Saturday, September 21, 2019

Harith Iskander Buat Lawak Bikin Panas Pasal BMF

BMF atau nama panjangnya Buy Muslim First dah lama dilaksanakan. Cuma baru-baru ni je jadi isu hangat. Bertambah hangat bila ada pelawak sibuk bagi pendapat tak menyokong BMF.

Tweet Harith perli BMF.
Harith ni nak buat lawak ke pasal Buy Muslim First?

Harith Iskander kata dalam Tweeter,
"Why stop at 'Buy Muslim Products Only'. How about 'Support Muslim Athletes Only' Stop watching badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG - in fact just stop watching ALL sports.

Nak kata lawak, tak kelakar pun. Nampak macam memperbodohkan diri sendiri je. Nak perli pun, studylah dulu apa yang dimaksudkan Buy Muslim First.

Mana boleh Buy Muslim First tiba-tiba tukar jadi Buy Muslim Products Only. Lepas tu nak kaitkan pulak dengan atlet Muslim. Buat lawak ke der?

Harith ni speaking english power tapi perkataan 'Buy Muslim First' pun dia tak faham. First dan Only tak sama tau tak?

Kalau tak boleh tolong kempen BMF, sekurang-kurangnya bagilah sokongan. Bagilah kata-kata semangat kat pengusaha produk jenama Islam. Bagi jugak kata-kata semangat kat pembeli-pembeli di Malaysia untuk utamakan beli barang-barang jenama Islam.

Ahli politik tak suka rakyat bersungguh-sungguh nak menjayakan kempen BMF? Biarkan dorang tu.

Penyanyi, pelakon, pelawak dan semua selebriti sama ada terkenal atau suam-suam kuku sepatutnya bersama rakyat sokong BMF. Contohnya, beli beras Faiza lepas tu selfie dan upload kat Insta, Tweeter dan sebagainya. Itu satu contoh je, sebenarnya ada banyak lagi produk-produk Muslim lain yang boleh dibuat selfie.

Biar peminat-peminat pun ikut berselfie beli produk Muslim. Biar viral sehabis-habisnya. Kita promote kempen BMF habis-habisan.

Biar makin ramai orang bersemangat nak majukan ekonomi Islam. Biar makin ramai orang beli produk dari pengusaha yang bayar zakat. Di negara Malaysia, biarlah produk-produk Muslim menjadi pilihan utama orang ramai.

Harith Iskander sepatutnya buat lawak pasal pembeli yang terhegeh-hegeh nak utamakan produk bukan Muslim. Sepatutnya dia buat lawak sindir atau perli pembeli beragama Islam tapi tak nak bantu ekonomi Islam. Biar buat lawak tapi tak kelakar daripada buat lawak bikin panas.

Bukan tak boleh beli produk bukan Muslim tetapi UTAMAKAN produk Muslim dulu. Kalau produk Muslim terlalu mahal atau takde barulah beli produk bukan Muslim. Bukan boikot produk bukan Muslim tapi utamakan produk Muslim.

Kalau terpaksa beli produk bukan Muslim, jangan selfie. Diam-diam macam tu je. Tak payah upload kat media sosial.

Pengusaha-pengusaha produk Muslim pun buatlah promosi habis-habisan terutama masa kempen BMF tengah hangat ni. Permudahkan lagi orang ramai beli pada harga yang murah. Biar tak keluar iklan kat TV atau radio asalkan murah, insha Allah jumlah sale akan terus meningkat.

Harith Iskander, jangan buat lawak macam ni lagi ye? Artis lain pun sama jangan sindir atau perli orang yang berusaha nak jayakan kempen BMF.

Semoga peniaga-peniaga Muslim sama ada kecil atau besar terus untung di dunia dan akhirat.

Sumber
Harith Iskandar dikecam

No comments:

Post a Comment