Monday, October 12, 2015

Affiliate vs Dropship

Apa itu affiliate? Apa itu dropship? Mudah-mudahan korang fahamlah maksud kedua-duanya.

Affiliate maknanya perkenalkan customer untuk dapatkan produk/servis dari pihak tertentu dengan komisen/keuntungan yang dah ditetapkan.

Dropship pulak maknanya jadi wakil jual produk/servis untuk dapatkan keuntungan yang ditetapkan oleh diri sendiri.

Antara buat bisnes secara affiliate dan dropship, mana satu lebih menguntungkan?

Saturday, October 10, 2015

Pelanggan aiskrim Turki dipermainkan

Pernah dengar cerita pasal penjual aiskrim Turki? Aku cadangkan lebih baik jangan beli dari dorang kecuali korang rela dipermainkan.

Penjual aiskrim permainkan pelanggannya
Macam mana cara penjual aiskrim Turki permainkan pelanggan dorang?

Sate itik semakin laris

MENDAPAT idea membuat sate itik ketika melawat Jakarta, Indonesia, seorang penternak haiwan dari Kampung Budi, Mukim Lesung mengkomersialkan hidangan itu di sini.

Sate itik Mohd Fakhrul
Mohd Fakhrul Radzi Shaari, 36, berkata, pada awalnya dia bimbang dengan sambutan orang ramai khususnya di Pokok Sena kerana sehingga kini belum ada yang menjadikan itik sebagai sate di daerah itu.

Wednesday, October 7, 2015

Bisnes apa yang terbaik?

Kadang-kadang banyak pilihan lebih membantu berbanding sedikit pilihan. Lebih banyak perbandingan boleh dibuat dan lebih banyak info yang kita boleh dapat. Kadang-kadang sedikit pilihan lebih membantu daripada banyak pilihan. Bila pilihannya sedikit, lebih senang nak buat keputusan dan tak payah pening-pening nak buat banyak perbandingan.



Dah baca banyak info di internet tapi masih tak tahu bisnes apa yang terbaik. Dah baca idea-idea bisnes yang berlambak-lambak pun masih tak tahu nak buat bisnes apa. Macam mana ni?

Tuesday, October 6, 2015

Snek biji rambutan

Siapa sangka biji rambutan boleh dijadikan snek. Ia dibuktikan pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang Mohamad Azli Razali, 38, yang menghasilkan snek dipanggil Rambuseed Florentine.

Biji rambutan
Beliau berkata, snek menggunakan 40 peratus biji rambutan yang dikeringkan sebagai bahan utama itu adalah sejenis manisan berasal dari Itali.