Tuesday, April 7, 2015

69 idea bisnes perkhidmatan

Khas untuk sesiapa sahaja yang berminat nak buat kerja sendiri atau bisnes dalam kategori perkhidmatan.

Idea-idea bisnes perkhidmatan
Idea-idea bisnes perkhidmatan.

Mula-mula baca dulu senarai 69 idea bisnes perkhidmatan. Kemudian pilihlah idea yang berkenan dari senarai ni untuk direalisasikan.

1. Tukang urut
Kalau ada kemahiran mengurut sama ada belajar dari keluarga sejak turun temurun atau dari mana-mana tok guru mengurut, jangan sia-siakan bakat yang ada. Urut ni ada banyak kebaikan contohnya bagus untuk buang angin, betulkan urat terseliuh atau terpeleot, kuatkan tenaga batin dan sebagainya..

2. Bekam
Bekam ni sunnah nabi, memang elok dibuat. Ada 2 jenis bekam yang aku tahu setakat ni iaitu buang darah dan buang angin. Kalau ada kemahiran dan cukup alat-alat dia, buatlah bisnes bekam ni.

3. Pembersihan
Siapa yang rajin membersih tu silakan pilih servis pembersihan sebagai kerjaya. Modal duit tak setinggi modal tenaga. Dalam kategori ni boleh pecah kepada cuci kereta, bersihkan rumah, bersihkan pejabat dan mana-mana tempat yang memerlukan servis pembersihan.

4. Potong rumput
Kerja potong rumput tak susah mana pun asalkan ada mesin potong rumput dah boleh buat. Pakai but, baju lengan panjang, spek gelap kalau nak pakai helmet pun boleh jugak demi keselamatan sewaktu menjalankan tugas memotong rumput. Kena ada skill memotong rumput supaya takde batu-batu kecik berterbangan sana sini masa tengah sibuk potong rumput tu.

5. Pengasuh anak orang
Semakin banyak ibubapa sekarang sibuk kerja cari duit jadi terpaksa hantar anak-anak dorang kat pengasuh. Gunakan kesempatan ini untuk jadi pengasuh. Syarat paling utama mesti betul-betul suka budak kecik dan sentiasa sabar dengan kerenah dorang.

6. Tukang jahit
Time nak dekat raya, tukang jahitlah di antara orang yang paling sibuk di dunia nak siapkan tempahan baju raya. Selain time raya, ada jugak orang tempah mungkin untuk pakaian sekolah ke, perkahwinan, hadiah dan macam-macamlah.

7. Tukang paip
Dah biasa baiki paip kat rumah sendiri dan jiran-jiran? Pilihlah bidang perpaipan sebagai kerjaya. Bukan semua orang tahu cara nak pasang paip kat rumah sendiri jadi sediakanlah servis baiki paip untuk golongan ni.

8. Pemandu teksi
Dari harga minyak rendah sampailah harga minyak tinggi, permintaan orang ramai nak naik teksi sentiasa ada. Zaman sekarang kan dah canggih, walaupun tak berapa tahu jalan dalam daerah tempat tinggal sendiri pun boleh je jadi pemandu teksi guna GPS.

9. Sewa teksi
Ada teksi tapi malas nak bawa hari-hari? Sewakan dekat orang lain. Bukan senang nak ambil lesen/permit bawa teksi ni.

10. Sewa kenderaan
Kalau ada kenderaan lebih atau kenderaan sendiri yang jarang-jarang bawak keluar, apa kata sewakan je pada yang memerlukan? Biasanya orang yang perlukan kereta sewa ni student dengan pelancong. Boleh pergi jauhlah perkhidmatan sewa kenderaan ni.

11. Mekanik
Kalau dah bosan kerja dekat bengkel orang lain, bukaklah bengkel sendiri. Cuba bukak secara kecil-kecil dulu contohnya buat kat belakang rumah ke atau sewa kat mana-mana tempat murah ke.  Time nak dekat raya ramai je orang yang nak servis kereta.

12. Tok Mudim
Setiap tahun berapa banyak budak yang kena sunat? Siapa jadi tok mudim memang tahulah betapa sibuknya kalau masa cuti sekolah terutama hujung tahun. Nak kena belajar cara-cara menyunat orang, jangan main hentam je.

13. Ajar Seni Bela diri
Pernah belajar Karate dan Jiujitsu? Gabungkan keduanya dan bukak kelas mixed martial arts. Kalau pernah belajar banyak jenis seni bela diri lagi bagus. Takkan nak ajar orang belajar pertahankan diri dalam keadaan berdiri je...cara berlawan masa terjatuh pun kena tahu jugak. Ajar jugak teknik pertahankan diri dari serangan lebih dari seorang, serangan senjata dan lain-lain yang diperlukan.

14. Pengajar Muqaddam/Quran
Buat kelas mengaji untuk orang-orang kampung atau bandar. Bukan setakat ajar baca, ajarkan sekali tajwid dan sebagai tambahan boleh ajar sekali makna dan tafsirannya sekali. Orang yang mengajar tak boleh orang sembarangan tapi biarlah orang yang betul-betul ahli dalam bidang ini.

15. Cikgu Tusyen
Sediakan perkhidmatan ini untuk ibu bapa yang risau keputusan anak dorang corot dalam UPSR/PMR/SPM/STPM. Siapa yang ada keputusan cemerlang SPM bolehlah mengajar budak-budak sekolah rendah. Mak bapak pun takdelah rasa segan nak bagi anak-anak dorang belajar dengan cikgu tusyen yang dapat A dalam semua subjek. Kalau pakar dalam Matematik sahaja, boleh juga buka kelas tusyen tapi ajar Matematik aje lah.

16. Juru alih bahasa
Bukan setakat pelancong malah ada juga menteri, atlet sukan, selebriti, usahawan dan lain-lain pun perlukan khidmat juru alih bahasa. Sebagai contoh, kalau pergi ke China sebab nak borong barang-barang dari sana, kena tahu bahasa cina. Bahasa cina pulak ada macam-macam jenis, ada mandarin, kantonis, hokkien dll. Kalau tak tahu bahasa cina, terpaksa guna juru alih bahasa. Itu baru kat China belum lagi kalau nak ke Jepun, Korea dan lain-lain negara.

17. Penasihat perniagaan
Kalau pernah kerja di syarikat-syarikat besar, ada pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang perniagaan bolehlah jadikan Business Consultant sebagai kerjaya. Di antara tugasnya ialah bantu orang yang nak berniaga tapi tak tahu nak kembangkan perniagaannya macam mana. Kerjaya ni memerlukan orang yang betul-betul "masak" dalam dunia perniagaan dan kehendak pasaran terkini.

18. Pereka Grafik
Graphic designer atau pereka grafik adalah orang yang buat design logo, banner, kad dan macam-macam lagi. Pilih kerjaya ini kalau pernah belajar dalam bidang multimedia technology. Mesti kreatif dan pandai design mengikut kehendak client. Kadang-kadang cantik pada kita tapi tak cantik pada client pun tak guna jugak jadi pandai-pandailah design ikut kehendak dorang.

19. Photographer
Sebut je photographer aku teringat orang kerja amik gambar orang kahwin. Mesti guna kamera dslr, pandai zoom, ada tungku kaki tiga dan sebarang alat yang diperlukan dalam bidang ni. Sebenarnya aku tengok kerja dalam bidang fotografi ni meluas tapi kat Malaysia lebih terkenal sebagai "orang amik gambar kahwin".

20. Web Developer
Kerja ni pun dalam bidang multimedia jugak. Ada je individu atau company yang perlukan web developer untuk buat website dorang. Mesti kreatif dan tahu guna HTML atau sebarang software yang diperlukan untuk buat website yang mantap.

21. App Developer
Zaman sekarang orang sibuk guna smartphone dengan tab. Siapa pandai buat app, bolehlah sediakan perkhidmatan untuk orang yang nak buat app tapi tak tahu caranya. Kalau tak dapat sediakan perkhidmatan buat app untuk orang lain, buat je app sendiri pastu letak kat Google Play dengan Apple Store.

22. Servis komputer
Walaupun semakin ramai orang tengok internet kat smartphone atau tab tapi penggunaan komputer masih tinggi di Malaysia. Bukan semua orang tahu nak servis komputer sendiri. Sediakan perkhidmatan repair/format untuk dorang tak kira Desktop PC atau Laptop.

23. Pelatih senaman
Rajin bersenam? Badan solid? Bukaklah gym ajar orang bersenam. Kalau tak mampu bukak gym buat je lah kat rumah sendiri atau kat gym orang lain sementara tak mampu ada gym sendiri. Tak semestinya mesti ajar orang dapatkan badan berketul-ketul je, ajar sekali cara pemakanan yang sihat, ajar senaman untuk orang nak diet atau bagi tips-tips senaman lain yang sesuai. Badan sihat otak cergas!

24. Pakar Motivasi
Tahu cara-cara nak bagi semangat pada orang yang tak bersemangat? Tak kira sama bantu dorang dalam supaya tak putus asa dalam hubungan kekeluargaan, perniagaan, pergaulan di tempat kerja dan lain-lain. Inilah tugas pakar motivasi yang sebenarnya, tak semestinya mesti keluar kat TV macam Dato' Fazilah Kamsah baru dikatakan pakar motivasi berjaya.

25. Penghapus haiwan/serangga perosak
Nak hapus anai-anai bukan boleh main sembur guna penyembur serangga yang biasa-biasa je tu. Kena guna alat khas dia. Siapa pernah kerja dengan syarikat penghapus serangga perosak memang tahulah macam mana. Tak semestinya hapuskan anai-anai je, contoh haiwan atau serangga perosak lain yang perlu dihapuskan ialah tikus, lipas, tebuan dll.

26. Kelas memasak
Siapa yang pandai dan minat memasak, jangan sia-siakan bakat anda. Kalau takde atau masih belum dapat title chef, sila dapatkan title chef atau mulakan kelas memasak secara kecil-kecilan dulu. Tak semestinya mesti jadi chef baru hebat memasak tapi title chef tu adalah bonus untuk meningkatkan reputasi kelas memasak. kerjasendirijb.blogspot.com

kasut buruk yang perlu digilap
27. Tukang kasut
Buat kat tepi jalan pun dah boleh. Kalau nak selesa buat kat rumah lagi senang. Tugas tukang kasut di antaranya gilap kasut, tampal kasut, jahit kasut dan sebarang tugas menambahbaik kasut.

28. Rawatan lintah
Kalau dulu, orang letak garam nak bunuh lintah yang naik atas badan. Sekarang, orang sanggup bayar untuk bagi lintah hisap darah. Kena ada teknik dia, bukan main campak sebarang lintah bagi kerumun kat badan orang!

29. Tukang gunting rambut
Tak kira dalam kawasan kampung ke atau dalam kawasan bandar ke, perkhidmatan gunting rambut sentiasa ada permintaan. Kalau pandai potong rambut ikut kehendak pelanggan dengan harga rendah, insyaAllah boleh dapat banyak pelanggan.

30. Tukang cat rumah
Penat kalau nak cat rumah sendiri. Apa kata sediakan servis ni untuk kawasan perumahan sendiri atau mana-mana kawasan lain? Cat rumah, cat pejabat atau apa-apa yang sesuai untuk dicat.

31. Penulis novel
Kerjaya sebagai penulis novel sesuai untuk orang yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Banyak membaca karya-karya hebat dari orang lain kemudian tulis novel sendiri yang tak kalah dengan novel yang sedia ada di pasaran. Amik masa bertahun-tahun nak siapkan satu novel tapi hasilnya insyaAllah berbaloi.

32. Kartunis
Pandai melukis menjadi satu keutamaan bagi seorang kartunis. Perkara kedua penting ialah jalan cerita komik. Aku cadangkan buat website komik sendiri dan letak Google Adsense atau sebarang platform iklan yang sesuai. Tak payah susah payah nak terbitkan komik sendiri sebab orang sekarang lebih suka baca comic/manga secara online je. Kalau nak terbitkan juga, terpulanglah...

33. Peguam
Tugas ni boleh jadi menganiaya tapi boleh jadi penyelamat jugak. Kalau bela orang yang teraniaya OKlah tapi kalau bela orang yang terbukti bersalah? Apa-apa hal seseorang tu innocent until proven guilty.

34. Beca
Bukan semua tempat sesuai nak berbeca. Penat kayuh beca ni tapi ada permintaan tersendiri dari pelancong luaran mahupun tempatan. Kerjaya sebagai pengayuh atau penarik beca ni sesuai dibuat di Melaka tapi kalau nak jadi pelik buang tebiat tarik beca kat JB atau KL pun boleh jugak. Benda pelik-pelik ni mana tahu masyuuuukkk..

35. Sewa bilik
Kalau ada bilik extra kosong, jangan biarkan macam tu je. Sewakan pada orang lain. Ada jugak hasil daripada dibiarkan bilik kosong macam tu je.

36. Sewa rumah
Permintaan rumah sewa semakin lama semakin tinggi. Memandangkan harga rumah semakin lama semakin mahal ditambah pula dengan GST. Sewa rumah adalah pilihan bagi student, pekerja luar kawasan dan sesiapa sahaja yang tak mampu beli rumah sendiri.

37. Homestay
Daripada sewa hotel baik sewa homestay. Bayangkan sewa hotel 4 bintang satu malam boleh cecah RM200 atau lebih. Gunakan jumlah wang yang sama untuk sewa homestay. Pemilik homestay boleh gunakan kesempatan ni untuk dapat untung.

38. Tukang besi
Tugas tukang besi di antaranya terima tempahan buat parang, pisau atau sebarang alat-alat yang sesuai ditempa dengan besi. Biasanya ilmu tukang besi ni dari keluarga turun temurun. Calang-calang orang boleh jadi tukang besi ni.

39. Buat name card
Name card atau business card adalah satu di antara cara seseorang nak memperkenalkan perniagaan atau perkhidmatan. Boleh tahan untung orang yang buat name card ni. Buat namecard yang simple tapi menarik OK!

40. Photostat
Dari aku sekolah rendah sampai habis sekolah servis photostat masih belum pupus. Sentiasa ada permintaan terutama nak photostat IC atau sebarang dokumen penting yang lain. Kalau tinggal kat rumah flat, boleh jalan business photostat ni.

41. Print
Selain photostat, sediakan servis printing sebagai perkhidmatan tambahan. Ada je student nak print color/black untuk buat assignment.

42. Tukang letrik
Ada kemahiran dalam bidang elektrik? Pandai pasang lampu, kipas dll?Jangan bazir kemahiran yang ada tu. Tugas tukang letrik ni tak semestinya untuk rumah-rumah je tapi kat pejabat pun boleh.

43. Technician Vending Machine
Kadang-kadang orang dah beli vending machine mahal-mahal pas tu syarikat yang jual tu lepas tangan je. Terpaksalah panggil orang yang tahu selok-belok vending machine. Technician vending machine kena ada pengetahuan luas pasal vending machine tak kiralah vending machine jual air ke, jual keropok ke mahu pun vending machine jual seluar dalam.

Blog kerjasendirijb
44. Blogger     kerjasendirijb.blogspot.com
Zaman dulu mana ada kerjaya sebagai seorang blogger. Buat satu blog dan kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat. Letak iklan atau iklankan produk/perkhidmatan individu atau syarikat dengan mengenakan bayaran yang tertentu. Lagi tinggi trafik blog lagi bagus.

45. SEO Consultant
Memang expert dalam bidang SEO? Teknik SEO lama mungkin tak berguna untuk masa sekarang. SEO consultant mesti peka dengan kehendak audiens dari masa ke masa supaya pemilik web/blog yang gunakan servis dorang tak kecundang.

46. Kaunseling
Berat tugas counseling ni tapi betul-betul diperlukan oleh golongan bermasalah. Sebagai contoh; Penagih dadah yang nak berhenti hisap dadah tapi tak dapat berhenti, Gadis yang dah terlanjur terasa nak bunuh diri bila pasangan dia tak bertanggungjawab dll. Seorang kaunselor kena pandai cungkil punca masalah client dan bagi jalan penyelesaian client untuk berubah menjadi baik.

47. Pemandu Pelancong
Pelancong yang first time datang ke Malaysia memang tak tahu selok-belok jalan kat sini. Di sinilah pentingnya tugas sebagai pemandu pelancong. Bawa pelancong-pelancong ni ke tempat menarik supaya dorang seronok ada kat Malaysia.

48. Interior Designer
Contoh orang yang berjaya dalam kerjaya ni ialah Eric Leong. Kat mana sesuai letak kerusi, meja, susunan langsir dan sebagainya. Aku tak rasa orang lembut je yang sesuai jadi interior designer, lelaki tegap pun boleh tapi mesti menguasai bidang hiasan dalaman rumah, pejabat dll.

49. Landscape Designer
Tugas landscape designer berlawanan dengan tugas interior designer. Tugasnya ialah menghias kawasan luar contohnya kawasan perumahan, taman rekreasi, taman permainan, zoo dll. Kolam sesuai letak kat mana, kat tengah kolam nak hias macam mana, pokok apa sesuai ditanam, rumput jenis apa sesuai dll.

50. Personal Shopper
Permudahkan orang lain membeli barang. Mungkin dorang sibuk atau malas nak susah-payah jalan jem dan payah cari parking jadi sediakan perkhidmatan membeli barang untuk dorang.

51. Doktor Haiwan
Kalau pernah belajar atau bekerja dalam bidang veterinary, gunakan kemahiran yang ada untuk rawat haiwan. Haiwan pun boleh sakit juga macam manusia. Kalau tak mampu buka klinik haiwan, buat dulu dari rumah secara kecil-kecilan.

52. Pengasuh haiwan
Sediakan khidmat jaga haiwan untuk pemilik haiwan peliharaan yang balik kampung, outstation atau terpaksa ke tempat lain yang mengambil masa lebih sehari. Pilih kerjaya ni kalau ada perasaan sayang pada haiwan. Caj pelanggan ikut hari atau mengikut sebarang kadar yang sesuai.

53. Software Developer
Siapa yang hebat programming, gunakan skill tu untuk buat software. Sediakan perkhidmatan buat software untuk individu atau syarikat yang memerlukan.

54. Pengacara
Asalkan bermuka tebal, mempunyai personaliti yang menarik, boleh melawak sikit-sikit dah boleh jadi pengacara untuk majlis kahwin, majlis ceramah dan sebarang majlis yang sesuai ada pengacara. Dulu mana ada pengacara majlis kahwin tapi zaman dah berubah.

Website mudah.my

55. Online market place
Nak cari duit secara online tak semestinya mesti jual barang. Buat satu website macam mudah.my atau lelong.com.my. Sediakan perkhidmatan secara percuma untuk orang promote produk dorang. Dapatkan income melalui caj tambahan kepada pengguna yang perlukan kelebihan istimewa dalam mempromote produk/servis dorang atau letak je iklan 3rd party seperti google adsense, nuffnang dll.

Website airbnb
56. Online lodging
Buat website menyediakan perkhidmatan untuk orang promote hotel, motel, resort, homestay dan sebarang tempat penginapan yang sesuai untuk disewa. Buat macam website airbnb tapi kalau boleh fokus pada malaysia sahaja sebelum menerawang sampai ke seluruh dunia. Bantu orang nak cari tempat penginapan dan bantu orang nak promote tempat penginapan. Dapat income dari caj tambahan yang dikenakan pada pemilik tempat penginapan atau letak iklan dari google adsense, nuffnang dll.

57. Penyedia VPN
Sediakan perkhidmatan untuk pengguna internet yang nak privacy.

58. Pengawal peribadi
Pernah belajar seni bela diri? Tahu teknik-teknik selamatkan orang dari bahaya? Offer perkhidmatan keselamatan untuk Datuk, VIP atau sesiapa sahaja yang memerlukan. Orang-orang baik yang ternama biasanya ada banyak musuh yang dengki, iri hati dll.

59. Pemberi maklumat
Kalau suka cari maklumat, sediakan perkhidmatan memberi info-info penting untuk sesiapa sahaja yang memerlukan. Sebagai contoh pernah keluar kat newspaper senarai nombor plat kereta yang dah lebih 3 bulan tak bayar. Setiap maklumat yang diberikan sehingga membantu pihak syarikat jual kereta dapat tarik semula kereta tak habis bayar akan diberikan ganjaran wang. Itu baru contoh kereta, mungkin boleh buat perkara yang sama untuk benda lain pulak?

60. Penyiasat
Tugas penyiasat lebih mendalam dari sekadar mencari info sahaja. Sediakan perkhidmatan menyiasat untuk orang yang nak tahu adakah isteri curang, siasat lokasi penculik, cari barang hilang dan macam-macam lagi jenis siasatan yang boleh dilakukan.

61. Sewa tanah
Kalau ada tanah kosong tapi malas nak usahakan, sewakan je pada orang lain yang rajin nak usahakan. Tengok kesesuaian tanah dan kena tengok tempat jugak sama ada tanah tu sesuai disewakan untuk bercucuk tanam, ternak haiwan, letak iklan billboard dll.

62. Perkhidmatan cuci muka
Ada produk cuci muka yang tak dapat dijual? Apa kata sediakan khidmat cuci muka? Beri galakan pada client untuk selalu datang buat rawatan buang jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam, parut dll. Ini yang dikatakan tak dapat menjual pun masih ada cara untuk dapat untung.

63. Refleksologi
Pernah tengok kat shopping complex ada kedai refleksologi? Tempat yang ada sediakan alat untuk orang letak kaki tu..Pernah tengok? Tak semestinya guna mesin tapi guna tangan pun boleh. Refleksologi ni fokus pada bahagian kaki.

64. Dobi
Perkhidmatan ni biasa mendapat permintaan dari student kalau kat hostel. Kalau nak lagi senang letak je vending machine dobi kat hostel, asrama, flat atau kat mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai. Ada jugak orang yang takut tuxedo atau sebarang pakaian mahal-mahal rosak kalau guna mesin basuh kat rumah so dorang hantar je kat kedai dobi.

65. Magician
Ahli silap mata khas untuk majlis harijadi atau sebarang majlis yang dirasakan sesuai. Kat Malaysia jarang ada tapi bukan bermakna takde langsung perkhidmatan ahli silap mata ni. Pernah ke pergi majlis kahwin ada orang buat silap mata? Mungkin 1 dalam 1000 atau langsung takde sebab biasa majlis kahwin ni orang nyanyi adalah dijemput..

66. Web domain / hosting
Sediakan perkhidmatan untuk orang buat website sendiri. Web hosting yang baik ialah sentiasa beri respon pada setiap pertanyaan customer dorang. Harga berpatutan dan respons yang cepat terhadap sebarang masalah customer adalah 2 faktor utama kejayaan bisnes web hosting selain promosi yang mantap.

67. Mak andam / tukang make-up
Aku perhatikan sekarang mak andam banyak yang macam perempuan. Kalau betul-betul perempuan OKlah tapi yang macam perempuan a.k.a pondan/bapok ni yang masalah. Jangan biarkan pengantin perempuan disentuh dipegang oleh orang macam perempuan masa make up. Mana ada darurat masa make up pengantin? Jangan biarkan bapok/pondan menguasai kerjaya mak andam.

68. Pembaiki barangan elektrik
Kadang-kadang TV rosak dah habis warranty jadi terpaksa hantar kedai repair. Di sinilah pentingnya tukang baiki barangan elektrikal seperti TV, radio, mesin basuh dll. Tak dapat beli atau sewa kedai macam biasa buat je kat rumah sendiri. Lepas siap repair barang, call customer suruh datang amik sendiri.

69. Pengedar risalah (flyer)
Promosi secara offline masih efektif walaupun semakin ramai guna internet nak promote produk atau servis dorang. Kalau ada motor lagi senang buat kerja edar risalah. Selit kat kereta, motor, van, bas, pintu rumah dll.


Semoga 69 idea bisnes perkhidmatan yang disediakan dalam entry ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ada di antara bisnes perkhidmatan yang tersenarai boleh ditambah dengan menjual contohnya kerjaya doktor haiwan boleh jual ubat khas untuk haiwan.

Ada juga perkhidmatan yang boleh dibuat lebih dari satu jenis dalam satu tempat contohnya sediakan perkhidmatan fotostat, printing dan buat name card dalam satu kedai. 

InsyaAllah semua idea perkhidmatan yang tersenarai dalam blog ni ada permintaan tinggi di Malaysia. Hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih. Semoga sukses menjadikan kerja sendiri sebagai kerjaya :)

Topik lain untuk tambah pendapatan :

23 comments:

  1. Done adding your blog into my friendlist.

    ReplyDelete
  2. mak oii..banyaknya kerja..boleh sembat dua atau tiga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berminat kerja sediakan perkhidmatan, nak amik berapa banyak pun boleh..

      Delete
  3. Tak sangka kan...banyak pekhidmatan yang kita boleh buat untuk jana pendapatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak jenis perkhidmatan yang kita boleh buat, sama ada nak atau tak nak je.

      Delete
  4. banyak sebenarnya yg kita boleh berada dlm bidang bisness.. cuma usaha kita jee

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. OK jangan lupa credit blog kerjasendirijb :)

      Delete
  6. Zaman sekarang tak ada duit tak jadi apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit terutama dah nak kiamat tak lama lagi ni.

      Delete
  7. Saya tukang paip dan tukang letrik dan tukang baiki bumbung...memang jana pendapatan

    ReplyDelete
  8. salam.. saya memerlukan pekerja pemotongan rumput dalam 4orang area johor bahru.. jika ada yang ingin bekerja boleh hubungi sye 01112109185 untuk maklumat lebih lanjut ya.. trm ksh

    ReplyDelete
  9. Sya ingin mcari kerja potong rumput kawasan Johor sahaja.

    ReplyDelete
  10. sesiape yg perlukan khidmat cuci office atau rumah.
    sila hubungi sy 0176949684

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama encik/puan siapa? Servis bagi area kawasan mana? Mungkin lebih ramai berminat bila dah tau siapa dan cover area mana.

      Delete
  11. Kalau saya buat perkhidmatan cuci luka atau tukar tiub boleh ke?saya seorang jururawat yang mahir dalam perawatan...saya cuma beri servis penukaran saja tanpa menjaga..boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau ada permintaan. Mana tahu ada ramai yang nak servis macam ni sebab malas nak ke klinik atau hospital.

      Semoga berjaya!

      Delete
  12. Terbaik satu perkongsian yang sangat padu...moga bertambah rezeki anda. Saya jalankan service iron baju .service saya ambil dan hantar dri rumah ke rumah. Sya area cheras. 0183976310. Emel saya ke norkasmizankasim@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Servis iron baju siap ambil dan hantar? Hebat! Saya tak terfikir pun idea bernas macam ni.

      Semoga bertambah rezeki dan bisnes perkhidmatan anda terus sukses!

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.