Sunday, May 9, 2021

Penjual Daging Nak Jual Lebih Mahal

Perkara ni biasa berlaku setiap tahun. Asal nak raya je harga daging melonjak naik.


Apa sebab harga daging mahal di bulan puasa atau dekat nak raya?

Jawapan paling terkenal ialah sebab permintaan sangat tinggi. Apa-apa produk/servis pun, kalau ada banyak permintaan memang naiklah harganya.

Di Kuala Lumpur harga daging sekilo dah RM34 tapi penternak dan peniaga tempatan nak jual harga lebih tinggi dari harga siling SHMMP (Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa). Menurut dorang, harga siling RM34 sekilo tu harga rugi.

Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat, berkata harga siling yang sesuai pada masa ini ialah antara RM38 hingga RM42 sekilogram.

Pada masa sama, Nordin berkata pihaknya juga dah bagi memorandum kepada MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) berhubung perkara itu.

Ramai peniaga tetap jual harga daging melebihi harga siling SHMMP telah diberi amaran oleh pihak berkuatkuasa. Memang nekad habis dorang ni.

Menurut Nordin Mat lagi, kalau peniaga daging dikenakan tindakan oleh KPDNHEP, dorang akan bawa ke muka pengadilan. Dorang dah tubuhkan Sekretariat Bangsa Penternak untuk bantu peniaga dan penternak sekiranya dikenakan tindakan oleh KPDNHEP.

Sebagai peniaga memanglah nak jual lebih mahal sebab permintaan tinggi. Bila permintaan tinggi, terpaksa letak harga lebih tinggi sebab lembu kurang. Takkan nak tunggu lembu tinggal 3 ekor baru naik harga.

Sebagai pelanggan memang susahlah nak beli daging lebih-lebih untuk jamuan hari raya sebab harga daging mahal sangat. Kalau orang kaya takde masalah nak beli lebih walaupun mahal.

Alternatif beli ayam? Ada orang tak makan ayam jadi terpaksa beli daging juga. Penggemar ayam bolehlah beli ayam banyak-banyak untuk ganti daging sebab mahal macam mana sekalipun harga ayam bulat masih tak cecah RM10 sekilo setakat ini.

Penyelesaiannya kalau anda sebagai pembeli rasa harga daging mahal sangat, jangan beli dulu. Tunggu dorang turunkan harga baru beli.

Sebagai peniaga, inilah peluang untuk dapat untung sebab time nak dekat raya memang ramai orang beli daging walaupun mahal.

Dalam hal ni, saya tak salahkan peniaga jual daging harga mahal time nak raya. Saya juga tak salahkan pelanggan yang boikot daging atau masih nak beli walaupun harga mahal.

Terpulang kepada anda.


P/s : Durian jatuh harga lepas diboikot


Source

Peniaga daging mahu harga lebih tinggi

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.