beli? Pemilik kebun durian untung tanpa orang tengah, customer pun seronok dapat beli durian harga murah terbaik dari ladang!

Peraih atau peniaga durian yang tertekan dengan kempen boikot durian boleh jual hasil-hasil kampung selain durian buat tambah-tambah. Jangan salahkan orang ramai boikot durian. Hasil kekayaan orang kampung takkan durian je? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

Kalau saya peniaga durian, saya takkan salahkan orang ramai boikot perniagaan saya. Sambil jual durian, boleh jual buah-buah yang lain. Boleh jugak jual air mineral atau sebarang air berperisa buat tambah-tambah. Tambah usaha untuk tambah untung. Always think positive!

Kalau nak makan durian, pergilah.

P/s: Pernah rasa durian Hajah Hasmah (D168)?


Sumber:
Maklumat durian D24
Maklumat durian D197

2 comments:

  1. Nama pun Raja buah..biarlah mahal pun. Kita tak yah beli kalu tak mampu. Mkn rakyat buah jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ramai boikot raja buah supaya harga dia murah. Durian digelar raja buah sebab sedap bukan sebab mahal. Buah apa digelar rakyat buah? Mungkin boleh diketengahkan pulak rakyat buah lepas ni.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.