Thursday, December 12, 2019

Siapa Nak Beli Susu Nilofa?

Adakah anda pernah beli susu jenama Nilofa? Pernah rasa susunya?

Susu Nilofa dan Neelofa.
Apa rasa susu tu?
Boleh percaya ke susu pisang baik untuk pesakit obesiti?

Khasiat yang diperkatakan.
Mana mungkin minum susu pisang ni baik untuk orang yang ada obesiti.

Dalam bahagian ingredient tiada pisang pun.
Mungkin "perisa yang dibenarkan" dalam bahagian kandungan tu ialah pisang. OKlah kira ada pisanglah dalam susu Nilofa.

Iklan mengelirukan bukan pertama kali berlaku di Malaysia. Khasiat yang dicanangkan mengalahkan ubat-ubatan di klinik/hospital.

Kalau nak sangat jual susu pisang, cakap je lah sedap diminum. Tak perlu kelirukan kononnya boleh kurangkan obesiti. Kesian pesakit obesiti yang terpedaya (kalau ada).

Kalau susu pisang tu sedap dan harga berpatutan orang ramai beli je. Tak perlu war-warkan iklan yang misleading.

Kat luar sana ada banyak air berkarbonat yang memang sedia maklum kurang baik untuk kesihatan tapi ramai yang beli. Pembeli air biasanya nak yang sedap je.

Kalau betul-betul minuman tu baik untuk kesihatan baru bagitau. Itu pun jangan berlebih-lebihan.

Contoh jual jus jambu batu, bagitau je lah ada kandungan vitamin C yang baik untuk kulit. Tak perlu bagitau boleh kurangkan jerawat batu.

Tak salah jual susu pisang asalkan jangan menipu.

p/s : saya tak suka susu pisang dan kek pisang.

Sumber

6 comments:

  1. Hahhahaaa... kan produk overclaim.

    ReplyDelete
  2. Banyak betul produk makanan overclaim sekarang. Tapi ada je yg percaya bulat-bulat tanpa pastikan kesahihannya. Hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab orang ramai percayalah penjual ambil kesempatan jual produk overclaim.

      Delete
  3. Tapi,mesti sedap kan susu nilofa ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang pernah rasa susu nilofa taulah sedap atau tak.

      Delete