Sunday, September 29, 2019

Jangan Putus Harapan Walaupun Muflis

Biasanya orang baru nak berniaga ni selalu berdepan dengan masalah susah nak capai target. Bila tak dapat capai target, itu yang nak putus harapan.

Jangan hilang harapan.
Anda rasa dah hilang semangat nak berniaga?
Saya sendiri pernah berdepan masalah dalam perniagaan. Saya ada share pengalaman berniaga saya dalam blog ni. Kalau baru nak berniaga ni, mesti fikir positif.

Rugi macam-mana sekali pun, mesti fikir positif. Mungkin ada hikmah di sebalik kerugian?

Kalau perniagaan merosot sampai tahap muflis sekali pun, mesti fikir positif jugak. Apa hikmah di sebalik muflis?

Cari punca masalah kemerosotan perniagaan. Lepas dapat punca masalah, selesaikan. Lepas tu cari semula jalan menuju kejayaan.

Orang yang berfikiran positif sentiasa cari kebaikan di sebalik keburukan yang menimpa dalam perniagaan. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Jadilah seperti lebah yang sentiasa mencari bunga.

Kejayaan di depan.
Boleh jadi kejayaan tu cuma depan mata je. Sebab tu jangan putus asa. Orang yang berjaya jadikan kegagalan sebagai pengajaran untuk capai kejayaan.

Akhir kata, kenapa takut jadi miskin sedangkan kita hamba kepada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah?

No comments:

Post a Comment