Thursday, January 27, 2022

Amanah dalam Perniagaan

Penjual dan pembeli mesti amanah. Kalau takde sifat amanah maka berlakulah khianat.

Amanah dalam perniagaan
Amanah dalam perniagaan.

Dalam topik kali ni saya nak kongsi pasal orang berniaga mesti amanah.

Seandainya anda jual seluar jeans warna biru secara online, pembeli mesti dapat beli seluar jeans warna biru bukannya hitam, putih atau warna lain-lain.

Kalau anda jual kuey teow goreng ada letak udang kering, anda kena jujur jawab ada campur udang kering bila ditanya pelanggan. Mungkin ada pelanggan yang alergik dengan udang kering.

Kalau jual barang melibatkan timbangan contohnya buah-buahan, jangan sesekali tipu masa menimbang. Tipu dalam timbangan tu sifat orang zaman jahiliah.


Zaman sekarang pun masih ada orang menipu dalam timbangan. Golongan penipu ni jenis tak kisah dapat hasil haram. Bukan dorang peduli seksa api neraka.

Saya percaya anda yang baca blog saya termasuk dalam golongan amanah.

Pelanggan berhak dapat apa yang dibeli.

Penjual berhak dapat untung yang setimpal.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Berdosa besar orang yang tak amanah dalam berniaga ni..Allah s.w.t dah janjikan azab siksa yg pedih bg orang yg tak amanah dalam berniaga..

    ReplyDelete