Friday, December 24, 2021

Banyak peniaga rugi masa banjir

Banjir yang berlaku baru-baru ni agak dahsyat. Bukan di Selangor je, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu pun banjir juga.

Banyak peniaga rugi masa banjir
Banyak peniaga rugi masa banjir.

Setiap kali musim tengkujuh memang banjir di kawasan tertentu.

Bukannya kita dapat halang banjir kilat.

Banyak peniaga-peniaga rugi masa banjir tapi apa boleh buat?

Di antara pemilik perniagaan yang rugi :

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) rugi lebih RM5 juta

Masa banjir baru-baru ni ada kes pecah masuk Mydin Mart, Seri Muda, Shah Alam, Selangor. Dorang pecah masuk bukan setakat nak curi makanan tapi naik tingkat atas nak ambil barang-barang selain makanan.

Datuk Ameer Ali Mydin dah halalkan orang yang pecah masuk curi makanan. Semoga Allah balas kebaikan beliau yang menghalalkan orang curi makanan masa banjir.

31 orang warga asing yang curi barang-barang elektrik di Mydin dah kena tahan.

Kalau curi makanan sebab kelaparan atau bantuan lambat sampai tu saya faham. Saya percaya kebanyakan netizen pun faham orang kalau dah terlalu lapar memang merana.

Kalau sampai tahap curi barang-barang elektrik tu dah melampau namanya. Ini yang dipanggil ambil kesempatan dalam kesempitan.

Dahsyatnya bila golongan-golongan macam ni amik kesempatan.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang mengendalikan lebih 66 cawangan di seluruh Malaysia rugi lebih RM5 juta akibat banjir di Selangor baru-baru ini.

Rugi RM5 juta dah pasti tapi pemulihan yang bakal dilaksanakan dalam masa 3 bulan akan menelan belanja lebih tinggi. Gaji-gaji pekerja, duit sewa dan utiliti terpaksa dibayar macam biasa sepanjang tempoh 3 bulan tu.

Kekurangan bekalan pun menambah masalah sedia ada sebab kebanyakan kilang terjejas akibat banjir.


Jumlah kerugian 50 penternak ikan air tawar cecah RM12 juta

Habis segala ikan-ikan yang dibela selama ni terlepas macam tu je. Ada yang mati dan ada yang hanyut entah ke mana masa banjir.

Ketua Perikanan Daerah Jelebu, Mohd. Azhar Jusoh berkata, pihaknya menganggarkan kerugian keseluruhan yang ditanggung oleh kesemua pengusaha tersebut mencecah sehingga RM12 juta.

Menurut Mohd. Azhar, selain kolam yang dilimpahi air berlumpur, terdapat juga kolam yang pecah menyebabkan ikan terlepas keluar.

Kerugian itu turut membabitkan kerosakan kolam, peralatan dan makanan ikan yang musnah. 

Kebanyakan hidupan air tawar yang diternak ialah ikan likuh, tilapia merah, lampam, haruan, baung, keli dan juga udang galah.

Masa banjir senang-senang dapat hasil ikan air tawar di sungai tu mungkin dah bercampur dengan banyak ikan ternak yang terlepas.

Kalau ada orang jala ikan atau dapat tangkap udang galah atas jalanraya tu..mungkin asli dari sungai bukannya dari kolam penternak. Sangka baik..

Kita tak boleh tuduh dorang mencuri sebab mana dapat beza yang asli di sungai dan yang ternak di kolam. Kalau dapat beza sekali pun, bukannya ada nama penternak atas ikan tu jadi tetap tak tahu siapa punya.

Mahu tak mahu 50 orang penternak ikan air tawar di Jelebu dan penternak hidupan air tawar di kawasan-kawasan lain yang terjejas akibat banjir sebaik-baiknya redha dan halalkan ikan-ikan dan udang galah terlepas diambil orang lain.

Insha Allah nanti Allah ganti segala haiwan-haiwan air tawar yang terlepas tu dengan gantian yang lebih baik.


Peniaga nasi lemak rugi

Norasikin Ghazali seorang peniaga nasi lemak mengalami kerugian akibat banjir di Taman Binjai Jaya, Selangor.


Habis segala periuk, blender dan barang-barang berniaga rosak.

Kerugian yang dialami peniaga-peniaga kecil seperti Norasikin yang saya rasa paling menghibakan berbanding usahawan-usahawan lain yang rugi berjuta-juta.

Usahawan selama ni dapat untung juta-juta. Dorang ada back up besar walaupun rugi berjuta-juta.

Saya lebih kesian dekat peniaga kecil sebab hasilnya kecik. Kalau dah habis rosak segala barang-barang berniaga kan susah.

Orang yang dilahirkan dari keluarga kaya-raya dan hidup senang-lenang takkan faham situasi susah peniaga-peniaga kecil. Hidup setiap hari macam hari raya mana tahu makna hidup susah.

Saya sendiri pernah berniaga sorang-sorang tepi jalan masa hujan lebat. Kelam-kabut nak pegang payung, tahan meja, jaga kuali.. Angin punyalah kuat masa tu.

Perkara yang dialami peniaga-peniaga di kawasan banjir pasti lebih teruk dari pengalaman saya. Terus tak dapat berniaga dibuatnya.

Kepada peniaga-peniaga kecil yang jadi mangsa banjir, semoga tabah hadapi dugaan. Banyakkan bersabar dan banyakkan berdoa semoga Allah bantu kerana Allah lebih mengetahui.


Ulasan yang lagi memulaskan

Ada juga orang kaya yang bagi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Orang-orang kaya macam ni yang kita perlukan di Malaysia.

Kalau tak mampu tolong dari segi duit, makanan atau harta benda, boleh tolong doakan kebaikan dan keselamatan untuk saudara-saudara Islam yang jadi mangsa banjir. Doakan yang baik-baik untuk dorang tu lebih baik dari tak buat apa-apa.

P/s : Saya tak terima sedekah.

Wallahua'lam.


Source

Mydin rugi lebih RM5,000,000.

50 penternak ikan air tawar rugi RM12,000,000.

Pahang rekod korban pertama banjir baru-baru ini

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.