Tuesday, September 3, 2019

Resepi Coto Makassar untuk Penggemar Sup/Soto

Coto makassar ni makanan orang Bugis. Makanan ni cukup terkenal di Sabah. Kalau kat Johor ni saya tak nampak lagi coto makasar dijual secara meluas buat masa ni.

Coto makasar semangkuk!
Tanpa buang masa jom study resepi coto makassar..


Bahan-bahannya :
  • 1 kg tetel
  • 500 gm paru
  • 1 tin susu cair
  • 400 gm kacang tanah kisar
  • Daun sup
  • Limau nipis
  • Bawang goreng
  • Lontong / nasi impit

Bahan tumis :
  • 1 biji bawang kuning (200 gm)
  • 4 inci halia (60 gm)
  • 5 ulas bawang putih (25 gm)
  • Rempah sup 125 gm
Cara buat coto makasar:
  1. Rebus tetel dan paru sampai empuk. Tambah air jika perlu. (Anggaran masa 3 jam).
  2. Panaskan minyak sebanyak 3 senduk di kuali.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian masukkan rempah sup. Tambahkan sedikit minyak bila bahan tumisan agak kering.
  4. Kacau perlahan-lahan sampai pecah minyak kemudian padamkan api.
  5. Bila tetel dan paru sudah empuk, keluarkannya dari air rebusan. Toskan tetel dan paru kemudian dihiris nipis setelah kurang panas.
  6. Tuang bahan tumis tadi ke dalam air rebusan tetel dan paru.
  7. Masukkan satu sudu kecil garam, susu cair dan kacang tanah kisar.
  8. Biarkan mendidih seketika sebelum padam api.

Bahan sambal taucu :
  • Taucu manis 250 gm
  • 20 tangkai cili padi*
  • 15 tangkai cili kering kerinting (digunting dan direndam air panas sampai kembang).**
  • 1 biji bawang kuning (200 gm)
  • 4 ulas bawang putih (25 gm)
  • 2 inci halia (25 gm)
  • Gula secukup rasa.
  • Garam secukup rasa.

Cara buat sambal taucu :
  1. Bawang kuning dan halia dihiris nipis.
  2. Bawang kuning, bawang putih, halua, cili kering dan cili padi dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
  3. Masukkan sedikit air dan kisar sekejap-sekejap supaya bahan-bahan yang dikisar tidak terlalu halus.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  5. Masukkan taucu dan kacau sebati. Pecahkan ketulan taucu dengan sudip jika perlu.
  6. Sambal dibiarkan mendidih seketika (kira-kira 5 minit).
  7. Secubit garam dimasukkan setelah api dipadam.
Dah siap!


Kalau kurang garam, tambah garam tapi jangan terlebih. Kalau terlebih garam nanti tak boleh makan pulak. Daun sup, bawang goreng, sambal dan perahan limau nipis ikut citarasa masing-masing ye?

Selamat mencuba!



P/s : Boleh buat bisnes ni.

4 comments:

  1. macam menarik je nama menu ni... Nanti boleh la saya cuba..Kat rumah tu, kalau bab soto or sup memang kegemaran

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this recipe!
    sy makan jugak tapi bukan fav maybe sebab sy nda berapa suka nuts..tapi housemate sy fav gila dgn coto makasar ni.. lain org lain selera kan hehe

    ReplyDelete