Sunday, November 17, 2019

Adakah Semua Jenis Bisnes Mesti Kelihatan Bagus?

Cuba tanya diri anda sendiri. Kalau anda seorang pemilik kereta jenama A yang rosak nampak dua bengkel kereta. Satu bengkel kereta jenama A nampak meyakinkan tapi lagi satu bengkel kereta pulak nampak biasa-biasa je.


Anda pilih yang mana?
Masih tak dapat pilih?

Saya tambah lagi. Bengkel jenama kereta A ada banyak pekerja, ruang baiki kereta yang besar, signboard besar dan kelihatan bagus. Kereta anda pula berjenama A, kalau masuk bengkel jenama A kan logik?

Bengkel lagi satu pulak nampak bersepah barang-barangnya. Pekerja sorang je. Bengkel dia kelihatan macam hidup segan mati tak mahu.

Jika anda pilih bengkel jenama A, pilihan anda tepat sebab memang logiklah kereta jenama A dihantar ke bengkel jenama A. Tak perlu risau tak cukup spare part. Kira semua part kereta jenama A yang bermasalah boleh diuruskan di sini.

Masalahnya servis kereta di bengkel jenama A betul-betul mahal. Itu belum lagi part kereta yang masih boleh digunakan pun sibuk nak ditukar. Part yang kita sangka murah sebab bengkel yang khas ikut jenama kereta A rupa-rupanya lebih mahal dari bengkel yang bukan khas untuk jenama A sahaja.

Masalah paling teruk lepas hantar repair di bengkel jenama A tapi kereta jenama A masih bermasalah. Apa benda ni? Bengkel jenama A tak dapat baiki kereta jenama A?

Akibatnya, kebanyakan pengguna kereta jenama A cari bengkel lain. Apabila mekanik di bengkel yang nampak biasa-biasa boleh repair sampai setel masalah kereta jenama A, agak-agak nak pergi lagi tak ke bengkel jenama A?

Di sini kita dapat pengajaran bengkel yang kelihatan bagus belum tentu perkhidmatannya bagus. Di luar sana ada banyak bengkel kereta biasa-biasa tapi lebih bagus perkhidmatannya dari bengkel kereta yang kelihatan berprestij dan khas untuk jenama kereta tertentu sahaja.

Bengkel yang biasa-biasa tak mustahil akan kelihatan bagus pada masa akan datang. Asalkan terus berikan perkhidmatan yang terbaik. Selain tu jaga bahasa bila bercakap dengan customer, jangan tipu, jangan cekik darah dan seumpamanya.

Apa guna kalau signboard besar, bengkel besar tapi harga cekik darah dan customer tak puas hati?

Sebesar-besar company pun boleh lingkup kalau diboikot berterusan. Sekecil-kecil company pun boleh jadi besar kalau jadi pilihan orang ramai berterusan.

Biasanya scammer suka guna taktik imej yang meyakinkan dan kelihatan bagus. Pada hal menipu tu tapi disebabkan ia kelihatan bagus, selalu keluar di TV, radio, newspaper dan lain-lain..ramai orang jadi mangsa scammer.

Kalau kedai nampak tak meyakinkan dan perkhidmatan atau produk pun tak berkualiti, dua kali ganda teruk jawabnya. Paling kurang jagalah kualiti produk atau perkhidmatan yang nak dijual tu..

Orang yang ikhlas berniaga lebih pentingkan servis/produk yang berkualiti berbanding imej. Bukannya imej tu tak penting tapi kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan atau produk yang nak diniagakan lebih penting. Lama-kelamaan imej atau reputasi seseorang peniaga turut meningkat dengan hasil perniagaan yang semakin berkembang.

Tak salah orang baru mula bisnes belum kelihatan bagus di pandangan mata orang ramai. Kita tak sepatutnya hina orang yang baru nak berniaga semata-mata kedai, bengkel, shoplot, kiosk dan lain-lain yang belum kelihatan bagus seperti company-company besar. Saya suka ulangi seandainya perkhidmatan atau produk memuaskan hati, reputasi perniagaan juga semakin bagus di pandangan orang ramai.

Kalau seseorang peniaga mempunyai modal yang besar, bolehlah buka kedai sama ada online atau offline supaya kelihatan bagus. Ditambah pula dengan product/service dan promosi yang hebat. Semakin besarlah peluang untuk dapatkan lebih banyak pelanggan.

Kelihatan bagus tidak salah tapi kelihatan bagus sahaja yang bermasalah.

Wallahua'lam.

2 comments: