Sunday, January 2, 2022

Tahun 2021 Sudah Berlalu

Betapa pantasnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je 1 January 2021 tup-tup kita dah masuk tahun 2022.

Tahun 2021 sudah berlalu
Tahun 2021 sudah berlalu..

Apa yang biasa ditanya setiap kali masuk tahun baru?

"Apa azam awak tahun baru?"

"Apa azam you tahun ni?"

"What is your new year's resolution?"

Walau apa pun azam anda di tahun 2022, berusahalah untuk dapatkannya.

Kalau masih ada azam tahun 2021 yang belum tercapai, jangan putus asa.

Seandainya lebih 10 tahun dulu masih ada azam yang belum dapat dilaksanakan, jangan sesekali putus asa untuk berusaha lagi.

Perkara-perkara buruk yang berlaku di tahun-tahun sebelum ini biarlah berlalu. Jadikan pengajaran untuk teruskan kehidupan.

Segala kegagalan dalam bisnes tahun lepas pun boleh dijadikan pengajaran supaya tak berulang lagi di tahun 2022. Walaupun gagal bisnes bertahun-tahun tetapi jangan sesekali putus asa. Bak kata pepatah "hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih".

Apa azam saya?

Saya tak tahulah kalau keinginan saya ni boleh jadi azam. Saya cuma nak tengok lebih ramai peniaga-peniaga kecil beragama Islam dan beriman yang berjaya kembangkan perniagaannya.

Azam ke tu?

Lebih tepat harapan atau doa saya je.

Dalam post kali ni juga saya nak ambil kesempatan bagitau bulan Ramadhan tahun ni lebih awal dari tahun lepas.

Tahun ni bulan Ramadhan mula pada bulan April. Tarikh tepat tak tahu lagi sebab nak kena tengok anak bulan dulu.

Belum lagi bulan Sya'ban, nak cerita pasal bulan Ramadhan?

Kita bersiap-sedia lebih awal kan lebih baik. Mudah-mudahan kita dapat menyambut bulan Ramadhan tahun ini dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perbanyakkan amalan mulai sekarang sebagai persediaan masuk bulan Ramadhan. Rajin-rajinlah solat tahajud dan amalan-amalan sunat yang lain selain jaga solat lima waktu. Bagi orang perempuan ada masa uzur jadi perbanyakkan zikir, selawat dan istighfar.

Selain menambah amal-amal ibadat, kita boleh juga berniaga di bulan yang paling mulia. Cuma jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk berniaga semata-mata.

Saya tak pastilah bazar Ramadhan dibenarkan buka atau tak pada tahun ni.

Kalau tak dapat berniaga di Bazar Ramadhan, berniaga je dari rumah. Jual kuih raya atau jual juadah berbuka puasa dari rumah. Boleh buat sendiri secara COD asalkan jaga kualiti makanan/minuman dari segi halal, bersih, sedap dan harga berpatutan.

Selain itu, cara bungkus makanan dan minuman pun kena buat betul-betul ye supaya tak terbuka atau tertumpah masa hantar.

Cukup-cukuplah isu negatif kuih-muih kedekut inti seperti tahun-tahun sebelum ni. Cukup-cukuplah segala isu negatif pasal juadah berbuka puasa tahun ni. Kesian pelanggan-pelanggan yang jadi mangsa peniaga-peniaga tak jujur.

Jangan jadikan bulan Ramadhan untuk kumpul dosa je. Nanti rugi di dunia dan akhirat.

Semoga kita sempat berada di bulan Ramadhan lagi pada tahun ini. Raya di bulan Syawal memang seronok tapi berpuasa di bulan Ramadhan jauh lebih menyeronokkan bagi orang-orang yang beriman.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Azam sy tahun lepas pon masih pending lg๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚hope tahun ni tercapai lah.Bazar ramadhan kononnye kata pak menteri tetap berjalan mcm biasa wlwpon kes covid makin meningkat๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ P/S:-dah ada persediaan utk gelombang berikutnya tau,pusat kuarantin pon da mula nk kena "on" balik๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum terlambat untuk capai pada tahun ni.

      Delete