Monday, January 27, 2020

Peniaga Tepi Jalan Jangan Pandang Remeh Novel Coronavirus

2019-nCoV atau dikenali sebagai Novel Coronavirus adalah sejenis virus yang berasal dari Wuhan, China. Virus ni dah masuk Malaysia sebab orang-orang dari Wuhan dah masuk Malaysia.

Mask.
Peniaga-peniaga tepi jalan sila ambil berat dalam hal ini.
Bukan setakat makanan yang dijual perlu ditutup, mulut dan hidung penjual pun perlu ditutup. Belilah mask atau topeng khas untuk untuk tutup hidung dan mulut sekaligus. Coronavirus ni boleh berjangkit melalui udara so hati-hatilah.

Kepada para pelanggan tepi jalan pula, jangan beli dari peniaga yang biarkan makanan terdedah. Walaupun takde Coronavirus di dalam hidangan tu tapi berkemungkinan besar hidangan terdedah tu dah dihinggap lalat. Penyakit yang dibawa dari lalat pun bahaya juga.

Saya seru kepada semua peniaga dan pelanggan tepi jalan supaya utamakan kesihatan dan kebersihan. Kesihatan dan kebersihan ni saling berkait rapat selain menjadikan halal sebagai keutamaan dalam makanan.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sumber
Perkara yang patut anda tahu pasal Coronavirus

No comments:

Post a Comment