Friday, December 6, 2019

18/19 Jadi Parody Netizen

18 kali saya berusaha nak update blog ni tapi gagal sebab malas. Usaha saya yang ke 19 baru berjaya nak update blog. Sifat malas saya pun tak terlawan dengan usaha saya yang ke-19. Auranya memang... padu beb!
18/19 parody masa kini.
Apa ada dengan 18/19 ni?

Tak pasal-pasal 18/19 dah jadi viral sekarang ni. Lazada dan Shopee bersusah payah nak promote 12/12. Dah berapa juta duit dorang gunakan nak viralkan shopping 12/12 tapi 18/19 jugak yang lebih viral.

Ini semua Ustaz Nik Farhan punya pasallah. Dia ni bekas juara Da'i musim kedua.

Nik Farhan sendiri buat pengakuan ada 18 orang perempuan nak kahwin dengan dia tapi dia senang-senang tolak. Bila datang seorang perempuan yang kesembilan belas, dia takde kekuatan nak tolak. Aura dia.. Masya Allah.

Akibat statement dia, habis viral di Malaysia. Artis-artis pun tak terlepas memparodykan 18/19 ni. Kalau sesiapa yang jual produk pun boleh guna punchline 18/19 ni untuk buat promotion.

Kalau gagal berniaga 18 kali, cubalah buat kali ke-19 mana tahu berjaya sebab aura dia..takde kekuatanlah nak tolak.

Saya pun akan terus berusaha dalam perniagaan sampai jadi jutawan walaupun gagal 18 kali. Mana tahu berjaya buat kali ke-19? Aura 19 ni memang peh... Padu beb!

2 comments:

  1. Tahniah, betul jugak tu,Ayat yg kita boleh jadikan ayat positif supaya dapat hasil yg positif jugak, insyaallah, aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih setuju dengan pendapat saya. Fikir positif, hasil positif.

      Delete