Sunday, March 18, 2018

Cara Selesaikan Masalah Hutang Dengan Along

Sebelum terkena memanglah kita berjaga-jaga. Kita takde hak nak perli atau ketawakan mangsa-mangsa yang teraniaya pinjam duit along, ceti, money lender sama ada berlesen atau pun tak berlesen. Selagi tak terkena selagi itu kita tak faham keadaan mangsa-mangsa ah long.

Jangan pinjam duit ah long.

Macam mana orang boleh terjerat dengan along?


Kebanyakan orang yang pinjam ah long ni sebab terdesak. Bukan dorang suka-suka nak pergi pinjam duit along. Ada yang pinjam sebab nak berniaga, nak tanggung belanja anak-anak sambung belajar, nak buat pembedahan segera dan macam-macam lagi yang mendesak orang untuk buat pinjaman ah long.

Nak gadai emas tapi emas takde. Nak gadai tanah tapi tanah pun takde. Nak minta zakat, dorang tak bagi seolah-olah duit zakat tu dorang yang punya. Mungkin bukan semua pegawai pusat zakat macam ni tapi memang ada orang susah yang tak dapat duit lepas pergi minta bantuan. Masalah kewangan ni bukan kira orang muda atau orang tua. Sesiapa pun boleh terkena.

Orang kalau tak terdesak nak duit takkan pinjam ahlong. Ah long pulak amik kesempatan minta lebih-lebih. Orang dah habis bayar pun sibuk ahlong minta selagi mangsa tu masih hidup.

Iklan ah long bukan setakat tampal dekat pokok, tiang lampu, tiang letrik, selit kertas kat kereta dan edar risalah kat rumah je. Ah long sekarang pun dah pandai promote kat internet.

Contoh kiraan ah long bagi pinjam RM10,000, bunga atau interest setiap bulan RM1000. Walaupun peminjam dah dua tahun bayar RM1000 setiap bulan tapi itu cuma interest sahaja. Kalau dah bayar selama dua tahun jumlahnya dah RM24,000. Ini sudah lebih RM14,000 dari duit pokok RM10,000. Selagi belum bayar sejelepuk duit pokok RM10,000 selagi itulah ahlong kutip interest RM1000 dari peminjam.

Itu satu contoh je. Mungkin ada lagi taktik licik ah long nak kenakan mangsa. Ugut nak culiklah, nak rogollah, nak jadikan pelacurlah dan pelbagai cara lagi nak aniaya peminjam.

Peminjam boleh report polis kalau kena ugut. Tunjuk bukti sms atau whatsapp. Kalau dapat rekod suara ugutan ah long lagi bagus.

Ah long tak takut polis? Ah long tak ditangkap walaupun lepas ugut atau membahayakan keselamatan penghutang? 

Berkeras baliklah dengan ah long. Kalau ah long ugut nak bakar rumah, ugut balik nak bakar ofis dia. Kalau ah long ugut nak apa-apakan keluarga, ugut balik nak bantai atau cacatkan dia. Ah long pun manusia juga, boleh berdarah juga dan pasti mati juga bila sampai ajalnya.

Ada penyelesaian lain? Memang ada badan atau persatuan bukan kerajaan yang boleh tolong anda. Nak selesaikan masalah dengan ah long / ceti / money lender dan yang sama species dengannya pun kena ada duit jugak. Maknanya anda kena ada duit jugak untuk selesaikan masalah pinjam duit ahlong.

Sebaik-baiknya bangun solat tahajud dan solat istikharah. Menangislah masa berdoa minta Allah bagi petunjuk jalan nak selesaikan masalah hutang dengan ahlong. Esok pagi cuba dapatkan bantuan dari senarai bawah ni. Kalau ada halangan nak minta bantuan PPIM, try PKPKL. Kalau ada lagi halangan boleh try MCA. Insha Allah masalah hutang anda dengan ah long akan selesai.

Saya senaraikan Persatuan under kerajaan dan persatuan bukan under kerajaan iaitu NGO (Non Government Organization) yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa ah long. Walaupun MCA adalah sebuah parti politik cina tapi dorang tetap bantu kaum melayu dan india yang ada masalah dengan ah long. Apa-apa hal tanya dulu dorang berapa bayarannya sebelum setuju nak guna perkhidmatan dorang ni.

PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Alamat :
Ibu Pejabat PPIM,
70X, Jalan Keramat Hujung,
Bukit Keramat 54000,
Kuala Lumpur.

Telefon :
03-425 77 222
03-425 666 18
019-359 1000 (hotline)
019-238 4000 (hotline)

Website :

Email : 
aduanppim@gmail.com
muslimconsumers@gmail.com


4PM
Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia

Alamat :
No. 3.8, Tingkat 3,
Spectrum Mall,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang, Selangor.

Telefon :
03-21816348​​​

Website :      
www.ppppmalaysia.com.my      

Email :
enquiry@ppppmalaysia.com.my


PKPKL
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur

Alamat :
B-2-5 Jalan 2/142A,
Megan Phoenix KM10,
56000 Cheras, 
Kuala Lumpur.

Telefon :
03 - 9101 5096
03 - 9107 8074

Website : 

Email : 
pkpklngo@gmail.com


MAP Maju Bersatu

Alamat :
No 18-1, tingkat 1, 
Jalan Seri Rejang 4, 
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Telefon :
017-6357167
017-3157167
(Saharuddin Bakar a.k.a Ayah Dino)

Website :


Reinas Multi Resources

Alamat : 
No 36-1-1 
Jalan megan setapak 1,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.

Telefon :
012-3662127 (Puan Aryati binti Abdul Razak)

Website :


MCA
Malaysian Chinese Association

MCA Headquarters

Alamat : 
8th Floor, Wisma MCA, 
163 Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur.

Telefon :
03 2161 8044

Fax :
03 2161 9772

Website :

Email :
info@mca.gov.my


MCA cawangan Johor Bahru

Alamat : 
Tingkat 5, 
Bangunan MCA Negeri Johor,
Jalan Segget, 
80000 Johor Bahru, Johor.

Telefon :
07-2236711

Fax :
07-2233913

Website :

Email :
mcajohor@gmail.com


DAP
Democratic Action Party

DAP Headquarters
Alamat :
Ibu Pejabat Kebangsaan,
Jalan Yew,
55100 Kuala Lumpur.

Telefon :
03-9200 5000

Fax :
03-9200 7000

Website :
https://dapmalaysia.org

E-Mail :
dap@dapmalaysia.org


DAP cawangan Johor Bahru

Alamat :
20, Jalan Ros Merah 3/2,
Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor.

Telefon :
016-772 6276


Sila hubungi headquarters MCA atau DAP untuk dapatkan alamat cawangan mereka di negeri-negeri lain.

Nanti bila dah setel hutang dengan ah long, jangan pinjam duit dengan dorang lagi. Duit interest setiap bulan untuk ah long lebih baik digunakan untuk bisnes. Mudah-mudahan bisnes jadi lebih mantap dan maju.

Wallahua'lam.


Sumber

200 comments:

  1. bahaya pinjam dengan along..kalau dah terjebak, cubalah minta dari pihak yang sepatutnya

    ReplyDelete
  2. Tu la.. sebelum buat keputusan nak pinjam tu.. better fikir masak2 dulu..

    ReplyDelete
  3. Menakutkan sapa yang pinjam ngan Along ni. Nyawa sendiri dan family semua dipertaruhkan. Mintak dijauhkan perkara gini. Huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang mintak dijauhkan dari terjebak pinjam duit along.

      Delete
  4. mohon dijauhkan bala dengan meminjam ahlong..

    doa banyak banyak agar tidak ada kesulitan dalam kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Semoga mangsa-mangsa ahlong dapat bantuan yang sewajarnya.

      Delete
  5. Kalau Sarawak ada x bantuan? Sy br kena kol tnya dh dpt kerja br ke tak n tnya ttg payment tp ni dr money lender. Harit u dotang tgkap gmbr rmh mak cik sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tanya MCA atau DAP kat Sarawak. Kalau money lender ugut nak apa-apakan anda atau ahli keluarga, terus buat report polis.

      Delete
  6. ada ke org nak bg 30k dlm 1jam.. kalau bank bg kelonggaran ckit mgkin berbeza.. kalau tak terdesak xde org cr money lender @ ah long.. mmg sume tahu ape yg akan jd.. tp desakan hidup memaksa.. sanggup anak bini x mkn.. sy lg sanggup meminjam dari jd pencuri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, orang pinjam duit along sebab terdesak. Orang lain pun mungkin fikir lebih baik meminjam dari mencuri. Masalahnya along amik kesempatan terhadap peminjam. Kesian mangsa-mangsa along.

      Delete
    2. Saya pnjam..sekarang beban..punca ptptn...nak pinjam pada bank..bank cakap .encik ada ptptn..gaji tak cukup .basic 1400..saya lkelulusan ijazah...kerja susqh sekarang..punca pinjam along..nak buat bisness..tapi kena tipu..sekarang terpaksa tangung hitang along 10k..mohon bantuan..

      Delete
    3. Dah cuba contact NGO yang saya senaraikan? Dah cuba contact MCA atau DAP ?

      Delete
  7. Area sabah ada org nak tolong ? Say ada pinjam dgn along rm1900 . Settle rm3k. Byr ansur Rm800x5/10 hari . Say lmbt sikit je bayar bunga suda naik 200 . Tak tau mcm mna nak settle . Hope ada yg bole tolonh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi contact MCA atau DAP di Sabah. Apa-apa hal banyak-banyak berdoa minta tolong Allah selesaikan masalah hutang anda.

      Delete
    2. Ow try tnya dgn dorang la okok tq

      Delete
    3. Kalau bole share kat sini lepas tanya dengan dorang.

      Delete
  8. Mcm mane bg diorg bg duit tu tanpa kena byr lg sedang kita dah banyak gileee

    ReplyDelete
  9. Klu kta mmg x de duit lgsg,cm mn nk byr duit khidmat ngo tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu takde duit nak bayar khidmat ngo tu, dorang tak tolong. Apa-apa hal cik/puan cuba contact dorang tanya dulu kalau betul-betul tengah takde duit boleh bantu tak setelkan masalah along.

      Delete
  10. mula2 nk proceed dia minta bayar rm450 untuk lawyer keluarkan surat offer letter. lepas sy bayar dia minta sy bayar 4bulan advance. tapi baru sy tersedar,sy tak jadi buat loan n sy tak nak bayar. tapi duit loan semha tak masuk acc lagi. berkemungkinan ke diorang cari sy 😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak jadi pinjam buat apa dorang nak cari awak? Masalahnya siapa yang mintak duit untuk lawyer dengan 4 bulan advance? Along ke? Ada alamat along tu?

      Delete
  11. Ada ofis di penang tak .. ahli keluarga saya telah buat pinjaman along ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Penang boleh try tanya branch DAP atau MCA. Wisma DAP 3-A, Jalan Rangoon, 10400 Georgetown.
      Kalau nak minta tolong PPIM kena contact dorang tanya dulu. Dorang ada tu cawangan kat Penang.
      Insha Allah selesai masalah hutang keluarga awak dengan along.

      Delete
    2. Salam en saya ada msala dengan ahlong.byar mingguan .. date die dah smpai arini dan last esok.semalam saya pi ppim mereka x dapat selesaikan sebab ppim hanya tlg sttle kan msla htg ahlong yg berlesen sahaja. Adakh pihak mca or badan2 berkanun yang en bgtw tu boleh membantu.

      Delete
    3. Salam unknown, PPIM tak dapat tolong setel peminjam along yang takde lesen? Pertama kali saya tahu ni.

      Kalau PPIM tak boleh tolong, cari je MCA atau DAP berdekatan dengan tempat encik. Insha Allah selesai.

      Delete
  12. Sy terdesak nak guna duit utk bisnes sy skang ni, ada terpikir nak pinjam ah long tp takde kekuatan lg. Mna sy nk dptkn pinjamn. Keluarga n kwn2 pun xde yg dpt tolong. Pinjmn bank pun xlpas. Msalahnya sy perlukan duit tu sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba pinjam dari TEKUN?

      Kalau tak dapat jugak, cuba mintak di pusat zakat atau baitulmal. Kalau tak dapat jugak, gadai semua emas yang ada.

      Mudah-mudahan Allah bantu anda dalam masalah duit sekarang ni.

      Delete
  13. Saya juga punya masalah yang sama skrg, dikejar Ah long , hampir 10k hutang yang terpaksa ditanggung. Boleh bagi pendapat kpd saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta tolong dari DAP di kawasan yang berdekatan. Insha Allah selesai masalah.

      Delete
  14. Sy ada pengalaman pinjam wang blesen. Sy dah bayar since 2015 sampai sekarang, lebih dari 50k(ada topup loan baru then kena bayar interest loan lama etc), start awal tahun sy bhenti keje sebab anak sakit and mula tak bayar, sy inform tak keje and diorang ok, sampai la bulan lepas diorang paksa bayar sedangkan sy tak bkeje. Dulu pinjam RM4000, dapat dekat tangan RM2800, bayar bulanan RM1600 untuk 4bulan, sy just bayar 3bulan then topup loan RM3000, bulanan sy kena bayar RM1800 untuk 12 bulan, tak sampai 12 bulan sy topup loan RM3000, bulanan kena bayar RM2100 untuk 12 bulan, then kadang2 sy ambil loan RM1000(bayar balik RM1250 dalam masa sebulan sambil bayar loan sebelum nie). Ikutkan sy dah bayar lebih sangat pada diorang, and sy mintak tolong pada badan ngo di sri rampai, ada dikenakan bayaran. So sy mintak tolong pada cawangan DAP kawasan sy, alhamdulillah tidak dikenakan sebarang bayaran. Pinjaman wang blesen nie banyak menipu, kata tak pegang atm card sy( sedangkan dia pegang) then kata sy tak pernah bayar etc. Nasihat sy, print statement bank, highlights mana bayaran yang diorang ambil, then bagi pada cawangan DAP. Nanti diorang akan fight untuk matikan bunga, and sekiranya dah bayar melebihi apa yang sepatutnya, kita bebas and diorang tak kacau. Statement bank sangat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yang menarik!
      Maknanya sesiapa yang ada masalah dengan along boleh minta tolong DAP. Syaratnya bawa statement bank dan tunjuk bayaran yang along ambil.

      Terima kasih tuan/puan sebab sudi kongsi pengalaman kat sini. Insha Allah lebih banyak mangsa-mangsa along hargai dan boleh ambil pengajaran dari kisah pengalaman macam ni.

      Delete
    2. Saya nak mintak pandangan tuan2 saya ada berhutang dengan ahlong tapi bayaran setiap minggu..sekarang saya telah berhutang dengan lebih 10 ah long dan semuanya bayar mingguan...di sebabkan mereka mendesak menyuruh bayar on time saya terpaksa pinjam banyak ahlong untuk cover loan ahlong yg lama hingga sangkut 10 ahlong...sekarang saya sudah xmampu untuk membayar wang kepada mereka setiap minggu dan ada ahlong yang ugut nk datang rumah dan sebarkan gambar saya...mohon bantuan apa yang perlu saya lakukan tuan2 dan puan2 saya betol2 terdesak dan terhimpit sekarang

      Delete
    3. Assalamualaikum nak tanya macam sy ada submit untuk loan 3k tapi lepas loan sy dah lulus sy tengok interest rate dia tinggi sangat sy xnak ambik so sy nak cancel, bila sy nak cancel dia suruh sy bayar cancellation 300 sy kata sy xmau bayar dia kata loan ni sy nak ambik atau dak dia xkesah tapi cukup sebulan bunga jalan dan dia ugut nak simbah cat kat rumah, soalan sy dia akan buat betul ka atau sekadar ugutan sahaja, sebab sy xda ambik duit apa pon dari dia

      Delete
    4. Kepada yang berhutang sampai 10 ahlong, mudah-mudahan dipermudahkan untuk jelaskan hutang-hutang tersebut.

      Kepada yang cancel, abaikan je ugutan ahlong tu kalau betul-betul tak jadi pinjam.

      Delete
    5. Salam Boss,
      5tahun lps sy dh selesaikn lebih kurang 10 ahlong..hampir 30k

      Skrg (31hb aug)ade ahlong lain minta byr hutang lama...die bg gambar fb, ic lama sy, resit bank in ms sy pinjam 2016...rm600..die ugut mcm2 klu x byr..suami berbincang..die nk sy byr 3600..sy pun byr..tp bkn acc die..acc org lain(bdk melayu)..lps tu sy buat report polis ats ugutan...polis ade bgtau..jgn bank in..tp x pelah..sy dh byr...lps tu suami ckp kat ahlong tu jgn ganggu lg sbb katanya dh ok lps byr 3600..skrg ade ah long lain plak minta duit...katanya..sy bole byr org lain kenapa x bole byr die..skrg apa perlu sy buat...sybtakut ahlong ni ade persatuan lain..sorang kita byr..yg lain pun minta padahal mungkin sy dh byr 5tahun dulu..mcm mana ye..ade yg penh alami..atau sy perlu ke pihak mn utk dptkn bantuan...

      Delete
    6. Salam kembali, ikut kata polis tu jangan bayar. Abaikan je along-along tu sebab dah habis bayar.
      Kalau ugut berterusan, report polis. Simpan semua bukti-bukti sms, whatsapp ugutan dari along.

      Makin dilayan makin menjadi-jadi along ni.

      Delete
  15. Ade cwgb di perak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cawangan apa? DAP?

      DAP Perak,
      48, Medan Istana 1,
      Bandar Ipoh Raya,
      30000 Ipoh, Perak.

      Telefon : 05-2531532

      Kalau cawangan PPIM, kena telefon sendiri pihak PPIM. Ada dalam artikel tu.

      Delete
  16. Ada sisapa boleh tolong ayah saya tak? Ayah saya pinjam duit along rm50k sebab tertentu... Sekarang saya nak tolong tak mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi DAP di kawasan terdekat insha Allah setel.

      Delete
  17. Apa yg boleh saya buat ya? Ayah sy peminjam ahlong berlesen. Ahlong ni dah siap2 ugut nak ambil barang dlm rumah😭😭😭😭 tpi mmg dia dah ambil dah pun . Kesian family saya. Adik2 saya semua kecik2 lagi . Tolong lah saya,sy merayu. Tpi mmg skrg tgh takde duit lgsg. Sy takot klau keadaan nanti makin parah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try tanya DAP di kawasan terdekat?

      Saya tahu memang susah kalau pinjam duit along walaupun berlesen. Mudah-mudahan Allah selamatkan keluarga anda dari masalah hutang dengan along.

      Delete
    2. boleh contact 03-40315036. insya allah boleh setlekan masalah awk

      Delete
  18. Saya pun terjebak..pinjam 7k bulan2 bayar 1500x24 bulan..terlalu membebankan..saya boleh bayar cuma saya dah berhenti kerja dalam proses mencari kerja baru..macam mana nak selesaikan masalah saya ni tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1500 x 24 tu dah RM36,000. Dahsyatnya along amik bunga.

      Tuan terpaksa bagitau along suruh tunggu tuan dapat kerja baru. Kalau takde duit, macam mana nak bayar?

      Ada try tanya DAP di kawasan terdekat?

      Delete
    2. cuba dengan PAY MALAYSIA.. contact dorg terus nk tau mcm mana nak berurusan..03-40315036

      Delete
  19. selamat malam tuan-tuan dan puan-puan..

    saya mahu tumpang bertanya berkenaan pinjaman peribadi dengan long berlesen punya. surat hitan putih ada. tapi bila kawan saya mau cuba baca untuk memahami hitam putih diorang..tapi diorang suruh siang terus dari dorang bersebut. kawan saya pinjaman rm3000k dapat dalam tangan bersih rm3000. sebab kawan saya kena bayar berbulan selama 10bulan sebanyak rm760.00 sebulan dan mybank2 dia kena pengang dalam online tuan.. boleh bantuan untuk tahu dalam 3000k berapa seharusnya kena bayar tuan.. Aren masai Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya pinjam RM3000 tapi kena bayar RM760 x 10 bulan? Melampau pulak along ni amik bunga lebih 100%.

      Saya cadangkan tuan pergi ke cawangan DAP yang terdekat. Minta tolong dorang.

      Delete
  20. SAYA PUN ADA MASLAH YG SAMA.. SAMAPAI SKRG DORANG KEJAR SAYA
    APA SAYA NK BUAT,TOLONG LAH SAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report polis sebab diancam oleh along dan minta nasihat atau bantuan DAP di cawangan terdekat.

      Banyakkan berdoa Insha Allah selesai masalah.

      Delete
    2. Abg nk tanya boleh sy pernah di datangi seorng lelaki dia ckp nk kasi sy duit 10k sy pun terkejut nk sambil ckp ha bak sini duit tu lepas tu dia betul2 nk kasi.... Lepas tu sy terkejut ingat dia penipu sy pun tolak la dan suruh dia kasi org susah......lepas tu tanpa sy sedar dia macam mintak Macam2 kat sy ic tanda tangan dan lain2..... Kalau kes macam sy ni macam mna yer...... Ahlong tu boleh buat pape kat sy x..... Dia memang nk kasi sy duit tu tp sy suruh kasi org susah... Dia bebetul kasi org susah macam mna ni

      Delete
    3. Dah bagi dia ic dan tandatangan? Baik cepat-cepat report polis, mungkin anda dah diperdaya oleh laki tu.

      Delete
  21. Kalau minta bantuan terus ke balai polis terdekat agak dapat setel atau tidak... Mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis tolong kalau along ugut, menceroboh atau lebih-lebih mengganggu. Hutang dengan along tu polis tak tolonglah sebab hutang tetap hutang.

      Delete
  22. Saya telah pinjam dengan ahlong sebanyak rm30k sebab share partner nak buat bisnes tetapi gagal sekarang ni hidup saya tak tentu arah memikirkan dia mana saya boleh Minta bantuan tolong la saya amat memerlukan sebelum apa apa terjadi pada family saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi minta tolong DAP di cawangan yang berdekatan.

      Kalau along ugut nak apa-apakan family, boleh report polis.

      Delete
    2. Ada ctct no DAP kuantan x

      Delete
    3. Cuba contact HQ DAP kalau nak tahu cawangan DAP di Kuantan atau tempat-tempat lain di seluruh Malaysia.

      Call : 03-92005000

      Delete
  23. sy nk mohon bantuan sesiapa yg dpt tlg sy ade pnjam ah long 1k dpt 600 bayar mngguan 300x4 mnggu sy tak smpat bayar mnggu prtama sy dah diberhentikan kerja sy tak bayar lmbat shari bunga naik 100 skrg da nk jadi 2000 sy buat kputusan pnjam ah long lg 1 pnjam 500 dpt 350 lpastu pnjam lg 1 ah long dpt 250 tpi smpai bile byk mne ah long sy nk pnjam. .klau sy tak baya mereka gngu kluarga sy gngu bapak sy bapak sy ade masalah jantung lg dia tau bnde ni kesian dia sgt2. .mohon spe yg dpt bantu selesaikan masalah sy sy dlu sy prlukan 3k je sy jnji sy akan bayar sikit2. .ade yg sudi bantu boleh hubungi sy di nombor 0172460515 sy di area kajang terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya saya baca komen ni. Tak cuba tanya DAP kawasan berdekatan kajang?

      Delete
    2. Saya pun ada masalahbyg sama mcm diatas pinjam tak banyak tp skrg bsnss ada mslah ort hitang ats nama sy tak bayar sy tpksa pinjam money lender skrg mereka kejar sy wsap hari2 dulu sy stress skrg sy nn cuba dapatkan bantuan

      Delete
    3. Cuba try tanya DAP atau PPIM

      Delete
  24. Sekarang sy mengalami masalah yg sama..Dr Stu Along ke Along yg lain gara2 xdapat bayar bunga mingguan Sya niaga makanan..bulan puasa tu ari niaga teruk tu xdpt nak bayar Along Sya takut Along nak suruh setelkan 3k pada Isnin ni puas meminjam sana cini suadara mara semua xada..spa yg budiman tolong lah sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba minta tolong DAP di kawasan berdekatan.

      Delete
  25. Sya dengar2 lah kalau kwsp dapat tolong bantu untuk keluar kan akaun2 transfer pergi ke akaun money lender.. Sekadar brtanya..

    ReplyDelete
  26. Dah ada yg berjaya selesaikan dgn DAP KE..KALAU ADA BG INFO SYA PON DLM MASALAH YG SAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah komen-komen kat sini ada pembaca yang dah kongsi berjaya minta DAP setel masalah along.

      Delete
  27. Ada ke yg sudah berjaya selesaikan hutang ahlong ..tolong Sya pon sama esok Sya kena settle kn 5k buntu Sya puas sana cini xdpt pertolongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada yang berjaya lepas minta tolong DAP.

      Delete
  28. Saya dah call dap dgn mca dia org tak boleh tolong.. Ada lagi yang lain boleh tolong tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try PPIM tapi kenapa DAP tak dapat tolong? Dorang dah biasa tolong orang berdepan masalah hutang along.

      Delete
  29. sy juga ada msalah yg same. dah pergi ke dun dap terdekat. tapi mereka cakap xada bantuan utk msalah ahlong. ppim juga sudah pergi. masih xdpt ape2 jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke ni? Semoga Allah bantu anda dalam menyelesaikan masalah dengan ahlong.

      Delete
  30. Pinjaman wang bwrlesen ni memang bayaran balik tinggi ke? Dia kira macam mana ye. Minta explain kan boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman along sama ada berlesen atau tak, bayaran balik biasanya tinggi. Saya dah bagi contoh dalam artikel ni.

      Delete
  31. Saya pun ada masalah yang sama.. Urgent nk guna duit.. Tlg saya.. Stress saya sbb akhir bln nie saya harus bayar 1k interest sbb saya lambat bayar dlm masa 5 or 6jam sahaja.. Pinjam rm600 dapat dkt tangan rm300 sahaja bayar dlm masa seminggu rm 700..saya dh bayar rm700 tu. .Cuma lambat sket sahaja dalam masa.. Tolong saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh dorang kenakan interest lambat bayar 5 or 6 jam? Boleh buat report polis dah ni.

      Delete
  32. Saya pun ada masalah. Saya buat pinjaman wang berlesen RM1500 dapat RM14xx. Bulan RM480 X 6bulan. Dah bayar 3kali. Lepas tu saya kena buang kerja. Takdapat bayar. Ah long dah msg call ugut ugut. Dah datang jumpa family semua. Dia cakap kat kakak ipar saya ada hutang lagi RM2340. Boleh tahu macam mana cara kiraan dia? dekat mana saya boleh dapat bantuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini memang taktik licik along. Kiraan dorang selagi boleh amik lebih dorang akan amik lebih. Kalau dah kena ugut dah boleh buat report polis. Masalah hutang along tu boleh cuba dapatkan khidmat DAP atau PPIM.

      Delete
  33. Sya pun Ada masalah yg Sama ,dengan pinjaman Wang berlesen, boleh Bantu tak bagi no phone DAP Sabah yg boleh dihubungi? Untuk meminta bantuan, tapi Ada Komen sya nampak dap xda tolong dah, sya buntu.. hutang sya mcm xda dapat ditutup, gaji tiap Bulan bersih dapat rm80 ja lagi utk belanja sendiri Lepas bayar semua hutang, sya betul2 buntu sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba hubungi DAP Kota Kinabalu 08-8718231.

      Semoga masalah hutang saudara dapat dilangsaikan.

      Delete
  34. sy terlah ditipu along..sy ingatkn mereka agen uruskan pinjaman dari bank..sertelah sy berikan segala document yg mereka mintak untuk load 10k..tertiba mereka wassap bos bagi pinjam rm500 bunga rm100 deposit rm100 stemping 150 sy hanya dpt rm150
    untuk sttel rm400 dlm masa seminggu..tapi sy tak dpt byr semalam..dan hari dia mintak sy bayar rm300 kerana lewat satu hari..mcm mana nk bayr sy tak ada duit..apa patut sy buat..

    ReplyDelete
  35. Salam.. .Saya pinjam along yg bayar mingguan.. Hampir 20 org saya pinjam. Pd mula ya dpt rolling sbb mereka bagi untuk 2nd pinjaman.. Tapi akhir ya saya dah tak blh bayar sbb terlalu byk Sgt sampai sehari saya kena standby 2k untuk bayar be berapa along... Apa NGO yg blh tlg saya... Harapan tinggi sbb saya dah tak sanggup lg nak bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Cuba tanya PPIM. Semoga Allah permudahkan urusan saudara untuk selesaikan masalah hutang dengan along.

      Delete
    2. contact NGO di setapak tuan.. 03-40315036

      Delete
  36. Kalau ah long siap ugut2 boleh ker buat report kt polis...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nak tanya sapa yg boleh bantu sy selesai hutang along ya

      Delete
    2. Try tanya DAP atau PPIM.

      Delete
    3. Ppim ke kak yati ke abg Dino ke semua pun mcm ahlong juga....minta Kita bayar dulu br dengar cerita..utk tindakan pun kene bayar riburibu... serious sy xtipu...sy dah call satusatu agency...semua mengalahkan ahlong

      Delete
    4. Ya ke? Kalau betullah macam tu, kesianlah dekat orang yang mintak tolong dari PPIM.

      Delete
    5. kalau di area kl ada NGO mcm ppim ni.. kawan pernah rujuk dorg..tak salah sy takde payment dulu..dekat setapak

      Delete
    6. Boleh share nama NGO, alamat dan nombor telefon?

      Delete
    7. Pkpkl bole bantu ke ada bayar ribu2 ke sapa pernah ...Sya dah pegi PPIM tapi dorg nk kita Setel kan separuh dulu baru bole buat rundingan..mna nk cari 20k dlm masa 8 hari PPIM BG utk buat rundingan dgn semua Along..buntu sya

      Delete
    8. 20k dalam 8 hari? Banyak tu.. Cuba tanya Pkpkl dulu.

      Delete
  37. salam...sy dri kelantan..sy hutang ahlong 350..dah settle byar 500..kemudian..dapat msg dri watsapp ahlong yg sama kata ade masuk 330 sbb ofie tersalah masuk..jdi ckap la sy xnak duit tu...xnak pinjam lagi..dye kata xboleh sbb ofie sudah masuk dalam akaun...7/8 terpaksa byar 500..sy mntak no akaun nk tranfer balik duit tu..dye xbg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah jadi kes polis sebab menipu. Pergi report polis sekarang dan bagi bukti dah bayar hutang along kat polis.

      Delete
    2. sy mcm kena benda yg sama..400-120 dpt 280..byar 80 x5..tapi byar dh sekali 80 tiba2 dia masukkan lagi 280..tnya apa tu xjawab..mcm mana ni..aduh..taknak terjerat

      Delete
    3. Boleh report polis jugak ni sebab memperdaya dalam beri pinjaman.

      Delete
  38. As salam..sy pun hdapan mslah pjm syarikat pijaman wang berlesen di area K.Terengganu..asal utk meniaga,dah tak mampu nk byr bunga mingguan..skrng hutang dgn 4 syarikat..jmlah skli bunga mencecah rm10K..yang sy sain surat perjanjian hny dengan satu syarikat je, lps tu byk yg msg/wsap twrkn pjman tnpa ada sain apa2, jmp pun x..htr I/C, SSM..dah..mrk msk kn duit dlm akaun bank..skrng ni sy dh tak tahu nk cari duit mana..ada tak PPIM dkt area Trg..atau mn yg blh tlong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tuan cubalah call PPIM dulu. Orang dari luar KL pun ada yang minta tolong PPIM jugak.

      Semoga Allah bantu tuan.

      Delete
    2. Semua perlu kan bayaran dulu..baru boleh dengar cerita..xde sape nak pinjam suka2..berniaga dh elok..owner melayu pulak x puashati nak amik alih balik kedai..kena ugut lagi..smpai bwk geng..walaupun ada agreement..kita x nak suami bergaduh ..beralah je..start dari situ lah..ujian demi ujian pinjam ah long bayar sana bayar sini..smpai dh pening..Semoga Allah lindungi kita semua peminjam Ah Long..

      Delete
    3. Masalah dengan along ni, dah habis bayar pun kena bayar lagi. Itu yang peminjam ah long selalu jadi mangsa..

      Semoga Allah lindungi puan sekeluarga dari gangguan ah long.

      Delete
  39. Assalamualaikum,
    Saya pun baru kena dgn 2 Ahlong..Asal nk tanya rate yg dia org iklan betul ke tak..kalau nk check table bg dokumen dulu..sy yg lurus ni bagilah..yg silapnya bg no akaun bank...dua2 penipu ..(1 ahlong offer pinjam 5k dpt penuh bulanan 250x23 dan lg satu ahlong offer 280x24 tp dua2 penipu)..last2 masukkan Rm400 jer(Yg lain terus tolak bunga Rm200,Deposit Rm300 dan stamping kepala bananya Rm100)..Apabila tanya kenapa you masukkan duit,dia ckp ini test ..kalau payment ok..baru dpt itu loan..semua main nama Boss.....ini paksaan..dia terus transfer jer...Dan saya kena tanggung bayar 2 ahlong ni Rm400 dlm masa 10 hari..Apabila saya nk bayar settle jer dia tak bagi...dia cakap..you mau bayar lg 3x bunga lagi(Maksudnya sy kena byr lg RM1200 lg +Pokok..baru boleh settle..Malangnya saya ada no Phone sahaja...alamat takde...skrg Buntu..
    Saya nasihatkan yg lain jgn cuba2 pinjam sbb mmg susah nk keluar dr Ahlong ni...saya harap akhir bulan ni boleh settle ahlong ni..Hidup tk tenteram,tidur tak lena,makan tak selera yg paling teruk ,gaduh dgn isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam,
      Terima kasih saudara sudi kongsi pengalaman dianiaya along. Masalah saudara ni dah jadi kes tipu atau diperdaya. Dah boleh report polis ni.

      Delete
    2. Kes ahlong ni masih tk settle lg..sbb melampau sgt sampai mintak duit settlement lg sampai rm1200....tk byr dia ltk Memo kat pagar nama penuh,ic dgn tanda $$.tk layan lagi dia hantar gambar kete kena cat Merah ..tk bayar lagi dia ambik gambar FB kita dan nk share dlm FB sbb tk bayar..itu cara ahlong utk memalukan kita...kalau ikutkan pembayaran saya semua dh di jelaskan..tapi kalu dh penipu..mmg keje dia lah menipu tu....boleh email saya utk share kat ashahmsa@gmail.com

      Delete
    3. Tak setel lagi? Jahat gila along!

      Dah report polis?

      Saya doakan semoga masalah saudara selesai dengan baik.

      Delete
    4. Skarang dah 2020,.adakah dah setel..,kakak sya t'jerat msalah ni

      Delete
  40. betul ke ppim @ mca blh tolong settlekan masalah along nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak minta tolong ppim kena bayar dululah. Dulu sebelum PH menang, MCA selalu tolong orang bermasalah hutang dengan along. Sekarang cubalah minta tolong DAP.

      Delete
  41. Sy dh pergi PPIM . Tak selesai masalah .. Diaorang pon ada kena mengena dengan ahlong. Rm300+ kena bayar kat diaorang.... Sangat mengecewakan lagi.. Dah la datang dari jauh... Bulan2 nak bayar kt diaorang pn tinggi. Lebih dari ahlong ... Kecewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak kalau macam ni.

      Delete
    2. dekat setapak ada satu NGO mcm ppim ni jgk..tapi bayaran sekali je..cuba cik survey dorg

      Delete
    3. Apa nama NGO kat Setapak tu?

      Delete
  42. macam mana nak minta bantuan DAP? boleh share tak? sy berhutang dengan ahlong sebanyak rm4800,sana sini minta bantuan tp tak ada y boleh tolong.. minggu depan kena langsaikan semua,tolong lah sape² yg boleh bantu.. tertekan sgt fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah ke cawangan DAP yang berdekatan. Mudah-mudahan hutang tuan/puan dapat dilunaskan dengan segera dan selamat.

      Delete
    2. Sya pun mcm ni...tgh buntu cari duit...ada cdgn x?klu dh ppim pun kena bayar...sedih je la...

      Delete
    3. Cubalah minta bantuan dari baitulmal. Apa-apa hal jangan putus asa.

      Delete
  43. Salam.
    Saya minta tolong sangat2 bantuan kat mana yang boleh bantu untuk saya selesai kan hutang2 along & pinjaman berlesen ni. Saya berhutang dekat JOHOR sahaja ada 4. Dekat singapore ada 4 tempat.

    Pinjaman berlesen dekat johor ada 2 tempat dan pinjaman ah long ada ada 2 tempat.

    Singapore pulak pinjaman berlesen ada 1 tempat.

    Pinjaman ah long sahaja ada 3 tempat.

    Total dekat singapore berhutang
    $5080

    Total dekat johor berhutang
    Rm10780

    Saya pinjam hutang ni untuk selesai kan masalah2 peribadi seperti rumah kereta dan nak buat operation kaki saya.


    Saya cuba apply personal loan dekat bank hakikatnya permohonan tidak diluluskan.

    Jadi saya buntu macam mana nak selesai kan masalah2 ni. Dah setiap minggu saya bayar intres ah long. Dah pening mana nak cari duit lagi. Duit gaji saya habis bayar dorang je. Rase menyesal pun ada bila pinjam dorang. Nak minta tolong kawan pun susah. Family pun nak bayar hutang masing2. Minggu ni nak kene bayar intres lagi untuk exstend 1 minggu. Tak tahu sampai bila selagi tak bayar habis.

    Jadi kalau nak minta bantuan dekat mana ye?

    Apa yang perlu saya bawa seperti documents atau sebagainya?

    Saya berada di johor.
    Minta email kepada saya cara selesaikan masalah ni. Harap sangat2 dapat membantu.

    eonesusanty85@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, banyak juga masalah cik/puan dengan along. Dah try minta tolong DAP?

      Saya doakan masalah hutang cik/puan selesai dengan segera secara baik.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  44. Assalamualaikum...
    sy ada masalah dengan 1 ahlong
    dan sy buat 2 pinjaman
    pinjaman 1 rm1000 dpt rm750
    pinjaman 2 rm1000 dpt rm750 jga
    total sy pinjam rm2000 dn dpt tgn rm1500

    dan kalau ikutkan sy dah bayar rm3900
    tapi ahlong masih minta duit dari sy..
    boleh bantu sy..badan2 ngo yg berdekatan dgn sy...sy tgl di kelantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam,
      Saya tak pasti NGO mana satu yang tolong mangsa ahlong di Kelantan. Kalau kena ugut, report je polis dan tak payah bayar lagi sebab dah terlebih bayar tu.

      Semoga Allah bantu saudara/saudari dalam masalah ni.

      Delete
  45. Org kalau dengar pasal ahlong ni, jarang sangat nak tolong
    Saya pernah kena ugut, lepas tu pergi report polis, polis boleh jawab suruh settle hutang je..sebab kalau setakat ugut2 tampal poster memang polis tak ambil tindakan..
    Polis bertindak kalau ahlong dah ceroboh masuk rumah
    Dalam hati saya..alahai kalau dah masuk rumah..innalillah dulu la jawabnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Polis tak ambil tindakan walaupun kena ugut macam tu? Makin naik lemaklah ahlong kalau macam ni.

      Nak tunggu ahlong masuk rumah baru polis bertindak?

      Silap-silap ada yang mati atau cedera. Kalau ada isteri, anak-anak perempuan tu..bahayanya.

      Semoga Allah bantu awak selesaikan masalah hutang dengan ahlong.

      Delete
  46. Betul ke DAP bole settle masalah ahlong ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak-banyak komen sini dah ada orang share pasal DAP dengan ahlong..

      Delete
  47. boleh bagi contact nombor DAP selangor tak? sekarang sy kena tanggung hutang pinjaman dgn 5 org ahlong total 28k,niat untuk run berniaga tapi kena tipu dgn share partner sendiri.. duit lebur hutang bertimbun,tolong la sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini contact nombor DAP Selangor.

      03-79578022.

      Delete
  48. Sya sekarang sedang alami hutang dengan along...sya mhon bantuan..sya dari kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba minta bantuan di sini..

      48A,
      Taman Ganding,
      Jalan Langgar,
      05460 Alor Setar,
      Kedah

      04-7309 418

      Semoga Allah bantu cik/puan selesaikan masalah dengan along.

      Delete
  49. Saya dr sarawak... Kaalu dah hutang 200k. Saya pun rasa tiada jalan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan putus asa walaupun hutang banyak. Teruskan usaha untuk bayar juga hutang walaupun sikit-sikit.

      Delete
  50. dah call DAP , DAP suruh rujuk PKR,bl call PKR diorang cakap xde sediakan bantuan kewangan.. mcm mana lagi nak selesaikan semua hutang² ni, sy sangat² terdesak.. keluarga pun tak dapat tolong,sy memerlukan pinjaman 28k untuk selesaikan hutang² ahlong ni sevelum 25/11 ni.. sy dah tak mampu nak tanggung hidup mcm ni,bantu lah sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP bantu kalau mangsa ahlong dah bayar lebih tapi along masih suruh bayar lagi.

      Cubalah minta bantuan dari baitulmal. Jangan putus asa..

      Semoga Allah bantu anda dalam masalah hutang-hutang dengan ahlong sebelum 25/11 ni.

      Delete
    2. sy dah call baitulmal,diorang tak sediakan bantuan macam ni.. sy boleh bayar bulan² tapi tak mampu nak bayar hari²,takde ke jalan lain yg sy perlu buat.. sy dah call ppim,harap ada la jalan untuk sy..

      Delete
    3. Baitulmal sepatutnya bantu orang yang betul-betul terdesak. Apa-apa hal jangan putus asa insha Allah ada jalannya.

      Apa PPIM kata? Dorang boleh tolong?

      Semoga Allah permudahkan urusan anda untuk selesaikan masalah ahlong.

      Delete
  51. Ada yg dah selesai ke dgn Along ni..bole tolong Sya jugk masalah yang sama..dah pegi PPIM tapi dia mintak duit utk bayar Ahlong dlm tempoh 8 hari utk tarik masa jgn Along ganggu mana lah ada duit yg bnyk waktu terdekat kalau ada tempat lain tolong lah BG tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang dah selesai dengam along. Kebanyakan yang selesai tu sebab dah bayar lebih tapi along masih minta lagi. DAP boleh tolong kalau kes macam ni.

      Kalau belum habis bayar agak mencabar tapi insha Allah tetap boleh selesai juga. Dah cuba tanya 4PM? PKPKL? MAP?

      Jangan putus asa. Usaha, sabar dan tawakal.

      Delete
  52. Salam saya ada pinjam along 7k n bulan byr 1100 selama 15 bulan saya dh byr 4 bulan pertama tp bulan seterusnya xdpt byr sb kna buang kje ,atm kad dia pegang n skang dia ugut nk ap2 family cmne sya bole dptkn bantuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ugut dah jadi kes polis. Buat laporan polis sebab kena ugut bukan sebab tak nak bayar hutang along.

      Semoga dapat kerja baru untuk langsaikan hutang segera.

      Delete
  53. salam..sy pn nk luah perasaan...sy pn jd mangsa ahlong dan scammer...niat sy mmg nk wt pinjaman..tp x sangka rupanya sy dh ditipu..duit sy 2k abis dkt dieorg je..mle2 suh bayar lawyer lepas tu advance,lepas tu mntk payment lg utk gov tax..smpai satu tahap sy rse ditipu sbb dieorg mntk duit lebih dari kemampuan sy..sy x masukkn pn duit tu..sekarang pihak money collector ugut nk wt mcm2 klu sy x bayar duit dieorg..sedangkan dieorg yg amik duit sy...sy xde terima duit pn dari dieorg..ape penyelesaian yg sy perlu wt ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Ini dah jadi kes polis ni. Cepat report polis sebab dah ditipu dan diugut oleh dorang.

      Delete
    2. andai kata saya wt report polis..polis akan wt apa2 tindakan ke?atau pihak polis akan meyalahkan kita ats kecuaian diri sendiri?

      Delete
    3. Saya tak tau apa tindakan dari polis tapi buat je report dulu. Bagitau ditipu atau diperdaya oleh ah long/scammer.

      Delete
    4. terima kasih ats kerjasama:-)

      Delete
    5. Sama-sama. Semoga masalah awak dapat diselesaikan dengan baik.

      Delete
  54. slm.. saya ada pinjam along 2000, tp dia cuma bagu RM1600 bersih sbb ada cas2 tertentu kononnya.. terdesak mahu pakai duit sebab anak. sudah bayar RM1000k, tp bunga dah lebih dari 2k, lg pun skrg saya tak mampu bayar lg sebab dah tiada kerja jadi along balik2 minta bayar lebihan 1k tu tp sedangkan bunga tu dah bayar lebih dr yang pinjam.. saya tak mampu balas whatsapp dan biarkan along tu tapi along dah tunjuk ketidak puas hatinya.. saya di sabah, saya takut dia apa-apakan keluarga atau tempat kediaman saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kalau dah bayar lebih dari yang dipinjam, jangan bayar lagi. Try minta bantuan DAP cawangan berdekatan di Sabah. Report polis sekali kalau along tu ugut nak apa-apakan keluarga atau tempat kediaman awak.

      Delete
    2. Aslm wbt. Saya perlukan khidmat nasihat. Utk makluman, saya ibu tunggal dan mengidap penyakit kronik. Saya terlibat dgn ahlong ni sbb terdesak nk byr duit tnb bernilai lebih 3k gara2 bekas suami duduk dia biar bil tertunggak meter kena tarik.

      Saya ada mohon bantuan dr Baitulmal tp sbb saya pernah mohon bantuan kecemasan utk selesaikan bil tnb juga thm 2017 (waktu tu bil 3.5k tp baitulmal bg RM1500 je cek atas nama tnb baki depa suh usaha sendiri). Jd saya maintain byr rm250 sbln sampai bln 12/2018 tp bil semasa tiap bulan tiba2 naik RM300-400 sblm selama 6bln - punca rupanya mslh wiring dlm rumah). Bila bln 9.19 tmb dtg tarik meter dgn bil tertunggak RM3780 saya menggelabah..pinjam sana simi dpt rm500 je sdgkm da 7hr xde api. Saya tumpang rumah adik sementara tp susah sbb jauh anak sekolah..last ada kwn sugest cuba pinjam Ah Long yg dia sdg byr..katanya ahlong ni ok..sy mula takut sbb sy xpenah terlibat dgn ceti haram ni. Tp sbb sana sini usaha dpt rm500 je, tnb pula ckp kena byr total br mereka dtg psg meter blk..jd saya berserah je la pinjam kt Ah Lomg 1. Sbb susah anak sek..da lebih 2mgu ulang alik dr rumah adik pagi hntr tghri amik..badan saya pun da mula xsht. Saya cuba je la. Tp dia dpt bg RM800 je..xckp Ahlomg 1 ni sugest 2kwn dia spt list dibwh..

      1 - Nish Ahlong 1
      Pinjam RM800 28.9.19 Bayar RM40 x 40hr (habis byr tp denda lwt plak spt dibwh)
      Pinjam RM800 6.10.19 Bayar RM40 x 40hr
      Baki 23.12.19 - Pokok 2 akaun habis byr
      8.1.20 Denda - Akaun 1 RM40 x 21hr
      Akaun 2 RM40 x 34hr
      Total Rm1890

      2. KK - Ahlong 2
      Pinjam RM1400 7.10.19
      Bayar RM100 x 33hari
      Baki 8.11.19 8hr Denda RM300
      8.1.19 Hutang habis 25.11.19 tp Denda lewat smpi RM2650 alasan sy byr lps jam 5😥

      3. LSW Ahlong 3
      pinjam RM700. 21.10.19
      Bayar RM50 x 30
      Baki 6.12.9 25 kali x RM1150
      Hutang reschedule 3.1.20 RM30 x 70hr
      Baki 66hari 8.1.20 totL RM1980

      Bila saya kerap xsht saya xley nk cover byrn harian 3 org diatas tiba2 muncul wasap ty nk pinjam x. Sy xde pilihan saya amik pula spt dibwh utk cover byrn atas..gali lubang tutup lubang last tertimbus

      4.TCJ Ahlong 4
      Pinjam RM700 26.10.19
      Bayar RM80 x 25hari
      Baki 6.12.19 15hari Denda RM1270 total RM3270

      5. TXH Ahlong 5
      Pinjam RM700 11.11.19
      Bayar RM70 x 30hari
      Baki 27hari 8.1.20 Denda RM2800 total RM4690

      6. LMK Ahlong 6
      Pinjam RM800
      Bayar RM200 x 12kali (3hari sekali)
      Baki 6.12.19 8hari Denda
      RM1250 Total RM2850

      Skrg saya ada RM3k tp sy xtau nk byr yg mana satu..pening mikir da la xsht. Lokasi saya di ipoh. Yg LMK wasap/msg ugut nk hntr org kerjakan saya..

      KK pula dia msg ckp u jgn main2 lps tu dia bg gambar ic saya siap tulis cantik ke cantik ke..siap u..

      Nish tu call bertalu2..dia hantar voice..

      Apa perlu saya buat? Sorg kwn ni ckp report polis dulu ty polis bole tolong ke..klu polis xnk tlg dia suh g MCA/DAP pula..klu xjalan dia ty ada x sapa2 ahli pekida..

      Duit ada dlm bank rm3k skrg..msg,wasap, call bertalu2, semua saya xjwb sbb sy rasa melampau sgt nilai depa caj. Mohon sht2 bantuan & khidmat nasihat. Terima kasih.

      Delete
    3. Salam, report polis kalau dah kene ugut. Bagitau polis bukan tak nak bayar hutang along tapi rasa tak selamat sebab asyik kena ugut.

      Try juga pergi branch DAP terdekat, minta tolong dorang. Bagitau nak bayar hutang tapi bunga/interest/denda along terlalu tinggi sampai tak dapat nak bayar.

      Semoga Allah bantu anda selesaikan masalah hutang dengan selamat, aamiin.

      Delete
  55. Saya sudah terikat dengan money lander berlesen dah 7 tahun lebih...tapi hutang tak habis habis lagi.skarang outstanding 36k...sebab setiap bulan bayar 2k plus...itu pun interest saja.kadang2 hidup tertekan sebab gaji masuk..semua terus pakai guna bayar money lander. Sebab dulu bermula 2k, lepas tu setiap bulan diroang offer nak baginadvance semua so sehinnga la sampai mencecah amount yg tinggi...selama 7 tahun nie bayar money lander mmg hidup x senang..sebab semua gaji masuk dekat sana...ada pihak ygbterdekat boleh tolong? Saya dekat Kuching. Dap boleh tolong ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hutang dengan along memang tak habis-habis bayar walaupun dah bayar lebih. Tanyalah DAP cepat, dorang boleh tolong kalau dah bayar lebih tapi along masih minta.

      Delete
  56. Assalamualaikum saya nak buat pertanyaan ..MCM mna ye ..kalo kita try buat pinjaman berlesen tp tandatangan dlm borang wtspp je .. org tu dah minta transfer duit muka rm230,lepas tu org tu minta lg 6,50. Then bila tk bagi dia maki² . Tk lma lepas tu ada org DTG kt Imah sewa dia ckp nk kutip hutang sdgkn duit x dpt lg. Apa yg perlu Sya buat

    ReplyDelete
  57. DAP Melaka ada contac tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Japerun Pengkalan Batu,
      Kompleks Pengkalan Batu,
      Jalan Bachang,
      75350 Melaka.

      06-3322965

      Delete
  58. sy dah contact semua,semua tak dapat bantu.. jumlah hutang sy keseluruhan dah mencecah 45k,siapalah y dapat bantu sy.. ALLAHHUUU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah bantulah hambamu yang berhutang 45K ini hingga langsai.

      Saya simpati sangat. Semoga Allah bantu anda.

      Delete
  59. Baru2 nie saya ada pinjam ahlong...pinjam 1000 dapat 350...dalam masa 3 hari kene setlekan 1000...sampai masa saya x dpt bayar, nak bincang panjangkan masa pun die x bg...suruh juga cari duit...dan denda lewat satu hari 200...setelah beberapa hari saya x tahan die ugut nak sebarkan ic kat fb, saya terus report polis....dan memang pegawai x layan, n die marah kenape nak kene pinjam ahlong...die just suruh block number ahlong...saye block number ahlong tuh, dan selepas beberapa hari die dah x kacau saya...kepada spe2 yang kene ugut...jgn malu, pegi je report polis...InsyaAllah ade jln...doa byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsi pengalaman report polis pasal masalah along. Mangsa-mangsa along yang lain boleh cuba cara ni.

      Delete
    2. Agak2 bla block along tu x dtg cri ke?sbb bla sy block dia cri kluarga trdekat plk

      Delete
    3. Kalau along cari keluarga, kena report polis bimbang keselamatan keluarga terdekat terancam.

      Delete
  60. Terlibat dgn pinjaman along di kelantan. Dgn siapa blh minta tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try tanya PPIM.

      Apa-apa hal semoga Allah bantu anda selesaikan masalah hutang dengan ahlong.

      Delete
  61. Saya terlibat dgn 4ahlong.. Punca sya nk settle hutang.. Dlm masa yg sma, sya ada apply loan melalui on line, xsangka scammer.. Sbb scammer, sya terpksa meminjam dgn 4ahlong.. Total rm25k.. Ms pkp ni, mngkin diorng xcari saya.. Sya takut lps raya n hbis pkp3, diorang akn cri sya.. Duit simpanan sya dh hbis..lg pun, sya ade pinjaman amanah ikhtiar mlaysia yg sya kna byr awl bulan 6.seminggu rm500.. Dgn hutang ahlong2 ni.. Buat Loan bank, asik kena reject je sbb x declare income tax.. Sya buntu. Kdg2 rs mcm nk bunuh diri je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try minta tolong DAP berdekatan?

      Alhamdulillah saudara/saudari masih belum bunuh diri.

      Sementara masih PKP, banyak-banyak solat tahajud, berdoa, selawat dan istighfar. Insha Allah ada jalan untuk selesaikan masalah hutang tu.

      Delete
  62. salam.. untuk kes yang dah selesai ahlong ni boleh share tak macam mana boleh settle? sy juga terjerat dengan hutang ahlong,jumlah sekarang 100k+.. mula² pinjam hingga 6 orang ahlong lepastu suami dapat tahu dia bayarkan 4 orang ahlong tu sebab pinjaman tak banyak macam 2 ahlong lagi.. dengan 2 ahlong ni pinjaman sy dah 108,000 tapi sy dapat 28,000,7k,11k dan 7.5k.. 28k untuk hutang y sy dah buat tahun lepas dengan ahlong lain,ahlong ni datang cakap boleh tolong selesaikan jadi sy setuju dan hutang lama tu selesai.. tp bayaran sy dengan ahlong ni sebanyak 60k,mula² diorang kata diorang berlesen dan diorang tak cakap 60k tu tolak ape jadi 28k.. sy dapat tahu bila suami whtsapp diorang dan diorang bagitahu 60k tolak bunga interest semua selama 3 tahun jadi dapat 28k.. diorang tolak siap² 54%.. dan pinjaman 60k tu sy dah bayar hampir 7k tapi diorang kata sy baru bayar cuma rm1600+ sahaja.. kemudian bila tak dapat bayar diorang bagi jalan (kononnye) utk buat loan baru,hinggalah nilai pinjaman sy dah mencecah rm108k.. sy dah report ppim tp ppim minta sy buat aduan dgn kpkt dahulu jika ahlong ni betul² berlesen kpkt akan kenakan tindakan sbb caj yg diorang letak terlalu tinggi dan bayaran pula secara harian/mingguan.. cumanya sy tak pasti diorang berlesen atau tidak sebab mula² diorang cakap nama company lain,baru² ni bila tanya lain pula.. minggu depan baru sy nak ke kpkt,harap ada jalan penyelesaian la atas masalah yg sy hadapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya macam dorang menipu pula. Nama company dorang tak bagitau betul-betul ye? Dah bagitau PPIM yang dorang menipu bagitau nama company? Kejap itu kejap ini.

      Apa kata depan KPKT nanti, call dorang tanya nama company. Insha Allah selesai masalah awak.

      Delete
    2. sy tak pergi pun pada kpkt dan PPIM pun sy tak pergi atas sebab² yg sy tak dapat nak jelaskan disini.. jalan terakhir sy ke puan yati PMCH,insyaaALLAH sy ada nampak sinar baru bila berjumpa beliau.. sekarang ahlong tu dah ugut sy untuk sebarkan gambar dan maklumat peribadi sy,laporan polis pun akan menyusul atas nasihat dari puan yati.. sy pun ada cerita tentang nama company yg mereka gunakan dan berkemungkinan besar mereka cuma gunakan nama company tu sahaja..

      Delete
    3. Ada sinar baru? Alhamdulillah.

      Ada peluang nanti share kejayaan tuan/puan kat sini ya?

      Semoga berjaya.

      Delete
    4. cik..saya ani terjebak dgn hutang ah long sebanyak rm5000.
      saya pening tak tahu nak bayar macam mana.cik boleh bantu saya tak?

      Delete
  63. Assalamualaikum,
    Saya ada masalah dengan Ahlong dan Pinjaman berlesen. Saya dah tersangkut bayaran sampai meminjam dari 43 orang ahlong. Jumlah pinjaman saya sebanyak RM170,000. Saya dah runsing dengan masalah ni kerana saya di desak oleh mereka bila hendak buat bayaran, sampai mereka datang rumah saya tampal kertas di pagar dan pelbagai ugutan lain. Kerana bimbangkan keselamatan keluarga, saya membuat laporan polis. Saya telah pergi ke PPIM, tapi atas sebab tertentu, saya tak boleh nyatakan. JSJK pun saya dah pergi, tp mereka hanya tolong rundingkan, bayaran kita sendiri berjumpa dgn ahlong tu. Atas faktor keselamatan, saya mencari alternative lain. Akhirnya saya pergi ke PMCH dan berjumpa dgn Pn. Yati. Alhamdullilah beliau setuju untuk menyelesaikan masalah saya. Saya puji dgn cara beliau. Sangat telus, setiap update dia akan beritau saya, sampaikan perbualan dia dengan ahlong tu pun beliau rakam untuk rujukan saya. Segala transaksi akan diberitahu, tidak sorok. Pn Yati betul2 jalankan tugas dia dengan ikhlas. Dan beliau akan negotiate dgn ahlong ni sampai dapat bayar terendah sekali untuk meringankan beban peminjam. Jikalau sesiapa ada masalah seperti saya, nasihat saya, berjumpa dgn Pn Yati dulu sebelum ke NGO yang lain, lepas tu buat keputusan untuk pergi NGO lain. Semoga Allah permudahkan urusan tuan puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt..sy terjebak dgn ah long ni dah berbelas tahun. Dr ank kecik smpai la ank2 dh kawen. Klu nk cerita mmg pnjg.sy ada pergi ppim dia mtk bayaran utk berbincang dgn ah long tu. Sy dh la susah mna la ada duit. So x jd nk mtk tlg ppim. Baru ni sy mtk tlg plak dgn ppsm.diorang pun ada mtk fee dlm 5k.ni pun bergantung brapa pinjaman kita dgn ah long tersebut. Sy pjm mata jer jual motor, pjm ngan adek bradek semata2 nk sediakan duit utk rundingan ngan ah long tu kpd ppsm.(persatuan pengguna semboyan Malaysia).ppsm suruh sy matikan kad bank. Pastu buat kad baru sbb gj sy melalui bank. So ah long tu x dpt la nk ambil duit sy nt. Lps tu ppsm suruh sy buat report polis. Alhamdulillah.. Ah long tu x mencari sy. Setahun jugak la. Sy setiap masa follow up dgn ppsm. Tuan Yusuf Azmi.skrg dh 2 thn, masih dlm rundingan lg.sy klu boleh nk cpt2 la selesai. Brapa amaunt paling rendah sy kena byr kat ah long tu. Masa mula2 sy daftar kat ppsm tu dia ckp dlm masa 2 ke 3 minggu in shaa Allah selesai rundingan. Smpai skrg dah 2 thn. X settle lg. Pnh jugak ah long tu msj sy tanya bila nk byr hutang. Sy ckp deal dgn Yusuf Azmi.pastu dia diam. Klu boleh tlg sy dapatkan no tel dan alamat puan yati tu. Sy nk slesaikn dgn segera. Sy risau nt klu umo sy x pnjg ank2 plak jd mangsa. Tq tuan boleh

      Delete
    2. Saya dah share info pasal puan Yati under 'Reinas Multi Resources'. Siap ada alamat dan nombor telefon dia.

      Delete
  64. Hai, sye ade buat pinjam duit dengan ahlong lintah darat, sye pinjam 1000 dapat 900 .. Tiap2 minggu kene bayar duit bunga 100 ... Dari 2018 or 2019 start pinjam .. Dh bayar duit bunga anggaran 7k or 8k ... Tp skrg sye dh 2 bulan lebih x bayar duit bunga sbb dh x mampu ..baru2 ni dia kata sye hutang kat dia duit bunga saje 7025 .. Mcm mne ye sye nk buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh stop bayar. Kalau diugut, boleh buat report polis bagitau dah terlebih bayar tapi kena paksa bayar juga.

      Delete
    2. Saye dh pergi balai, tp polis kata tunggu ahlong tu sampai rumah baru buat report, pastu polis kata x payah buat ... Hmm peningg

      Delete
    3. Polis kata tak payah buat report? Dah try tanya PPIM, MCA, DAP? Kalau dah terlebih bayar, tak perlu bayar lagi kat ahlong tu.

      Delete
    4. Sye dh try pergi ppim, tp ppim nk sye dalam 7 hari cari 3k..sye cancel... Boss ade nombor dap yg kat rawang punye x

      Delete
    5. DAP Petaling Jaya
      03-79544724

      Kat Rawang takde DAP tapi ada PKR, cubalah.

      PKR Rawang
      03-60937033

      Semoga hutang tuan langsai segera.

      Delete
  65. Hai sye tngah hadap benda yg sma

    ReplyDelete
  66. Mohon bertanya siapa yg berjaya mintak bantuan dari dap melaka?

    ReplyDelete
  67. Salam…sy ade hutang ah long…siapa lh dpt bantu sy…utk setlement sy perlukan 20k..lepas tu sy da boleh hidup tenang…tiap2 bulan gji hnye byr ah long saja..bkn tolong saje..sy akn bayar blik pada yg tolong dgn kadar yg sy mampu…

    ReplyDelete
  68. Kawan2 yang ada masalah along cepat2 la mintak bantuan ngo mana2 dap ke mca ke jangan nanti bila hutang dah banyak baru nak menyesal. Memangla sesetengah ngo ada kenakan charge tapi bila pikir balik lebih baik bayar ngo utk tlg setelkan masalah ahlong dari buat pinjaman baru yang akhirnya merosakkan masa depan kita.ikhtiarlah jangan berputus asa.

    ReplyDelete
  69. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum, kisah sy macam ni, sy ada mohon loan secara online sy xtahu la tu ah long atau bukan sbb ada pompuan melayu dia tulis di page dia pinjaman mudah dan segera, so sy apply la sbb sy skrg ni mmg dlm keadaan betul2 terdesak, so first dia minta sy bayar stamp fee sbanyak rm875,and then dia sruh tnggu finance hntar aggreement utk sign, so sy bank in la dlu rm875 , and then lelaki cina chat sy smbil hntar pdf aggrement, sy hntar la gmbar sign utk dia msukkan dlm system, and then dia minta sy buat bayaran approval charge rm1280 dan aggreement charge rm1280, so sy bank in la sbb sy apply 10k utk settle hutang dan nk guna utk mOdal start niaga burger... Pastu dia ckp xboleh transfer and ckp dlm akaun bank sy kene ada sebanyak rm2300 bru dia boleh transfer, sy dh xde duit, semua duit sy dh bgi kt dia, skrg ni sy ada rm10 je dlm bag, and sy ckp nk cancel loan, pastu dia ckp utk cancel loan kene bayar lagi rm780, sy dh xde duit... Dia xblock pun sy, and tiap2 hari chat tnya dh ade duit ke x utk cancel, bila sy ckp guna atas duit yng sy bank in total sbanyak rm3435 dia ckp xboleh, kene bank in jgk rm780 utk cancel baru dia akan bank in balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Ini namanya along scammer. Dah boleh buat report polis sebab dah terpedaya dengan tipu muslihat along.

      Delete
  71. Salam tuan saya nk tnya masalh berlaitan ah long ni saye dh buntu takut dia ganggu keluarga saya saye buntu sangat2 takut kesian anak2 boleh tlg tk kt mana saya blh merayu utk tlg saya...saye dh pergi ppim syw kena sediakan 30k baru lah deorg blh tlg saya...mana la saya nk dpt bnyak mcm tu...dlm masa 10 hari...setiap hari ah lobg call2 minta bayar dh ade yg ugut nk dtg umah....saye buntu sgt2 kalu ada dtuk2 ke yg blh tlg pinjamkan duet bagi saya utk seelsaikan semua ni...bayaran balik setiap bulan pn saya sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Kalau kena ugut ahlong dah boleh buat repot polis.

      Semoga Allah bantu anda sekeluarga bebas hutang along.

      Delete