Ramai orang pada masa kini mencari jalan untuk menjana pendapatan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.
![]() |
Cara tambah duit guna Wasza Edukids |
Kos sara hidup semakin tinggi dengan cukai sana sini..
Dalam artikel ini, saya tak nak cerita pasal cukai tapi nak kongsikan cara-cara buat duit dengan menggunakan Wasza EduKids. Sesuai untuk suri rumah, guru tadika, pelajar kolej atau sesiapa sahaja yang nak tambah pendapatan dengan mendidik anak kecil.
![]() |
Wasza Edukids |
Apa Itu Wasza EduKids?
Wasza EduKids ialah sebuah platform pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan pelbagai bahan pembelajaran seperti modul interaktif, aktiviti, lembaran kerja (worksheet), flashcard dan idea aktiviti pembelajaran berasaskan permainan.
Bahan yang dihasilkan oleh Wasza EduKids sangat sesuai digunakan oleh guru tadika, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang nak mendidik anak kecil.
Kenapa Guna Wasza EduKids Untuk Buat Duit?
Wasza Edukids ada lesen PLR (Private Label Rights), jadi tidak timbul masalah copyright kalau anda ubah reka bentuk, jenama dan jual semula asalkan anda beli dulu produk digital dari Wasza Edukids.
5 Cara Buat Duit Guna Wasza EduKids
1. Adakan Kelas Kecil dari Rumah
Jika anda seorang ibu, bapa, guru, pelajar kolej yang ada ruang di rumah, manfaatkan bahan dari Wasza EduKids untuk buat kelas pembelajaran asas seperti :
-
Asas membaca dan menulis
-
Kenal huruf, nombor dan warna
-
Aktiviti kreatif seperti melukis dan mewarna
Anda hanya perlu tentukan jadual sebulan empat kali kelas, usia anak antara 4 hingga 6 tahun dan cuba sedaya-upaya untuk kumpulkan antara 3 hingga 5 orang pelajar dan tetapkan yuran bulanan.
Contoh : RM60 sebulan untuk setiap pelajar.
Kalau 5 orang, dapat RM300 sebulan.
Tak cukup?
Boleh tambah pendapatan dengan mengajar lebih ramai kanak-kanak tapi jangan terlalu ramai sebab risau tak dapat kawal pula.
2. Tawarkan Perkhidmatan Home Tutor dengan Modul Sedia Ada
Rumah anda sempit dan tiada ruang khas untuk ajar kanak-kanak?
Sediakan perkhidmatan home tutor dan babysitting sekaligus.
Ramai ibu bapa yang sibuk bekerja tetapi mahu anak mereka belajar secara santai di rumah. Anda boleh tawarkan perkhidmatan mengajar sambil jaga anak di rumah.
Apa yWasza Edukidsang perlu anda buat selain menjaga anak :
-
Bawa lembaran kerja & aktiviti ke rumah pelajar
-
Gunakan pendekatan yang menyeronokkan
-
Tetapkan harga contohnya RM30 sejam
Berikan juga laporan ringkas perkembangan anak selepas beberapa sesi. Beritahu maklumat seperti perangai dan tahap pembelajaran anak. Laporan yang jujur mungkin boleh meyakinkan ibu bapa untuk terus menggunakan perkhidmatan anda.
Ibu bapa kanak-kanak ada hal terpaksa keluar waktu petang dan balik lewat malam atau selepas tengah malam?
Naikkan harga caj perkhidmatan. Mungkin RM35 atau RM40 satu jam?
3. Content Creator
Jika anda aktif di media sosial, gunakan kreativiti anda untuk buat video atau gambar aktiviti-aktiviti menarik daripada bahan Wasza EduKids.
Contoh kandungan:
-
Video pendek "Aktiviti Menarik Matematik Guna Penutup Botol"
-
Gambar “3 Tips Didik Anak Umur 5 Tahun Pandai Membaca”
Bila anda konsisten dengan content anda, ini bakal terjadi :
-
Follower meningkat
-
Dapat jemputan review produk
-
Potensi jadi influencer pendidikan atau speaker
Dalam setiap video atau posting, letak link untuk orang beli produk digital Wasza Edukids atau produk digital jenama anda sendiri (rebranding Wasza Edukids).
Cadangan harga setiap produk digital Wasza Edukids RM37.
Buat video di Youtube, jana pendapatan guna Google Adsense sambil letak link jual produk digital Wasza Edukids dalam 'Description'.
4. Ubah atau Tambah Modul dari Wasza EduKids
Kalau anda rajin, anda boleh ubah reka bentuk, jenama dan jual semula.
Gunakan idea dan pendekatan Wasza EduKids untuk buat bahan tambahan seperti :
-
Buku aktiviti tambahan (format PDF)
-
Permainan cetak DIY
-
Flashcard khas ikut tema tertentu (contoh: Tema Buah-buahan Malaysia)
Jual modul ini secara digital melalui :
-
Telegram
Whatsapp
-
Google Drive dengan sistem bayaran DuitNow atau bank transfer
Selain menggunakan DuitNow atau bank transfer, anda juga boleh menggunakan ToyyibPay untuk pelanggan anda buat bayaran.
5. Wujudkan Kelab atau Komuniti Anak Bijak
Ini adalah cara menarik untuk menambah lagi pendapatan anda dengan menggunakan Wasza Edukids.
Anda boleh bentuk satu komuniti kecil untuk anak-anak belajar bersama menggunakan bahan dari Wasza EduKids.
Contoh:
-
“Kelab Anak Cerdas” – 10 pelajar, aktiviti mingguan selama 1 jam
-
Caj yuran bulanan anggaran RM50 ke RM70
-
Setiap bulan guna 1 aktiviti daripada modul Wasza EduKids
Ibu bapa suka anak mereka berkawan dan belajar dalam suasana yang ceria dan seronok. Tambah nilai dengan beri sijil penyertaan atau hadiah kecil kepada kanak-kanak yang terlibat.
Saya cadangkan sebulan sekali je aktiviti kelab komuniti tapi kalau anda betul-betul bersemangat nak buat seminggu sekali, silakan.
Tambah aktiviti tambah pendapatan?
Nak pilih idea yang mana satu?
Rezeki itu luas. Yang penting ialah usaha dan keikhlasan. Bahan seperti Wasza EduKids hanyalah alat, yang menjadikan ia bernilai adalah cara anda menggunakannya.
Mungkin anda ada kerja tetap jadi anda hanya mampu buat satu daripada lima cara buat duit guna Wasza Edukids?
Silakan. Boleh buat duit guna Wasza Edukids secara part time.
Kalau anda ada banyak masa lapang, saya cadangkan anda gabungkan dua cara atau gabungkan kelima-lima cara tersebut.
Berapa yang anda boleh dapat kalau buat kelima-lima cara buat duit guna Wasza Edukids?
Buat kelas kecil di rumah?
Kalau caj setiap pelajar RM60 maknanya sebulan RM60.
Home Tutor sambil babysitting?
Kalau tempoh perkhidmatan 6 jam, caj RM30 sejam maknanya RM180.
Content Creator?
Kalau dapat jual satu je dapatlah RM37.
Rebrandring Wasza Edukids?
Seandainya masih nak tetapkan harga RM37, dapatlah RM37 kalau dapat jual satu.
Buat komuniti?
Kalau caj seorang pelajar RM50, 10 orang boleh dapat RM500 sebulan.
Jadi dapat berapa je kalau gabungkan semua tu?
Insha Allah anda boleh tambah jumlah angka-angka tersebut.
Mula-mula memang dapat sikit je sebab orang ramai belum kenal anda. Nanti kalau orang ramai dah kenal anda, silap-silap tak cukup tangan anda dibuatnya.
Tak perlu tunggu ada segalanya baru mula. Guna apa yang ada di tangan anda sekarang!
Wallahua'lam
Rujukan
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.