Friday, October 29, 2021

Rugi RM186,923 sebab melabur Bitcoin

Kita sedia maklum banyak orang di Malaysia kekurangan wang sebab dihentikan kerja sejak pandemik Covid 19 tahun lepas. Tak dinafikan ada juga yang kewangannya masih kukuh dan tidak terkesan dengan PKP atau Covid 19.


Sebab itulah scammer tetap aktif mencari mangsa tak kira masa pandemik atau bukan.
Dalam content kali ini saya nak share pasal mangsa scammer Bitcoin.


Macam mana boleh kena scam?

Mangsa berusia 31 tahun terpedaya dengan scammer Bitcoin di Instagram. Mula-mula scammer suruh mangsa tengok satu website pasal pelaburan Bitcoin.

Bila mangsa dah tengok website tersebut beberapa kali, mangsa buat pembayaran pertama sebanyak RM2100 sebagai modal pelaburan Bitcoin pada bulan Jun 2021.

Mangsa bayar sampai 10 kali dalam masa dua bulan. Jumlah bayarannya cecah RM186,923 pada bulan Ogos 2021.

Disebabkan masih tak dapat hasil pulangan dari pelaburan Bitcoin, mangsa minta scammer pulangkan balik duit. Scammer kata tak boleh sebab kena tunggu tempoh matang tiga bulan dulu.

Bulan September 2021, mangsa cuba hubungi scammer tapi tak dapat. Mangsa cuba hubungi pihak website Bitcoin melalui email tapi takde sebarang jawapan.

Bila dah rasa ditipu barulah mangsa buat laporan polis di Kuantan, Pahang. Mangsa orang Pahang?

RM186,923 tu dah boleh guna untuk buka bisnes baru. Banyak juga duit mangsa ni.

Perkara yang berlaku terhadap mangsa scammer Bitcoin jadi pengajaran kepada kita semua. Walaupun identiti scammer tak diketahui, sekurang-kurangnya kita perlu berwaspada kalau ada orang lain nak promote pasal pelaburan Bitcoin.

Apa itu Bitcoin?
Bitcoin ialah matawang digital yang mula-mula diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto pada 3 Januari 2009.


Siapa Satoshi Nakamoto?

Tak diketahui. Walaupun Jepun claim Satoshi Nakamoto ialah orang Jepun tapi boleh percaya ke?

Sampai sekarang identiti sebenar Satoshi Nakamoto tak diketahui. Takde gambar dia.

Beberapa tahun lepas, ada spekulasi mengatakan Elon Musk ialah Satoshi Nakamoto yang sebenar. Elon Musk menafikan.


Saya ada share link sumber identiti sebenar Satoshi Nakamoto masih belum diketahui. Dah bertahun-tahun orang cuba cari tapi tak jumpa juga sampailah tarikh saya buat content ni.


Harga 1 Bitcoin ialah RM255,365.55 pada 29 Oktober2021.

Kalau baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, jangan terus beli Bitcoin.

Hukum Bitcoin ada perbezaan pendapat. Ada yang kata halal dan ada juga yang kata haram.

Di Malaysia, mata wang Bitcoin tidak diterima.

Apa nak buat kalau anda ada duit sebanyak RM186,923?

RM186,923 tu jumlah yang baik untuk mulakan pelaburan, perniagaan dan sedekah.

Disebabkan content ni pasal mangsa ditipu dalam pelaburan, jadi saya nak kongsikan sedikit pasal pelaburan.

Saya bagi jawapan untuk orang yang bukan expert dalam pelaburan. Kalau anda pakar pelaburan, jawapan yang saya bagi ni langsung tak membantu sebab anda memang dah tahu selok-belok pasaran saham dalam dan luar negara.

Langkah selamat untuk orang yang tak pandai melabur tapi ada RM186,923 ialah melabur guna app Best Invest. Anda tak perlu daftar akaun CDS (Central Depository System) untuk melabur guna app Best Invest.

Best Invest diuruskan oleh pihak BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad). Kalau takde akaun Bank Islam pun boleh join.

Nak jadi pelabur di Best Invest, boleh daftar secara online je. Tak perlu pergi bank pun.

Pastikan gambar kad pengenalan dan muka anda nampak sama sebelum upload ke app Best Invest. Mana tahu kad pengenalan anda dah 10 tahun ke 20 tahun tak pernah tukar..

Masukkan RM186,923 dalam Best Invest jauh lebih baik dari masuk pelaburan skim cepat kaya Bitcoin. Saham ni ada naik dan turun, kalau risau nak masukkan sekaligus RM186,923, cuba masukkan RM2000 dulu.

Memang boleh masukkan RM10 je dalam Best Invest tapi tak berapa nampaklah keuntungannya masa saham naik nanti. Paling kurang masuk RM1000 atau lebih barulah berbaloi.

Cara nak keluar duit dari Best Invest ialah dengan menjual saham yang anda dah beli. Terpulang nak jual semua atau sebahagian sahaja.


Kelebihan Best Invest ialah duit dari pelabur-pelabur digunakan untuk beli saham dari company patuh syariah je. Jadi kita tak payah pening kepala nak cari sendiri company patuh syariah.

Kenapa mesti pilih yang patuh syariah?

Sebab kita seboleh-bolehnya tak nak sentuh hasil dari sumber haram. Jadi pilihlah saham dari company patuh syariah walaupun company tak patuh syariah menawarkan pulangan yang lebih lumayan.

Biar sedikit asalkan berkat.

Guna RM186,923 sampai habis untuk beli saham syarikat patuh syariah jauh lebih baik dari bagi dekat scammer Bitcoin atau sebarang jenis skim cepat kaya.

Kalau tak nak melabur?

Gunakan untuk perniagaan. Boleh cari idea-idea perniagaan di sini.

Tak perlu guna sampai habis RM186,923 untuk mulakan perniagaan kecil.

Selain untuk perniagaan?

Sedekah. Itu yang terbaik. Kalau tak nak sedekah semua, sebahagian dari RM186,923 pun OK. 

Tak susah pun, pergi je ke surau atau masjid. Pastu masukkan beberapa ratus ringgit dalam tabung derma.

Bagi bantuan di rumah anak yatim dan madrasah tahfiz pun bagus juga. Bagilah beberapa ribu ringgit. Takkan berkurang duit yang disedekahkan.

Kalau RM186,923 digunakan untuk pelaburan, perniagaan dan sedekah?

Bagus.

Pelaburan untuk jangka masa panjang.

Perniagaan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Sedekah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Kalau anda ada duit RM186,923, nak buat apa?

Sila jawab melalui komen.


Sumber


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.