Sunday, September 8, 2019

Boikot Boleh Jadi Mimpi Ngeri Peniaga Sama ada Kecil atau Besar

Adakah anda tahu betapa dahsyatnya isu boikot ni? Tidak kira betapa besarnya hasil untung sesebuah perniagaan, boikot yang berterusan boleh mengakibatkan rugi yang mendadak. Contohnya High 5 gulung tikar pada bulan Jun 2016.

Kotornya kilang roti High 5.
High 5 bukan jenama roti peniaga tepi jalan tapi tetap boleh lingkup.
Baru-baru ni keluar isu utamakan produk Islam. Kempen utamakan produk jenama Islam ni dah lama dibuat. Di antara yang aktif menggalakkan orang ramai utamakan produk jenama Islam ialah blogger Muslimbrands.

Dulu Muslimbrands tapi telah ditukar kepada Mukminbrands pada 1 Jun 2013. Bukan boikot tapi mengutamakan produk jenama Islam. Kempen utamakan produk jenama Islam macam dipandang sepi je.

Sekali timbul isu boikot produk jenama bukan Islam, terus jadi viral. Nampak tak perbezaan guna perkataan "mengutamakan" dan "boikot"?

Ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih tertarik dengan perkataan yang menafikan atau menyingkirkan. Ayat-ayat seperti membantu atau menolong kurang dapat perhatian. Sebab itulah "membantu peniaga Islam" kurang menarik berbanding "melingkupkan peniaga kafir".

Bukan semua orang kafir tu jahat. Ada di antara dorang yang baik sebab itu ada istilah kafir zimmi dan kafir harbi. Orang kafir zimmi tidak boleh dianiaya sebab dorang tak menentang Islam.

Sebagai pembeli, produk macam mana yang memenuhi kriteria anda? Berkualiti dan murah kan?

Hebat macam mana pun sesuatu produk dengan bahan-bahan yang dikatakan terbaik dari hutan sekalipun, orang tetap tengok harga sebelum beli. Tak kiralah produk jenama Islam atau bukan. Harga memainkan peranan yang penting.

Sikit je orang yang betul-betul utamakan kualiti dan sanggup beli walaupun mahal. Kebanyakannya nak beli yang murah je. Sebab tu makin berlambak product made in China di seluruh dunia.

So macam mana produk jenama Islam nak dapat perhatian orang ramai? Pastikan harga berpatutan dengan kualitinya. Kalau harga mahal, pastikan bahan-bahannya berkualiti tinggi dan diiklankan di merata tempat secara online dan offline.

Kalau produk harga mahal tapi kualiti rendah, siapa nak beli? Tak kiralah produk jenama Islam atau bukan. Memanglah kena boikot jawabnye.

Apa tujuan produk tertentu diboikot?

1. Kotor
Pekerja kilang roti High 5 tak pakai sarung tangan.
Tempat kerja yang kotor.
Pelanggan sama ada beragama Islam atau bukan memang tak suka produk kotor terutamanya makanan. Sebab itu Islam mengutamakan kebersihan. Sampaikan cara nak istinjak dengan betul pun diajar, ini kan pula kebersihan makanan yang melibatkan orang ramai?

Kenapa pengusaha produk jenama Islam MESTI dapatkan cop halal dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Di antara sebabnya ialah kebersihan.

2. Haram
Tak semestinya babi je yang haram dimakan. Ayam yang tak disembelih ikut cara Islam pun haram juga. Oleh itu, perkataan "serve no pork" tidak bermakna kedai makan tu halal.

3. Negara
Ini di antara boikot yang famous di Malaysia. Ada macam-macam produk yang dikatakan ada kaitan dengan Israel.

Mcdonald di Malaysia pernah diboikot suatu ketika dulu sampai hasil untung menurun. Sekali McD turunkan harga, terus boikot tak berjaya.

Azmir Jaafar menunjukkan laporan polis.
Menurut laporan berita Harian Metro pada 14 Disember 2017, McD Malaysia buat laporan polis terhadap lebih 20 orang dan organisasi yang mengajak orang ramai boikot McD. Nampak tak betapa risaunya McD Malaysia dengan boikot?

Produk dari Denmark pun pernah diboikot pada tahun 2005/2006. Produk dorang diboikot sebab kerajaan Denmark tidak menghalang kartun hina Nabi Muhammad (S.A.W) disebarkan. Arla Food, sebuah syarikat Denmark rugi kira-kira $1.6 juta setiap hari sepanjang diboikot pada masa tu.

Lego pun mengalami penurunan dari segi jualan sebab diboikot oleh beberapa negara Islam yang lain. Pada tahun 2006, Denmark dah minta maaf dan tidak akan membenarkan perkara tersebut berulang. Tahun 2010, Denmark minta maaf lagi sekali sebab kartun hina Nabi Muhammad (S.A.W) diulang cetak.

Produk jenama dari negara tertentu biasanya diboikot sebab peperangan ke atas negara Islam atau penghinaan terhadap Islam.

4. Servis Teruk
Kalau servis teruk pun kena boikot jugak. Contohnya Ezbuy yang berasal dari Singapore. Dah berapa ramai pembeli di Malaysia merungut sebab tak dapat barang.

Kalau dapat pun, barang rosak atau tak berkualiti. Call dan email pun tak dijawab. Ezbuy ni baru satu contoh je.

Di Malaysia, tak kira jual apa pun. Kalau servis hampeh, memang kena boikot.

Penutup
Di Malaysia, orang-orang Cina dah lama utamakan produk bangsa dorang. Dah lama dorang bantu bangsa dorang dari segi ekonomi. Kalau supply barang kat kedai Cina, harga rendah tapi kalau kedai Melayu, harga tinggi.

Sebagai orang Islam, mari kita utamakan produk jenama Islam. Kalau produk jenama Islam terlalu mahal atau tiada, barulah terpaksa beli produk jenama bukan Islam. Kalau produk makan, kena pastikan halal sebelum beli.

Jangan boikot tapi utamakan produk jenama Islam. Mudah-mudahan peniaga-peniaga beragama Islam jadi kaya dan lebih banyak bantu orang-orang susah.

Apa pendapat anda dalam isu ni?

Sumber

6 comments:

  1. Membantu sesama saudara seagama itu mmg tuntutan apatah lagi dlm keadaan umat Islam seolah2 mudah diperlekehkan .. sudah sampai masa kita sama2 mengutamakan pengukuhan ekonomi saudara seagama. Moga ia jadi sebahagian ibadah yg membawa berkat buat kita... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju. Semoga harapan dan doa saudara dimakbulkan Allah.

      Delete
  2. Betul sangat tu.Akak pun akan membeli produk jenama muslim, tapi nowadays, bukan nak pilih jenama luar negara, sikap sesetengah peniaga kita ni, kadang jual mahal, tapi servis teruk.Perbanyakkan jenama muslim, jadi senang lah orang kita nak membeli.Harga pun biarlah berpadanan..Kalau tak, orang akan mudah buat perbandingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kalau harga produk jenama Muslim tak setimpal dengan produk/servis pun masalah jugak tu.

      Delete
  3. Pilih yang terbaik yang dituntut oleh agama.

    ReplyDelete