Friday, November 15, 2019

Pelaburan Khas untuk Orang Yang Banyak Duit

Selalu kita dengar orang kena tipu melabur dalam skim cepat kaya. Biasa yang kena tipu pun, orang-orang yang ada banyak simpanan sama ada duit pencen, duit dalam bank, duit bawah bantal, duit dalam peti besi dan sebagainya.

Fadillah (kanan) perlukan bantuan rawatan dialisis.
Pelaburan kali ini takkan merugikan.


Daripada melabur dalam Skim Cepat Kaya, ada baiknya melabur dengan cara ni. Peluang besar untuk jutawan, hartawan, usahawan atau sesiapa sahaja yang ada banyak duit simpanan untuk naikkan saham di akhirat.

Tak perlu risau jadi miskin, keluarkan je duit untuk bantu Fadillah Mohd Sharif, 46 tahun. Beliau merupakan pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis.

Suaminya Azlan Ariffin, 57 tahun, disahkan sebagai OKU disebabkan mengidap skizofrenia. Beliau merupakan seorang peniaga ayam panggang yang berpendapatan kira-kira RM1350 sebulan. Hasil perniagaannya tidak cukup untuk dia tanggung kos perubatan isterinya.

Dah dua bulan dia tak meniaga sebab menghadapi sakit mental yang serius. Disebabkan terlalu tertekan dengan masalah kewangan, Azlan terpaksa ambil ubat untuk kawal emosinya.

Azlan mengakui ada terima bantuan RM250 dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan RM400 dari MAIPk (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak). Bantuan yang diterima tak cukup untuk tanggung kos rawatan isterinya yang mencecah RM3000 sebulan. Barang-barang kemas habis digadai tapi masih tak cukup lagi.

Permohonan e-Kasih (Pangkalan Data Kemiskinan Nasional) sebelum ini ditolak dengan alasan anak keempatnya berkhidmat sebagai anggota tentera yang masih mengikut latihan. Permohonan rawatan isterinya menerusi pinjaman LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) juga ditolak atas alasan yang sama.

Rawatan untuk isterinya sahaja RM3000. Itu belum lagi nak tanggung empat orang anak yang sambung belajar. Anak sulungnya Nur Affifah, 26 tahun terpaksa menganggur untuk bantu ibunya yang sakit tenat.

Dalam 7 orang anak, hanya dua orang sahaja yang dah bekerja. Duit setiap bulan yang diberikan oleh dua orang anaknya sekadar cukup-cukup makan je.

Mana pergi jutawan-jutawan di Malaysia ni?

Mana pergi orang have-have?

Mana dia orang yang kaya-raya di Malaysia?

Inilah peluang untuk anda melabur saham akhirat. Takkan jatuh miskin kalau bagi bantuan dekat Azlan dan isterinya yang terdesak memerlukan bantuan kewangan. Insha Allah duit yang anda salurkan tu akan diganti dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Boleh hubungi Azlan di 013-4358380 untuk bagi sumbangan.

Asyik fikir strategi promosi je untuk naikkan sales, apa kata derma kepada yang memerlukan. Insha Allah rezeki anda akan diluaskan dengan seluas-luasnya.

Sumber

2 comments: