Sunday, January 16, 2022

Serve No Pork Halal or Not?

Kalau kat kedai makan ada tulis "no pork" atau "no lard", tak payah le pergi. Selain babi pun masih ada makanan lain yang haram.

Carilah makanan yang halal
Carilah makanan yang halal.

Contohnya ayam yang tak disembelih dengan nama Allah. Haram kita makan ayam tu.

Haiwan ternakan yang halal dimakan tapi tak disembelih ikut cara Islam tetap haram dimakan.

Kedai makan vegetarian pun belum tentu halal. Contohnya arak dibuat dari buah anggur. Sebagai orang Islam, kita tak boleh minum arak sebab hukumnya haram.

Kalau sayur atau sebarang makanan lain yang dimasak tu ada campur arak, kita tak boleh makan.

Disebabkan pemilik kedai makan bukan Islam "malas" nak ambil sijil halal, kita sebagai orang Islam pun mesti "malas" nak makan di kedai makan bukan Islam letak tulisan "no pork", "no lard" atau yang seumpamanya. Biarlah dorang jual makanan untuk non muslim je.

Isu ni dah lama berlaku tapi macam tak setel lagi.

Sampai sekarang masih ada kedai makan non muslim letak tulisan "no pork".

Adakah tujuannya untuk tarik orang Islam singgah makan?

Perkara paling senang yang kita boleh buat ialah tak payah pergi kedai makan macam tu. Kedai makan 'no pork' tak bermakna halal.

Kita sebagai orang Islam, pilihlah kedai makan orang Islam juga. Bab makan minum ni nak kena jaga betul-betul selain jaga solat, puasa dan amalan-amalan yang lain.

Wallahua'lam.


P/s : darurat tu lain cerita.

4 comments:

  1. Kalau kedai tulis, no pork, no lard, memang tokey kedai tu tak tau halal haram. Kalau dia tau halal haram, dia akan tulis halal atau tak. Sama macam kedai kalau tulis 'makanan islam'. Kedai makanan islam ni banyak kat sabah sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian komen anda.

      Delete
  2. Betul tu..kat Sabah ada satu kedai makan cina ni jual mi sup daging.Kat luar ada tulis "serve no pork"..ramai org melayu mkn kat situ..Sy tengok pon kembang tekak..mcm tu lah bila nafsu mengatasi akal fikiran๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teeima kasih kongsi info pasal restoran "no pork" di Sabah.

      Delete